Tiba-tiba saja Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan RasuahMalaysia (SPRM), Datuk Seri Ahmad Said Hamdan naik angin dengan laporan Indeks Persepsi Rasuah (CPI) yang dikeluarkan olehTransparency International (TI) yang meletakkan Malaysia di tangga 47pada tahun 2008, merudum 4 anak tangga dari tangga 43 pada tahun 2007.
Beliau mendakwa laporan TI itu "tidak adil". Tambahnya CPI tidak mengambilkira faktor, antaranya jumlah penduduk negara-negara dalam indeks tersebut.Saya kurang faham mengapa Ahmad Said mengaitkan ketidak adilan laporan TI itu dengan jumlah penduduk sesebuah negara. Tapi saya membuat andaian mungkin maksudnya negara berpenduduk kecil mudah ditadbir dan oleh itu tahap rasuah/CPI mereka lebih baik berbanding negara yang jumlah penduduknya lebih besar. Mungkin Ahmad Said melihat Denmark(penduduk 5.5 juta), New Zealand (penduduk 4.3 juta), Sweden (penduduk9.3 juta) dan Singapura (penduduk 4.9 juta) meraih tempat 1 hingga 4 dalam indeks CPI kerana penduduk negara-negara itu tidak sampai 10juta.
Jika itulah andaian Ahmad Said, beliau telah membuat kenyataan yangsalah. Ini kerana ternyata jumlah penduduk bukannya faktor yang bolehdikaitkan dengan tahap rasuah sesbuah negara. Banyak negara yang penduduknya lebih ramai dari Malaysia (27.5 juta), tetapi berjaya berada di tempat yang lebih baik dalam indeks CPI berbanding negara ini.
Contohnya negara Jerman dengan penduduk 82.05 juta berada ditempat 14 dalam indeks CPI, United Kingdom (penduduk 61.6 juta) ditangga ke 16, Jepun (penduduk 127.6 juta) di tangga ke 18 dan Sepanyol(penduduk 45.93 juta) di tangga ke 28.
Sepatutnya Ahmad Said tidak wajar mencari alasan tidak munasabah bagimempertahankan tahap rasuah di negara ini yang jelas kian merudum.Jika Ahmad Said rajin membaca artikel yang ditulis dalam mediaalternatif, beliau akan faham betapa kecewanya rakyat dengan tindaktanduk SPRM yang kononnya cuba membanteras rasuah, tetapi cara pelaksanaannya kelihatan seperti acuh tak acuh sahaja.
Malah kekecewaan rakyat terhadap tahap rasuah di negara inilah antara faktoryang menyebebkan BN tewas banyak kerusi dalam PRU ke-12 dahulu. Jikabukti rasuah yang didedahkan oleh pihak PR, NGO dan badan-badanberkecuali yang membabitkan pemimpin-pemimpin BN, SPRM buat tidakpeduli sahaja, walaupun 100 treler digunakan untuk mengangkut bukti-bukti rasuah yang mereka lakukan. Tapi jika wujud kabar-kabar angin bahawa ada pemimpin-pemimpin PR melakukan rasuah, SPRM bertindak begitu proaktif, sehingga tanpa bukti yang kukuh dan belumpun siasatanr asmi dijalankan, kesimpulan dibuat terlebih dahulu oleh SPRM bahawa di situ ada elemen rasuah.
Kita berharap Ahmad Said dan pegawai-pegawai atasan SPRM melihatlaporan TI dari sudut positif. Anggaplah ia sebagai cabaran bagimeningkatkan kreadebiliti badan tersebut yang semakin dipersendakanrakyat kerana ketidak bolehannya menyelesaikan banyak isu rasuah. Adajenaka yang berkata Ahmad Said yang berdagu panjang itu sepatutnyamemiliki akal fikiran yang juga panjang. Sebagai seorang yang berakal panjang, beliau tidak sepatutnya melenting dengan laporan TI itu.
Beliau perlu berani membenteras rasuah selaras dengan kedudukan SPRM yang telah dinaik taraf kepada Suruhanjaya dan keanggotaannya yang semakin besar itu. Jangan nanti ketika SPRM diterajui oleh Ahmad Said yang berdagu panjang, kedudukan CPI Malaysia di tahun-tahun mendatang berada di tangga yang lebih panjang dan terkebelakang !!
Tiada ulasan:
Catat Ulasan