Patutla galak sangat UMNO sekarang ni menuduh PAS dihambakan DAP. Rupanya, ada udang sebalik batu. Dari beberapa siri prosiding SELCAT, rakyat mulai sedar bahawa sewaktu UMNO memerintah Selangor dahulu, duit rakyat di Selangor mereka gunakan macam bapak mereka punya.
Adake patut belanja duit rakyat RM1.6 semata-mata untuk membawa keluarga pergi bercuti di Disneyland, California, USA. Pergi Disneyland atas nama urusan kerajaan tapi pihak Disneyland pun tak tahu diorang datang.Kalau ini bukan tindakan khianat kepada bangsa Melayu, saya tak tau la nak kata apa.
Duit RM 1.6 juta tu boleh membeli 40 rumah kos sederhana kepada 40 keluarga Melayu yang miskinBUKANKAH INI SATU PENGKHIANATAN KEPADA BANGSA MELAYU dan UMAT MELAYU SEDUNIA? Jawab wahai ahli2 UMNO sekelian jawab. Pemimpin kamu pergi bercuti ke Disneyland dgn wang rakyat RM1.6 juta, kamu penyokong bawah ni dapat apa? Nak pegi bercuti kat Morib pun takda duit.
Wahai ahli UMNO sekelian, janganlah kamu jadi kerbau. Kerja teruk kat sawah sampai kena sebat last2 nasik yang kamu tolong tanam padinya, dimakan oleh kucing yang di atas rumah.
Lihatlah jasa SELCAT mendedahkan perangai UMNO menjadikan wang rakyat macam wang bapak diorang. Yang herannya, Hasan Ali pegi lawan SELCAT???
Tiada ulasan:
Catat Ulasan