klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 28 November 2009

Eksklusif: Program Biro Tata Negara Sewajarnya Dimansuhkan Segera, Kerana Ia Jelas Membakar Sentimen Perkauman Serta Perpaduan Rakyat !!


Mutakhir ini, isu Biro Tata Negara semakin hangat diperkatakan. Ia berikutan tindakan Kerajaan Negeri Selangor mengeluarkan arahan pelajar dari IPT dan kakitangan kerajaan negeri tidak lagi dibenarkan menyertai kursus anjuran BTN. Banyak pandangan yang telah dibuat oleh beberapa orang pemimpin Pakatan Rakyat, terutamanya mereka yang telah menyertai program ini ketika belajar dan bekerja kerajaan satu ketika dulu. Ternyata, BTN banyak menimbulkan kontroversi dikalangan mereka yang pernah menyertainya dulu. Semangat "cintakan negara" yang mahu ditanamkan kepada peserta akhirnya bertukar menjadi propaganda UMNO dan Barisan Nasional itu sendiri. Selain api perkauman yang dimainakan, terkini BTN lebih menjurus kepada meyakinkan peserta tentang isu ketuanan Melayu, PKR Agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Lantaran itulah tindakan Kerajaan Negeri Selangor melarang perkara ini amatlah munasabah sekali, dalam usaha menyatupadukan rakyat berbilang kaum di negeri itu. Dalam satu kenyataan di Pagoh hari ini, TPM Muhyiddin mengatakan bahawa Kursus BTN tidak bertujuan untuk membawa peserta kepada Umno dan Barisan Nasional. Ia tidak mempunyai niat yang jahat dan ia mempunyai tujuan-tujuan yang baik. Kenyataan Muhyiddin itu jelas untuk menutup kelemahan yang ada sebenarnya. Ini kerana peserta yang hadir itu, bukanlah majoriti mereka yang menyokong UMNO dan BN.
Maka atas maklumat daripada peserta terbabitlah, maka ia membuktikan sebaliknya dan bukan seperti apa yang disuarakan oleh TPM Muhyiddin itu sebenarnya. Oleh itu kami ingin mengajak pembaca menilai antara kesalahan besar yang berlaku dalam kursus BTN sejak sekian lama. Semoga dengan ini, rakyat boleh mendesak agar BTN turut dimansuhkan sama seperti ISA itu. Jelas sekali program ini tidak menggalakkan perpaduan kaum di negara ini. Malah, mereka dimomok-momokkan dengan berbagai cerita mengarut yang sukar diterima oleh peserta terbabit. Lantaran itulah, bagi mereka yang telah melaluinya akan merasainya. Bukankah Misi BTN itu sendiri berbunyi "BTN berdedikasi melaksanakan program-program memupuk semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih. Ini akan dilaksanakan secara profesional dan berpandukan kepada prinsip - prinsip etika". Bukankah ini bukti jelas BTN bertujuan membuat propaganda kepada rakyat agar mempunyai semangat patriotisme dan ketaatan kepada kerajaan yang dipilih?. Makanya, bukankah Kerajaan Selangor dipilih oleh rakyat, wajarlah larangan ini dikeluarkan oleh kerajaan negeri itu sebenarnya.

Biro Tata Negara Itu Wajar Dimansuhkan

Bagi kami, Kerajaan Negeri Selangor bukan sahaja perlu melarang kakitangan kerajaan dan pelajar negeri ini menyertainya, malah program Biro Tata Negara itu sendiri wajar dimansuhkan sebenarnya. Jika tidak, maka semakin ramai rakyat Malaysia terutamannya golongan muda yang akan rosak minda mereka akibat dihenyak bertubi-tubi oleh fasilator Biro Tata Negara yang dilatih khas untuk memesongkan minda mereka. Pada pandangan kami, program BTN memang tidak ada matlamatnya melainkan untuk memecah belahkan rakyat Malaysia semata-mata. Ada banyak bukti-bukti kukuh tentang konsep yang diamalkan dalam program BTN itu jelas sekali bertentangan dengan semangat demokrasi berbilang kaum di negara ini. Sebelum ini, pemimpin parti kaum Cina terbesar di negara ini iaitu MCA pernah mempertikaikan peruntukan besar dalam setiap kali pembentangan Bajet yang diberikan oleh kerajaan kepada program itu.
Memang kita tahu dalam kursus ini turut menerapkan dasar-dasar kerajaan. Namun semua itu hanya selingan semata-mata. Malah dalam sesetengan Latihan Dalam Kumpulan (LDK), tajuk-tajuk dan isu yang diberikan juga amat tidak relevan dengan konsep BTN itu sendiri. Mereka lebih mementingkan agenda kerajaan itu sendiri, ia itu untuk memesongkan minda peserta agar percaya bahawa segala yang berlaku diluar harus diubah. Misalnya dari sudut perkauman benci kepada parti pembangkang dan sebagainya. Malah, mereka langsung tidak boleh memikirkan betapa ada juag peserta kursus yang terdiri dari kalangan anak-anak orang Pakatan Rakyat dan bukan UMNO BN semata-mata. Inilah yang menyebabkan kerajaan terutamanya rakan-rakan dari GPMS amat suka dengan BTN. Kerana mereka semua adalah berkiblatkan UMNO dan Barisan Nasional sejak dulu, kini dan pasti buat selamanya.

Tanam Sentimen Perkauman Kepada Peserta

Pada awal kewujudan Biro Tata Negara (BTN) di negara ini, sememangnya isu perkauman sering menjadi fokus utamanya. Peserta ditanamkan sikap kebencian kepada kaum lain terutamanya kaum Tionghua di negara ini. Lagu "Warisan" anak kecil main api sering dinyanyikan bagi menunjukkan betapa ruginya memberi muka kepada kaum Tionghua yang akhirnya akan menjajah negara ini. Kononnya, habis harta benda dan tanah pusaka terjual kepada orang Cina yang mana akhirnya akan menyebabkan orang Melayu menjadi hamba di bumi sendiri. Ditanamkan sikap benci yang membuak-buak agar memandang hina kepada kaum Cina yang menjadi musuh orang-orang Melayu. Inilah yang ditanamkan kepada peserta kursus Biro Tata Negara dulu. Malah ada peserta yang terkejut dengan senario ini, dan menganggap ianya amat tidak wahar berlaku. Sikap anti perkauman ditanamkan dengan jelas kepada peserta, hingga menyebabkan mereka menjadi benci kepada kaum Tionghua selepas keluar daripada Kem BTN di seluruh negara. Apakah ini namanya menerapkan dasar-dasar kerajaan seperti yang dimaksudkan oleh Saudara Faizal itu agaknya.
Awalnya hanya bangsa Melayu yang dibenarkan hadir kursus BTN , Maka senanglah dimainkan sentimen perkauman itu sebenarnya
Bukankah ini membuktikan bahawa Biro Tata Negara menerapkan sikap anti perkauman sesama rakyat Malaysia sebenarnya. Atas dasar itulah program ini wajar dimansuhkan dengan segera !! Cuba lihat lirik dan semangat lagu Warisan disini . Lagu ini sering dimainkan dalam kursus Biro Tata Negara sejak sekian lamanya. Malah, lagu ini juga wajar diharamkan kerana ia menanamkan sifat anti perkauman sebenarnya.

Tanamkan Sikap Benci Parti Pembangkang

Selepas era pemecatan Datuk Seri Anwar Ibrahim (foto), dari kerajaan UMNO dan BN penghujung tahun 1998 dulu, agenda BTN telah mula ditukar sedikit demi sedikit. Sentimen anti perkauman yang ditanam pada awalnya mula ditukar selaras dengan hasrat untuk memesongkan minda rakyat supaya menerima apa jua yang dilakukan oleh kerajaan ketika itu. Akhirnya mereka mula menyusun strategi supaya peserta ditanamkan sikap benci kepada parti pembangkang terutamanya parti yang didokongi oleh Anwar itu sendiri. Malah, dalam sesetengah kursus, memang fasilitatior secara terang-terangan membuat topik yang menjurus kepada membenci pembangkang. Topik akan dibincangkan dalam sesi Latihan Dalam Kumpulan (LDK) untuk dipersembahkan. Dari situ, mereka akan menilai kumpulan manakah yang dilihat cenderung kepada parti pembangkang sebenarnya. Jika dulu ditanamkan sentimen kaum Tionghua mahu jajah Malaysia dan menghalau orang Melayu dari negara ini. Kini tidak lagi, apa yang ditanamkan ialah PKR agen Yahudi, DAP Proksi Singapura dan PAS Parti Ajaran Sesat. Maka, ia ditanamkan dalam jiwa setiap peserta dengan berbagai topik yang dibincangkan. Inilah yang amat mengecewakan sebenarnya. Jiwa rakyat mahu dipesongkan seolah-olah hanya kerajaan UMNO dan BN sahaja yang layak memerintah negara ini. Jika PKR, PAS atau DAP memerintah, sudah pasti negara akan terjajah semula dan dijual kepada orang asing. Inilah yang dilakukan oleh mereka dalam usaha supaya mereka cinta kepada negara dan kerajaan BN. Biarpun kerajaan itu banyak melakukan penyelewengan, rasuah, korupsi dan menindas rakyat itu sendiri. Apakah ini bukan namanya menanamkan agenda UMNO dan BN dalam kursus BTN itu agaknya?. Justeru itu, amat wajarlah Kerajaan Negeri Selangor membuat larangan terbabit demi masa depan rakyat. -dipetik daripada pahang daily online

Tiada ulasan:

Catat Ulasan