- Sedang Muhyiddin menafikan dan membela
Saya adalah seorang antara yang bertuah, mendapat peluang menuntut di sebuah universiti awam tempatan dan mempelajari erti kebencian, berkat didikan popular Biro Tata Negara (BTN).
Semua graduan dipaksa mengikuti program BTN, atau sebaliknya mereka tidak akan menggenggam ijazah yang diidamkan.BTN di bawah Jabatan Perdana Menteri memanggil para penceramah "intelek" yang sepatutnya berbicara dan memberikan kefahaman kepada para mahasiswa mengenai erti menjadi seorang rakyat Malaysia, tapi rasanya, ia lebih mirip kepada kem cuci otak propaganda komunis, yang mana hanya dipentingkan tentang "Ketuanan Melayu".
Semua graduan dipaksa mengikuti program BTN, atau sebaliknya mereka tidak akan menggenggam ijazah yang diidamkan.BTN di bawah Jabatan Perdana Menteri memanggil para penceramah "intelek" yang sepatutnya berbicara dan memberikan kefahaman kepada para mahasiswa mengenai erti menjadi seorang rakyat Malaysia, tapi rasanya, ia lebih mirip kepada kem cuci otak propaganda komunis, yang mana hanya dipentingkan tentang "Ketuanan Melayu".
Kem tersebut biasanya akan berlangsung selama sehari dihujung minggu, siswa perlu mendaftar pada awal pagi dan program akan berlangsung sepanjang hari.Penganjur selalu berwaspada, meminta peserta untuk menunjukkan kad identiti mahasiswa mereka setiap kali mereka memasuki dewan, kerana takut kehadiran orang luar.
Di dewan, pelajar diminta untuk mematikan telefon mereka.Sepanjang kuliah, persoalan ditanam dalam pemikiran mahasiswa dan pendengar, namun disarankan supaya tidak mengajukan sebarang soalan.Seorang penceramah bermula dengan membicarakan tentang sejarah Malaysia dan bagaimana Negara menempuh banyak cabaran, selalunya menekankan tentang peristiwa rusuhan kaum 13 Mei 1969.Beliau menekankan betapa orang Melayu telah banyak berkorban dan bagaimana masyarakat perlu bersatu khususnya menghadapi ancaman luar – dari masyarakat China.
Beliau mengatakan bahawa masyarakat Cina adalah "orang-orang Yahudi Asia" dan hanya ‘gatal’ yang akan mengambil alih tampuk kekuasaan apabila orang Melayu lemah dan berpecah belah.Penceramah turut membicarakan, mendedahkan konspirasi kaum Cina yang lebih besar dengan persekongkolan antara cina Malaysia yang bekerja sama dengan Singapura untuk menggulingkan kerajaan Malaysia.
"Adakah anda ingin menjadi seperti orang-orang Melayu di Singapura?"beliau bertanya.Beliau (penceramah) juga pergi jauh, mengkritik gadis-gadis Melayu yang berpasangan dengan lelaki-lelaki dari kaum lain.
Penceramah menambah dan berkata, sepatutnya gadis-gadis tidak meletakkan harga diri yang murah yang memalukan keluarga mereka.Suatu ketika, seorang mahasiswa menyanggah penceramah dan mengatakan bahawa sebagai Muslim, kita juga harus menghormati kaum lain yang juga Muslim.
"Semua muslim adalah Melayu tidak kira samada mereka adalah China atau India. Jika mereka adalah muslim maka mereka adalah Melayu, "jawab penceramah itu.
Inilah sebabnya, mengapa saya merasa lega apabila mengetahui kerajaan negeri Selangor memmbuat keputusan melarang pegawai negeri, kakitangan anak-anak syarikat dan pelajar di institusi pendidikan milik kerajaan negeri, menghadiri kursus BTN.
dipetik daripada buletinonline
Tiada ulasan:
Catat Ulasan