klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Sabtu, 28 November 2009

Saya bersama AMK Terengganu pernah membuat laporan polis meminta siasatan di buat terhadap akuan bersumpah P. Balasubramaniam pada 7 Julai 2008

ini berita yang saya petik daripada KibadBlog

AMK Terengganu buat laporan polis terhadap Najib
Posted on 7:54 AM by Tekong68
7 Julai 2008

Kuala Terengganu - Empat orang ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) Negeri Terengganu telah membuat laporan polis di Balai Polis Kuala Terengganu, disini hari ini.
Mereka di ketuai oleh Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Malaysia yang juga Ketua AMK Terengganu, Fariz Musa. Fariz dalam kenyataannya berkata laporan polis dibuat terhadap Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak yang telah didakwa terlibat dalam kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shariibuu berdasarkan Akuan Bersumpah Bekas Penyiasat Persendirian Penganalisis Politik, Razak Baginda yang kini dituduh bersubahat dalam kes pembunuhan tersebut.
Beliau mendesak agar Dato’ Seri Najib Tun Abdul Razak segera letak jawatan sebagai Timbalan Perdana Menteri Malaysia.Ini kerana, katanya pemimpin UMNO tersebut yang juga TPM mempunyai moral yang sangat rendah serta memberi implikasi negatif kepada imej negara.
“Angkatan Muda KeADILan (AMK) Malaysia menyelar tindakan TPM, Dato Seri Najib Tun Abdul Razak yang berterusan mengulangi pembohongan kepada rakyat mengenai hubung kaitnya dengan mendiang Altantuya Sharibuu,“Pendedahan menggemparkan telah dibuat oleh penyiasat persendirian yang diupah oleh Abdul Razak Baginda, P.Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dengan Altantuya,“Keengganan isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Petra kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah dibuat oleh Raja Petra mengenai penglibatan Rosmah dalam pembunuhan mendiang Altantuya juga mewujudkan spekulasi sangat serius,” jelasnya.
Laporan polis terhadap Dato’ Seri Najib di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Terengganu pada jam 2.55 petang dan keluar dari balai tersebut pada jam 4.00 petang.
Menurutnya, beberapa siri ‘penipuan’ tersebut merupakan petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang sering kali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan melibatkan integriti dan maruah negara.Justeru itu, katanya AMK turut ‘mencabar’ Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi mengambil tindakan segera menggantung tugas Najib agar boleh disiasat dan didakwa jika terbukti bersalah.
Walaupun Akuan bersumpah yang dikemukakan oleh P Subramaniam kelmarin telah ditarik balik tanpa sebarang sebab pada hari ini, namun akuan itu adalah sempurna, tiada cacat cela, ditandatanganinya dan P Balasubramaniam telah mendapat nasihat peguam sebelum membuatnya (akuan bersumpah).
Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin pagi ini menyatakan bahawa Akuan (bersumpah itu) sudah menjadi bukti.Sehubungan dengan itu Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar mengatakan polis akan menjalankan siasatan terhadap dua akuan bersumpah yang dibuat oleh penyiasat persendirian, P Balasubramaniam walaupun beliau menarik balik tuduhan yang mengaitkan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dengan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.
Hadir sama mengiringi beliau membuat laporan berkenaan iaitu Setiausaha AMK Terengganu, Muzafeq serta dua lagi anggota AMK yang lain.
ini ialah kenyataan media penuh saya :
Najib Tun Razak Perlu Letak Jawatan Segera
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) Negeri Terengganu menyelar tindakan Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang berterusan mengulangi pembohongan beliau kepada rakyat mengenai hubung kait beliau dengan mendiang Altantunya Sharibuu.
Pendedahan menggemparkan yang dibuat oleh penyiasat persendirian yang pernah diupah oleh Abdul Razak Baginda, P. Balasubramaniam mengenai hubungan Najib dan Altantunya sekaligus menafikan pembohongan Najib yang terus mengulangi penafian dangkal bahawa beliau tidak kenal Altantunya sebermula Pilihanraya Kecil Dun Ijok tahun lepas.
Keenganan Isteri Najib, Rosmah Mansor untuk mengheret Raja Perta Kamaruddin ke mahkamah di atas Perakuan Sumpah yang dibuat Raja Petra mengenai keterlibatan Rosmah di dalam pembunuhan mendiang Altantunya juga mewujudkan spekulasi yang sangat serius, apakah benar yang beliau sememangnya terlibat.
Pengakuan Najib bahawa beliau turut bertemu Saiful Bukhari Azlan beberapa hari sebelum laporan polis dibuat oleh Saiful juga sekaligus membenarkan dakwaan AMK sebelum ini bahawa konspirasi untuk memalitkan imej dan karier politik Dato’ Seri Anwar Ibrahim turut melibatkan Najib dan kuncu-kuncunya.
Justeru siri-siri penipuan ini adalah satu petanda negatif bagi imej seorang Timbalan Perdana Menteri yang kelihatan seringkali cuba melarikan diri dari persoalan-persoalan yang melibatkan integriti dan maruah Negara.
Berdasarkan kepada perkembangan terbaru ini, AMK Terengganu ingin menggesa agar Najib SEGERA meletakkan jawatan kerana imej dan moral yang sangat rendah yang memberikan implikasi negatif kepada imej negara khususnya.
Lebih menghairankan tidak sampai 24 jam, tiba-tiba P.Balasubramaniam telah menarik balik akuan bersumpah yang telah dibuat pada 1 Julai 2008 dan membuat akuan sumpah baru dengan menafikan akuan sumpah terdahulu, dengan menafikan semua penglibatan Najib dan Altantunya. Satu persoalan atau adakah bukti penglibatan Najib secara jelas, dan kini kita digemparkan dengan kehilangan P. Balasubramaniam dan keluarga beliau.
AMK Terengganu mencabar supaya Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi untuk mengambil tindakan sewajarnya dengan menggantung tugas Najib agar beliau boleh disiasat dan didakwa jika terbukti beliau bersalah.
AMK Terengganu juga meminta pihak Polis DiRaja Malaysia dan Jabatan Peguam Negara mengambil tindkan segera secara tegas dan adil terhadap laporan polis yang dibuat oleh AMK berkaitan akuan sumpah pertama yang telah dibuat oleh P. Balasubramaniam.
AMK Terengganu mendesak supaya tindakan yang disarankan diambil pada kadar segera agar imej negara tidak terus terpalit dengan pelbagai masalah kerana kepimpinan yang lemah dan bankrap moral.
FARIZ MUSA
Ketua Angkatan Muda Keadilan Terengganu
Merangkap Timbalan Ketua Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan