AMK Terengganu telah menyerahkan memorandum bantahan terhadap keputusan kerajaan menyerahkan pembaikian dan baikpulih Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin kepada konraktor asal hari ini jam 2.40 petang di Kompleks Kerja Raya , Kementerian Kerja Raya , Jalan Sultan Salahuddin , Kuala Lumpur .
Memorandum bantahan tersebut telah dilakukan oleh Ketua AMK Terengganu , Sdr. Fariz Musa dan telah diterima oleh En. Mohd Rizal , Pengawai Perhubungan Awam kepada Ketua SU Kementerian Kerja Raya bagi mewakili YB Menteri Kerja Raya yang sekarang sedang berada di Kelantan .
Turut hadir bersama dalam rombongan AMK Terengganu ialah Sdr. Muzafeq Mohamad(Timbalan Ketua AMK Terengganu ) , Sdr. Saado Md. Nor ( EXCO AMK Terengganu ) dan Sdr. Chin Fok Chen ( penasihat AMK Terengganu ) .
Sewaktu kehadiran rombongan AMK Terengganu , di luar Kompleks Kerja Raya terdapat ramai anggota Cawangan Khas berpakaian preman dan anggota-anggota PGA serta beberapa orang pegawai polis yang menunggu dari awal lagi bagi memantau dan bersiap sedia mengawal .
Sewaktu menyampaikan memorandum , Sdr. Fariz Musa telah menyatakan tujuan memorandum tersebut lakukan bagi membantah tindakan kerajaan menyerahkan pembaikian dan baikpulih stadium dan struktur bumbung kepada syarikat kontraktor asal iaitu Genggam Mercu SB , Amarcon SB dan Bina Struktur SB serta subkontraktor dari Korea.
AMK mempertikaikan keputusan kabinet bagaimana syarikat-syarikat yang tidak berpengalaman dan gagal tersebut diberi tanggungjawab oleh Kerajaan untuk membaikpulih struktur bumbung stadium tersebut sedangkan syarikat-syarikat tersebut yang menyebabkan stadium tersebut runtuh .
Kos tersebut adalah diwajar ditanggung oleh kontarktor asal tetapi kerajaan wajar memilih kontraktor baru yang lebih berwibawa , bertauliah dan berpengalaman serta dibuat secara pemilihan Tender Terbuka .
En. Rizal menyatakan bahawa bukan pihak kementerian yang menentukan keputusan tersebut dan tugas JKR adalah memantau , menyelengara dan menjadi perunding kepada syarikat yang membina bangunan stadium tersebut .
AMK Terengganu memohon supaya YB Menteri Kerja Raya memanjangkan perkara tersebut kepada kabinet agar dapat mengkaji serta membatalkan keputusan tersebut . Ini adalah kerana syarikat-syarikat tersebut adalah gagal dalam melaksanakan tanggungjawab dengan baik dalam membina stadium tersebut yang runtuh pada Jun lalu . Ini meletak nyawa rakyat terancam termasuk DYMM Sultan Terengganu .
AMK Terengganu juga mempertikaikan kenapa SSMZA dibenarkan digunapakai termasuk mengadakan perasmian oleh DYMM Yang DiPertuan Agong sedangkan kenyataan JKR Terengganu bahawa stadium tersebut belum mendapat 'Sijil Siap Kerja' . Ini merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan .
Stadium tersebut tidak wajar dibaikpulih selagi kerana laporan siasatan oleh pakar dari Britain , SPRM dan termasuk JKR masih belum diketahui dan perlu didedahkan kepada rakyat Terengganu .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan