Tuesday, 08 December 2009 03:11 SMNoor
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal membaiki semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA).
KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu akan menyerahkan memorandum membantah keputusan kerajaan mengarahkan syarikat asal membaiki semula bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SMZA).
Ketuanya Fariz Musa berkata, kerajaan pusat, melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 telah membuat keputusan mengarahkan kontraktor asal agar membina semula bumbung yang runtuh pada 2 Jun lalu.
Tindakan tersebut katanya adalah satu tindakan yang keterlaluan kerana syarikat dan kontraktor asal tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan bumbung itu runtuh.”Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat tersebut yang ternyata telah gagal melaksanakan amanah rakyat, membina stadium yang menelan belanja RM300 juta itu,”katanya ketika menghubungi Buletinonline.
Oleh itu, katanya, AMK akan menyerahkan memorandum bantahan itu pada jam 2 petang 8 Disember (hari ini), kepada Menteri Kerja Raya di Kementerian Kerja Raya , Kompleks Kerja Raya, Jalan Sultan Salahuddin, Kuala Lumpur.
Beliau turut mengajak semua rakyat yang prihatin terhadap tragedi stadium runtuh itu, khususnya anak-anak muda Terengganu di Kuala Lumpur, bersama-sama beliau menyerahkan memorandum tersebut. - BULETINONLINE
Berita-berita Stadium Runtuh sebelum ini;
Tiada ulasan:
Catat Ulasan