klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 8 Disember 2009

MEMORANDUM BANTAH TINDAKAN KERAJAAN MENGARAHKAN KONTRAKTOR ASAL MEMBAIKPULIH STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN KEPADA YB MENTERI KERJA RAYA

ANGKATAN MUDA KEADILAN
NEGERI TERENGGANU

Ruj. Kami : AMK.TRG – 01-09 Bil (12 )
Tarikh : 8 Disember 2009

YB Menteri Kerja Raya ,
Kementerian Kerja Raya ,
Kompleks Kerja Raya,
Jalan Sultan Salahuddin,
50580 Kuala Lumpur

Yang Berhormat ,

BANTAHAN TERHADAP KEPUTUSAN KERAJAAN MENGARAHKAN KONTRAKTOR ASAL MEMBAIKI DAN MEMBAIKPULIH STRUKTUR BUMBUNG STADIUM SULTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN

Adalah dengan segala hormatnya merujuk kepada perlara di atas .

2. Angkatan Muda Keadilan Negeri Terengganu MEMBANTAH keputusan kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 mengarahkan kontraktor asal membaiki dan membaikpulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainalk Abidin yang runtuh pada Jun lalu .

3. Beserta ini disertakan memorandum bantahan untuk perhatian dan tindakan Yang Berhormat .

4. Keputusan tersebut hendaklah dikaji , dihentikan serta ditarik balik kerana syarikat-syarikat tersebut adalah GAGAL melaksanakan tanggungjawab yang mengakibatkan runtuhnya stadium tersebut sepertimana kenyataan Yang Berhormat , kejadian memalukan negara itu .

Sekian , Terima kasih .

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU

Saya yang menjalankan tugas ,


FARIZ MUSA
Ketua AMK Negeri Terengganu
______________________________________________

Tarikh : 8 Disember 2009

MEMORANDUM

BANTAHAN TERHADAP MEMBAIKI DAN MEMBAIKPULIH STRUKTUR BUMBUNG STADIUM SULTAN ZAINAL ABIDIN KEPADA KONTRAKTOR ASAL DAN DEDAHKAN LAPORAN TRAGEDI STADIUM SUKTAN MIZAN ZAINAL ABIDIN RUNTUH KEPADA RAKYAT

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu MEMBANTAH tindakan Kerajaan melalui Mesyuarat Pasca-Kabinet pada 6 November 2009 memutuskan pihak kontraktor bertanggungjawab membaiki semula dan membaik-pulih struktur bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin (SSMZA) di Gong Badak yang runtuh Jun lalu .

Tindakan Kerajaan menyerahkan tanggungjawab kepada kontraktor asal iaitu syarikat konsortium iaitu Genggam Mercu Sdn. Bhd. , Bina Struktur Sdn. Bhd. dan Amarcon Sdn Bhd. serta sub-kontraktor daripada Korea adalah satu tindakan yang keterlaluan sedangkan syarikat dan kontraktor tersebutlah yang bertanggungjawab mengakibatkan keruntuhan SSMZA tersebut . Bagaimana kerajaan boleh memberikan sekali lagi kepercayaan kepada syarikat-syarikat tersebut yang ternyata GAGAL .

AMK Negeri Terengganu juga mendesak pihak kerajaan agar semua projek-projek yang dilaksanakan oleh syarikat-syarikat kontraktor tersebut DISENARAI HITAM , DIGANTUNG atau DIHENTIKAN sama ada yang masih atau sedang beroperasi dan termasuk yang akan datang dengan SEGERA .

Walaupun semua kos untuk kerja-kerja baik pulih itu dipertanggungjawabkan kepada kontraktor asal kerana SSMZA berkenaan masih dalam tempoh jaminan mereka namun begitu tindakan Kerajaan adalah terlalu dangkal apabila masih terus memberikan kepercayaan kepada syarikat-syarikat ko0ntraktor yang tidak berpengelaman dan gagal tersebut membaik pulihkan SSMZA , dengan secara tidak langsung meletakkan sekali lagi keselamatan dan nyawa rakyat serta DYMM Sultan Terengganu akan terancam .

Tindakan tergesa-gesa Kerajaan mengarahkan pembaikpulih stadium tersebut adalah dipertikaikan sedangkan pihak JKR masih belum memberikan laporan secara lengkap dan terperinci punca berlakunya SSMZA tersebut runtuh . Malah laporan siasatan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah ( SPRM ) masih belum diketahui statusnya .

Malah selain syarikat-syarikat kontarktor terbabit yang bertanggungjawab , JKR Negeri Terengganu juga terlibat dan berperanan sehingga terjadinya kejadian bumbung runtuh di SSMZA. Ini adalah kerana JKR adalah pihak yang bertanggungjawab penuh terhadap projek berkenaan kerana ianya adalah projek di bawah selenggaraan JKR .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan kenapa tiada tindakan yang diambil oleh Kementerian Kerja Raya terhadap JKR Negeri Terengganu di atas kegagalan dan kecuaian yang telah mengakibatkan SSMZA yang berharga RM292 juta tersebut runtuh walaupun baru dirasmikan pada 2 Mei 2007 . Sepertimana yang dimaklumkan oleh JKR Negeri Terengganu bahawa SMZA belum memperolehi SIJIL SIAP KERJA . Ini adalah merupakan jenayah yang tidak dapat dimaafkan .

AMK Negeri Terengganu bersetuju bahawa kos membaikpulih SSMZA tersebut sememangnya ditanggung oleh kontraktor tersebut tetapi tindakan menyerahkan membaikpulih stadium atau struktur bumbung SSMZA tersebut semestinya diserahkan kepada syarikat yang berpengalaman dan berwibawa selepas laporan lengkap dibuat oleh pihak JKR serta melantik kontraktor tersebut melalui SISTEM TENDER TERBUKA .

AMK Negeri Terengganu mempersoalkan kenapa sehingga sekarang tidak ada sebarang laporan yang dibuat oleh pakar perunding dari Britain yang telah dipertanggungjawabkan oleh pihak kerajaan didedahkan kepada rakyat umum .

AMK Negeri Terengganu mendesak agar kertas laporan siasatan oleh pakar perunding dari Britain yang mempunyai cawangan di Kuala Lumpur sepertimana kenyataan YAB Menteri Besar Terengganu pada 3 Julai 2008 dijangka siap dalam tempoh 3 bulan didedahkan kepada umum kerana ianya melibatkan wang rakyat .

AMK Negerti Terengganu bersetuju dengan kenyataan YB Menteri Kerja Raya bahawa kejadian stadium runtuh adalah sangat memalukan negeri dan negara . Justeru , mendesak agar tragedi yang memalukan negeri dan negara ini ditangani dengan bijaksana , telus dan profesional dan tindakan keputusan menyerahkan kepada syarikat-syarikat kontraktor tersebut dikaji dan dihentikan dan ditarikbalik dengan sertamerta .

SELAMATKAN WANG RAKYAT TERENGGANU

FARIZ MUSA
Timbalan Ketua AMK Malaysia
merangkap
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan