Pada pandangan mata mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Penasihat PKR Anwar Ibrahim adalah seorang yang sangat bangang yang "tidak tahu apa-apa tentang ekonomi". Kelmarin ketika bercakap di Hotel Nikko, Dr Mahathir berkata pelantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Negeri Selangor hanya akan menyebabkan negeri itu muflis kerana bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mahir dalam bidang ekonomi.
“Suatu ketika dahulu dia (Anwar) mahu menggunakan polisi daripada Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF). Saya yakin dia (Anwar) tidak tahu apa-apa tentang ekonomi, dia seorang pemidato yang bagus tapi bukan dalam bidang ekonomi. Jika kamu mahu lihat negeri Selangor muflis, dia (Anwar) seorang penasihat yang bagus untuk itu,” katanya.
Saya setuju dengan apa yang dikatakan oleh Dr Mahathir yang terkenal dengan otaknya yang geliga lagi gila itu. Saya setuju dengan pandangan rendahnya terhadap mantan Timbalan Perdana Menteri dan mantan Menteri Kewangan yang dilantik sendiri oleh Dr Mahathir itu. Saya setuju dengan kata-kata Dr Mahathir bahawa Anwar itu memang bangang dalam soal ekonomi, kerana dia cuma graduan Pengajian Melayu semasa menuntut di Universiti Malaya dulu dan bukan graduan ekonomi (seperti juga Dr Mahathir yang merupakan graduan perubatan).
Apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar itu memang betul. Sebab Anwar bangang dalam mengurus ekonomi itulah agaknya yang menyebabkan dia dilantik oleh Dr Mahathir yang cerdik itu sebagai Menteri Kewangan selama 7 tahun dari tahun 1991 hingga ia dipecat pada tahun 1998. Kalau dia cerdik dalam ekonomi tentu tempoh perlantikannya tidak akan menjangkau 7 tahun, mungkin 2-3 tahun sahaja, kerana Dr Mahathir yang cerdik itu tentu tidak suka kewangan Malaysia diurus dengan baik.
Sebab Anwar Ibrahim bangang dalam ekonomi itulah juga agaknya mengapa dia kini masih memegang jawatan sebagai pengarah beberapa syarikat kewangan di Amerika, penasihat kewangan perbankan terbesar Islam di di Bahrain dan penasihat kewangan di beberapa buah negara di Eropah. Sebab bangangnya itulah agaknya yang menarik perhatian negara-negara di Amerika dan Eropah serta Timur Tengah yang pendapatan perkapitanya berganda lebih tinggi dari Malaysia melantik beliau sebagai penasihat ekonomi mereka.
Dan mengenai IMF, apa yang Dr Mahathir kata mengenai Anwar juga betul. Anwar memang bangang kerana itulah dia hendak menggunakan polisi IMF bagi memulihkan ekonomi Malaysia ketika di zaman kegawatan dahulu. Nasib baik Malaysia tidak menggnakan polisi pemulihan IMF, jika tidak tentu Malaysia akan senasib dengan Korea Selatan dan Thailand yang lebih dahulu pulih dari kegawatan ekonomi berbanding Malaysia kerana mereka mengguna pakai polisi IMF.
Anwar memang bangang, sebab itulah agaknya dia masih boleh bangun walaupun dihentam teruk kiri, kanan, atas, bawah, oleh Dr Mahathir. Jika Anwar tidak bangang tentu dia akan terperosok jatuh seperti musuh-musuh Dr Mahathir yang lain seperti Musa Hitam dan Tengku Razaliegh yang nama mereka sesekali sahaja didengari itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan