klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 16 Februari 2010

PENDUDUK KAMPUNG PAYA BUNGA DIZALIMI

Saturday, 13 February 2010 15:21 SM Noor


http://buletinonline.net/images/stories/berita22/payabunga%20008.jpg

KUALA TERENGGANU - Angkatan Muda Keadilan (AMK ) Negeri Terengganu menyifatkan tindakan kerajaan negeri ’mengusir’ penduduk Kampung Paya Bunga sebagai satu tindakan yang zalim dan tidak berperikemanusiaan.
Ketuanya, Fariz Musa berkata Menteri Besar Dato’ Ahmad Said menganiyai mereka dengan memberikan tempoh sehingga 28 Febuari 2010, untuk mereka berpindah

Menurutnya, rata-rata penduduk kampung tersebut yang miskin lagi ’dhaif’, merintih supaya kerajaan negeri memberi pembelaan dan menyelesaikan masalah mereka dengansegera dan bijaksana.

”Majoriti mereka adalah penyewa dan hanya beberapa orang adalah merupakan tuan rumah namun keseluruhan mereka adalah golongan yang berpendapatan rendah,

”warga emas , ibu tunggal , penerima bantuan kebajikan masyarakat, penerima zakat , uzur dan sakit serta malah ada juga yang tidak mempunyai pekerjaan tetap,”katanya dalam satu sidang media yang diadakan disini semalam, 12 Februari.

Oleh itu, katanya, AMK mempertikaikan keputusan Kerajaan Negeri Terengganu yang tidak membayar sebarang pampasan kepada tuan-tuan rumah sedangkan mereka sebelum ini adalah pemilik Lesen Menduduki Sementara ( TOL ) sejak puluhan tahun dan membayar cukai pintu, sepertimana yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Terengganu melalui Pejabat Tanah Kuala Terengganu .

Fariz menjelaskan, mereka sebenarnya bersedia untuk berpindah namun tidak mempunyai kemampuan untuk menyewa di tempat lain.

”Mereka juga tidak mampu untuk mendirikan kembali rumah mereka walaupun diberikan tanah sekalipun,

sepatutnya pihak kerajaan negeri mempunyai rasa ihsan dan belas kasihan, berikanlah sedikit bayaran pampasan perpindahan,”ujarnya.

Sehubungan itu, beliau berkata, tindakan MB Negeri Terengganu menawarkan rumah rakyat di Mengabang Lekor adalah sangat tidak bijak dan sudah pasti akan menyusahkan mereka.

Ia adalah kerana, katanya, kebanyakkan mereka bekerja di bandar Kuala Terengganu untuk menyara kehidupan seharian mereka sekeluarga .

”Walaupun sebahagian daripada mereka bersedia untuk mendapatkan rumah yang ditawarkan tersebut dan telah membuat permohonan, namun, sudah pasti mereka tidak akan mampu menjelaskan bayaran pendahuluan berjumlah RM 3,000.00 serta pendahuluan air dan elektrik berjumlah RM250.00 sekiranya permohonan mereka diluluskan,”jelasnya.

Justeru, beliau mendakwa, tindakan kerajaan memberi amaran sebagaimana notis arahan yang dikeluarkan, merupakan satu penganiayaan.

Notis Amaran

Fariz berkata lagi, bagaimanakah nasib dan masa depan mereka, sekiranya mereka tidak berpindah kerana kerajaan telah memberi notis amaran akan menyaman dan memenjarakan mereka.

”Adakah kerajaan akan menyaman sejumlah RM50,000.00 Makcik Hindong sekiranya beliau tidak berpindah?

”Makcik Hindong, seorang warga emas, berumur 82 tahun , penerima bantuan kebajikan masyarakat RM 300 sebulan, terpaksa membela seorang cucu, anak yatim yang berusia 6 tahun?,

”Atau, tergamakkah kerajaan memenjarakan Pakcik Wahab, 67 tahun, selama 5 tahun?,

”seorang penerima zakat daripada MAIDAM, yang menyewa rumah selama 47 tahun di Kampung Paya Bunga, yang mencari rezeki sebagai seorang pembantu tukang rumah sekiranya beliau menolak tawaran MB Terengganu dan tidak mahu berpindah?,” soal Fariz.

Katanya, bagaimana pula nasib Zamri Sulaiman, 47 tahun, yang menduduki rumah peninggalan pusaka ibu bapa di kampung tersebut selama 47 tahun, bekerja sebagai penjual ikan ( bekerja dengan orang ) dengan pendapatan RM700 sebulan untuk membiayai keluarga.

Oleh yang demikian, katanya, MB dan kerajaan negeri perlu membuktikan slogan ” Rakyat Didahulukan , Pencapaian diutamakan” dan slogan ”Merakyatkan Pembangunan dan Pengurusan”.

”Atau ia adalah sekadar ungkapan retorik yang hanya ’manis’ menggula-gulakan rakyat,”katanya lagi.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan