klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 2 Februari 2011

Mubarak Janji Tak Tanding Sept. Ini, Enggan Undur Sekarang


KAHERAH 2 FEB : Presiden Hosni Mubarak mengumumkan tidak akan bertanding semula pada pemilihan September ini sambil menolak tuntutan agar meletakkan jawatan segera dan meninggalkan negara.

Menurut laporan yang dikeluarkan BBC, Hosni tidak memberikan sebarang kata dua sama ada akan meletakkan anak lelakinya sebagai pengganti beliau nanti.

Pengumuman Hosni itu dibuat ketika ribuan rakyatnya berhimpun di ibu negara Mesir menggesa beliau segera berundur.

Namun pemimpin yang menerajui bumi Mesir sejak tiga dekad itu bertekad hanya akan mati di utara Afrika itu.

Sementara, Al-Jazeera melaporkan, seusai Hosni menyampaikan ucapan, penunjuk perasaan dan penyokong-penyokong kerjaaan bertempur di Iskandariah, bandar Mediterranean, dan bunyi tembakan juga kedengaran.

Hosni hanya berucap selama 10 minit dengan nada tegas seolah-olah tidak menerima sebarang tekanan daripada demonstrasi yang berlangsung selama beberapa hari.

Dalam keadaan sedikit murung, Hosni, 82 tahun mengakui beliau ada melakukan kesalahan sepanjang tiga dekad memerintah Mesir, namun berkata, pengumumannya untuk tidak bertanding pada penggal keenam, tiada kaitan dengan rusuhan yang berlaku.

Tunjuk perasaan di Mesir itu menyusul pergolakan politik di Tunisia, satu lagi negara Islam.

“Saya memberitahu anda semua dengan jujur, tanpa mengira keadaan semasa, saya tidak pernah berhasrat untuk menjadi calon satu lagi penggal,” katanya.

“Saya akan berkhidmat ke arah bulan-bulan terakhir ini untuk membolehkan peralihan kuasa secara aman (dapat diadakan),” kata bekas komander angkatan tentera udara yang mengambil alih kepimpinan pada 1981.

“Ini tanah air saya... saya tinggal di sini, saya berjuang bagi negara ini dan saya mempertahankan negara ini, kedaulatan dan kepentingan negara ini.

“Di bumi ini, saya akan mati. Sejarah akan menilai saya dan kita semua,” kata Hosni, rakan karib Amerika Syarikat.

Sekitar 250,000 hingga dua juta orang dilaporkan berada di jalan-jalan raya di Mesir semalam, himpunan paling besar demonstrasi yang bermula 25 Januari lalu.

Di Washington, Presiden Barack Obama berkata beliau ada bercakap dengan Hosni selepas ucapannya dan rakan sejawatannya “mengiktiraf bahawa status quo tidak boleh berkekalan.”

“Bukan peranan mana-mana negara untuk menentukan siapa pemimpin Mesir. Hanya rakyat Mesir yang boleh berbuat demikian,” kata Obama.

“Apa yang jelas dan apa yang saya katakan kepada Presiden Mubarak ialah, kepercayaan saya bahawa perlu ada peralihan tersusun yang bermakna, ia mesti aman dan ia mesti bermula sekarang,” kata Obama.

Sementara itu, pegawai Jabatan Negara Amerika Syarikat berkata, bekas duta Frank Wisner, yang merupakan kawan lama Hosni, telah mengadakan pertemuan dengan presiden Mesir kelmarin untuk menyampaikan mesej Obama bahawa sudah tiba masa baginya berundur.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan