PETALING JAYA 1 Feb - Bagi memantapkan lagi usaha penerangan mengenai dasar serta Program 100 Hari yang terkandung di dalam Buku Jingga, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) akan melancarkan sesi penjelasan kepada ahli diseluruh negara bermula hari ini.
Ketua Penerangan KEADILAN Pusat Dr Muhammad Nur Manuty berkata 'roadshow' yang bertema "Program Jelajah Pimpinan' akan bermula pakal pukul 4 petang hari ini di Empire Gallery, Subang Jaya yang kan dihadiri oleh Naib Presiden merangkap Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar serta Pengarah Komunikasi parti yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad.
Dr Muhammad Nur menjelaskan program yang bertujuan merapatkan hubungan antara pimpinan pusat dan cabang ini akan diadakan di 30 lokasi diseluruh negara terutamannya di kawasan di mana KEADILAN bertanding pada pilihan raya umum dan juga yang dianggap strategik.
Kaunter pendaftaran juga akan diadakan dalam usaha meningkatkan bilangan ahli pada setiap program yang dijalankan kata beliau.
"Roadshow ini adalah signifikan kerana ini adalah pertama kali pusat memainkan peranan langsung dalam penganjuran program seperti ini," jelas beliau pada sidang media di ibu pejabat parti di Tropicana pagi tadi sambil berkata program ini akan berjalan selama tiga bulan berakhir April depan.
Sementara ini ketika ditanya media samada program ini adalah sebagai persediaan menghadapi PRU-13, Nurul Izzah berkata tarikh sebenar pilihan raya umum hanya diketahui oleh Perdana Menteri.
Nik Nazmi pula berkata antara isu yang akan diberi penekanan pada 'roadshow' nanti ialah penerangan lanjut mengenai Buku Jingga kepada ahli dan rakyat. |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan