Oleh Suara Keadilan |
Ahli Parlimen Padang Serai, N. Gobalakrishnan yang mengumumkan keluar KEADILAN baru-baru ini telah menuduh berkali-kali bahawa KEADILAN meminggirkan masyarakat India. Saya juga ingin membetulkan laporan Free Malaysia Today yang menyebut bahawa 40 peratus anggota KEADILAN adalah dari masyarakat India sementara Gobala pula menyatakan 90 peratus pimpinan KEADILAN adalah dari masyarakat Melayu Sementara itu kepimpinan Majlis Pimpinan Pusat KEADILAN untuk sesi 2010-2013 pula terdiri daripada Melayu 62 peratus, Cina 20 peratus, India 12 peratus, Bumiputera Sabah, Sarawak dan lain-lain pula 4 peratus. Hakikatnya majoriti besar pimpinan KEADILAN dipilih menerusi sistem satu anggota satu undi, dan anggota KEADILAN jelas meletakkan kebolehan, keupayaan serta komitmen kepada perjuangan mengatasi sebarang perkiraan perkauman. Justeru, amat sesuai sekali pemimpin seperti Gobala yang masih lagi terperangkap dengan mentaliti lapuk untuk keluar parti. Rakyat akan menilainya di dalam Pilihan Raya Umum akan datang dan KEADILAN sebagai parti politik pelbagai kaum yang progresif akan terus bergerak ke hadapan. NIK NAZMI NIK AHMAD |
Rabu, 2 Februari 2011
Tiada Tempat Dalam KEADILAN Bagi Pemimpin Perkauman Seperti Gobala
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan