klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 7 April 2011

N51: KEADILAN kemuka dua bantahan terhadap Taib

SARAWAK: Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengemukakan dua bantahan terhadap calon Barisan Nasional (BN) kerusi N51 Dewan Undangan Negeri (DUN) Balingian, Tan Sri Abdul Taib Mahmud.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Ahli Majlis Pimpinan KEADILAN, Fariz Musa berkata, bantahan pertama dibuat apabila Taib meletakkan namanya sebagai ‘Pehin Sri Haji Abdul Taib Mahmud’ pada kertas undi semasa proses penamaan calon berlangsung pagi tadi.

“Kita bantah sebab dalam kad pengenalan beliau (Taib) tidak ada penggunaan gelaran ‘Pehin Sri’ itu,” kata Fariz yang turut berada di pusat penamaan calon di Dewan Suarah Mesra Mukah, dekat sini.

Bantahan kedua pula apabila Abdul Taib mengisi ‘Ketua Menteri Sarawak’ bagi menjawab status pekerjaan beliau sekarang.

“Kenapa dia mendaftarkan pekerjaannya sebagai Ketua Menteri Sarawak sedangkan jawatan itu telah gugur sebaik DUN Sarawak dibubarkan,” soal Fariz semasa tempoh bantahan pagi tadi.

Penamaan calon DUN Balingian menyaksikan persaingan tiga penjuru membabitkan Suriati Abdullah (KEADILAN) menentang Taib (BN) dan Datuk Salleh Jaafar (Bebas) yang juga sepupu Taib.

Terdahulu, kira-kira 200 penyokong Pakatan Rakyat berkumpul di pusat penamaan calon bagi mengiringi calon mereka. - tvselangor

Tiada ulasan:

Catat Ulasan