klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 7 April 2011

TAIB MAHU BUNUH RAKYAT MUKAH DAN KHIANATI RAKYAT MUKAH

Kita Sangka Kita Dalam Zon Selesa!

dipetik daripada : Mukah Lau Itou


By Pusuk.


Selama ini, kita Melanau menyangkakan kita selesa. Kita dijaga baik oleh YB2 Melanau kita. Taib pun orang Melanau juga. Kita rasa suara kita kedengaran. Kita rasa ada orang yang memperjuangkan hak kaum kita Melanau. Jadi kita mula berpeluk tubuh. Kita leka dan lalai. Tidak peka dengan perubahan yang sedang kita hadapi. Mungkin juga ini adalah kerana dasar BN yang digunakan untuk memperbodohkan rakyat selama ini. Dasar ini kita ketahui sebagai dasar pecah dan perintah. Divide and conquer. Dasar inilah yang digunakan untuk memanipulasi rakyat dengan janji-janji pembangunan yang begitu manis didengar. Mari kita lihat beberapa contoh ini.




Contoh 1) Jalan raya Mukah-Selangau.

Janji ini telah kita dengar selama puluhan tahun. Sekarang, sebelum pilihan raya, jalan raya Mukah-Selangau disiapkan dengan secepat mungkin. Tidakkah terdetik di hati kita mengapa jalan raya ini tidak dapat bertahan lama? Mengapa hayatnya tidak sampai 2 tahun? Jawapannya hanya satu. Kualitinya adalah terlampau rendah. Terdapat desas-desus yang mengatakan seorang pegawai tinggi JKR meletak jawatan kerana tidak tahan dengan sikap kerajaan yang mempertahankan kontraktor yang menyiapkan jalan dengan kualiti yang rendah ini. Pusuk tahu siapa jurutera ini tetapi demi menjaga kepentingannya terpaksa Pusuk rahsiakan. (namanya bermula dengan huruf T) Mungkin kita orang Mukah boleh meminta JKR untuk mengemukakan salinan lukisan plan ini dan kita upah jurutera untuk menilai kualiti jalan kita samada betul mengikut kualiti lukisan plan atau tidak? Ini hak kita orang Mukah.




Contoh 2) Kilang aluminium dan kilang arang batu. Kilang ini dibina di Mukah dengan hanya mendapat kelulusun daripada beberapa orang yang Pusuk tidak mahu sebutkan di sini. Tetapi orang Mukah boleh selidiki. Kilang ini merupakan antara kilang yang mengeluarkan racun toksik yang paling merbahaya di DUNIA! Mengapa kilang ini dibina di Mukah? Mengapa orang Mukah langsung tidak mampu untuk mengeluarkan protes kita atas pembinaan kilang-kilang ini. Cuba kita tanya pekerja di kilang aluminium, berapa orangkah penduduk Mukah yang bekerja sebagai eksekutif di kilang-kilang ini. Atau hanya sebagai stor keeper dan sebagainya. Mengapa? Tidak ada seorang kah penduduk Mukah yang berkemampuan? Ini kerana terdapat rahsia yang tidak dapat dibocorkan. Kita boleh menemubual beberapa kontraktor yang terlibat dalam pembinaan kilang-kilang ini. Antara komplen yang biasa didengar ialah kerosakkan handphone apabila berada di dalam kilang ini. Sekarang ini pula terdapat komplen baru yang mengatakan hasil tanaman mereka yang berdekatan kilang ini sudah mula mati. Bagaimana pula dengan lepasan air kilang ini yang dialirkan ke dalam laut kita? Sudahkah kita periksa kandungan toksiknya? Kita akan terkejut dengan hasil kajian ini. Persoalannya, mengapa kilang ini dibina di Mukah??? Seperti yang Pusuk telah dedahkan, pembinaan kilang ini telah ditolak oleh bahagian-bahagian lain di Sarawak. Tetapi kita orang Mukah menyambut pembinaan kilang ini seperti satu pembangunan??! Betapa daifnya kita.

Contoh 3) Ladang kelapa sawit.

Ladang-ladang ini merupakan salah satu daripada plan pembangunan Taib. Cara kendalian tanah untuk perladangan ini sudah didedahkan oleh Sarawak Report. Sila lawati laman web ini untuk mendapat berita yang lebih mendalam. http://www.sarawakreport.org/ Lebih parah lagi, ladang-ladang ini menggunakan racun yang amat memudaratkan persekitaran. Ini yang terjadi di Daro dan Igan. Sudah terdapat berita yang penduduk Mukah sudah mula merasakan impak dan kesan daripada ladang-ladang ini. Adakah kerana keuntungan semata-mata, kehidupan dan kesihatan rakyat tergadai. (tambahan lagi hospital Mukah hanya ada x-ray). Dan bagaimana kompeni-kompeni ladang ini boleh dihadiahkan State Land yang sebegitu banyak sampai puluhan ribu ekar tanah? Tidakkah ini pelik? Bagaimana pula dengan pembinaan sebuah resort oleh salah sebuah kompeni ini? Kompeni ini milik usahawan yang sudah ternama. Tidakkan dia dapat melihat risiko kerugian apabila membina resort ini? Ini kerana resort ini adalah pengabur mata kita, pemanis buat orang Mukah yang mudah berpuas hati untuk menghadiahkan tanah dan konsesi ladang kepada kompeni ini bagi memastikan Taib dan kerabatnya mendapat keuntungan yang tidak putus2.





Contoh 4)Lapangan Terbang "Antarabangsa" Mukah.

Sudah berapa lama kita dengar lapangan terbang ini akan dibina? 5 tahun, 10 tahun? Mengapa setiap kali pilihan raya kita akan mendengar janji yang sama? Mungkin kali ini kerajaan akan membina lapangan terbang ini. Terima Kasih kita ucapkan kerana menggunakan duit rakyat dengan betul. Walau bagaimanapun, bagaimana pula dengan satu-satunya stadium kita? Berapa lama masa yang diperlukan untuk menyediakan sebuah stadium? Mengapa Taib dapat memberi konsesi ladang kelapa sawit dengan begitu cepat tetapi tidak prasarana buat penduduk Mukah? Sebab kita orang Mukah selama ini memang dianggap senang ditipu. Persoalannya, jika benar kerajaan serius untuk menyediakan kemudahan ini, kenapa perlu tunggu pilihan raya? Mengapa tidak sesudah memenangi pilihan raya yang lepas? Ini semua merupakan gula-gula yang ditaburkan Taib buat kita agar BN sentiasa berkuasa. Tidakkah kita sudah terasa kita memang senang ditipu?



Banyak lagi isu yang akan Pusuk kupaskan dalam artikel yang akan datang.


Kembali kepada dasar pecah dan perintah. Dasar ini adalah supaya penduduk di pedalaman tidak mendapat pembangunan yang sepatutnya. BN akan berkempen dengan janji yang sama setiap tahun menjelang pilihan raya. Selepas memenangi pilihan raya, rakyat diabaikan. Tidak cukupkah pendedahan dari sumber seperti Sarawak Report, Sadia, NGO dan sumber antarabangsa yang lain? Mengapa perlu organisasi antarabangsa yang perjuangkan rakyat Sarawak tetapi kita mendabik dada? Adakah terlalu sukar untuk menyediakan air bersih kepada rakyat? Atau bekalan elektrik? Tetapi BN dapat pula membina empangan Bakun yang berharga ratusan juta ringgit?

Penduduk di pedalaman mengalami pelbagai bentuk penindasan, tanah dirampas, anak-anak dirogol, dibunuh, diugut oleh pekerja kompeni-kompeni balak yang diberikan lesen oleh Taib. Tetapi apabila ada pihak yang ingin membuat pendedahan, pemimpin BN segera bangkit dan mengatakan ini suatu penipuan. Setiap kita tahu ini bukan satu penipuan. Sudah begitu banyak NGO dan badan antarabangsa yang membuat pendedahan demi pendedahan tetapi malangnya setakat ini, nasib mereka tidak pernah terbela. Dan yang paling tidak dapat kita terima adalah, kita yang mengundi mereka ini sebagai pemimpin kita walaupun kita tahu kes-kes ini memang betul terjadi. Kita mengaku beragama. Kita tanpa segan silu cuba untuk mempertahankan agama kita. Betapa hipokritnya kita! BN dengan sedaya upaya cuba menutup kes-kes seperti ini dan dengan sedaya upaya untuk tidak membangunkan kawasan ini agar tidak mendapat tentangan.


Berbeda pula dengan kawasan bandar. Mengapa kebanyakkan kawasan bandar seperti Kuching dan Sibu telah menolak pemimpin BN yang kotor ini? Kerana mereka tahu bahawa jika kerajaan begini yang memerintah, Sarawak bakal menjadi sejarah. Tetapi mereka ini lebih maju dari pedalaman. Media-media BN seperti RTM, Utusan Sarawak, Utusan Malaysia, Borneo Post sudah tidak dapat mengaburi pemikiran mereka ini. Mereka ini dapat mengakses maklumat dengan mudah. Oleh itu kita dapat melihat senario politik kini di mana BN semakin goyah. Ini tidak mungkin dapat diketahui dari media mereka. Oleh itu Pusuk seringkali mengetengahkan media alternatif agar kita dapat mendengar maklumat dari pihak yang tidak mempunyai kepentingan dengan BN. Pihak yang memperjuangkan hak rakyat.


Inilah dasar pecah dan perintah yang digunakan oleh BN ke atas rakyat Sarawak.


Bagaimana kita boleh duduk berpeluk tubuh apabila kita sudah mengetahui kerajaan kita rasuah dan zalim? Tidak terdetikkah di hati kita yang kita perlukan kerajaan yang bersih dan mampu menyumbang kepada rakyat? Yang mampu memperjuangkan hak kita rakyat Sarawak. Mukah, masih tidak sedarkah kita bahawa kita bertanggungjawab ke atas kesusahan orang dan kesusahan kita sendiri?


Adakah ini kita katakan yang kita berada di zon yang selesa? Sedarlah...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan