klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 18 Mei 2011

50 dalil video seks eskay pandy kutty dan Rahim Tambi Shit kantoiiiii

Senarai keraguan dan kemuskilan mengenai video seks DSAI

1.Dato’ T disuruh Anwar Mencari jam Omega di Hotel tapi tidak menjumpainya. Jam yang dicari tidak dijumpai, jadi jam mana pula dimiliki oleh Datuk T & ditunjukkan kepada wartawan..? Maka jam Omega yang diserahkan kepada polis itu milik siapa?

2.Ketika mencari di belakang laci meja solek Eskey terkejut apabila ternampak wayar berselirat. Dia cari jam jadi apa dia kisah dengan wayar berselirat?

3.Apakah semasa proses mencari jam tangan, Datuk T ada membawa apa-apa peralatan samada skru driver, pisau, kayu, besi atau apa-apa peralatan pertukangan yang membolehkan Datuk T menyungkil laci tersebut yang berkunci..?

4. CCTV 4 biji, Perakam 1 biji... macam mana nak sambung direct connection dari 4 CCTV ke 1 perakam tanpa menggunakan peralatan khas..?

5. Eskey beranggapan kerja memasang CCTV itu dilakukan oleh pihak hotel. Namun dalam kenyataan terbarunya dia mengakui dia terlibat dalam video itu.

6. Eskey kata pelacur itu berumur 20-an. Mana Datuk T tau umur pelacur tu "20-an"..? Dia sudah interview ke?

7. Sekiranya sipelaku telah meninggalkan hotel tersebut, sudah pasti sipelaku telah mendaftar keluar dan selepas mendaftar keluar, pihak house keeping hotel akan masuk kedalam bilik untuk membuat semakan senarai barangan untuk pengesahan check out. Kehadiran Anwar sepatutnya boleh dikesan melalui kaunter pendaftaran. Wayar dan CCTV sepatutnya house keeping yang nampak dulu dan melapurkannya kepada pengurusan hotel.

8. Sekiranya betul sipelaku kehilangan jam didalam bilik, Datuk Eskey sudah semestinya menghubungi pihak House keeping untuk memastikan jika terjumpa jam tersebut sebab hotel 5 bintang amat mementingkan ketulusan dalam perkhidmatan yang disediakan.

9. Selalunya laci meja bilik hotel tidak berkunci. Di dalamnya diletakkan A-Quran atau bible.

10. Sekiranya Datuk ini tidak berkonspirasi, sudah semestinya dalang yang meletak kemera tersebut akan memastikan pita tersebut dikeluarkan sebaik sahaja sipelaku meninggalkan bilik hotel.

11. Pada awal rakaman, terdapat seorang lelaki lain yang sedang menguruskan rakaman video pada ketika orang yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim masuk ke dalam bilik. Sewajarnya orang itu (yang mirip Dato’ Seri Anwar Ibrahim) sedar bahawa perlakuannya akan dirakam. Mustahil sesiapa yang waras akan melakukan adegan sedemikian kecuali dia diupah.

12. Tempoh masa rakaman yang menunjukkan muka si pelaku adalah terlalu pendek. Ditambah dengan rakaman yang dibuat di dalam hitam putih; menyukarkan untuk betul-betul mengesahkan identiti si pelaku.

13 Bahu si pelaku terlalu lebar dan tegap berbanding bahu Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

14 Bahagian belakang si pelaku (punggung) juga berisi dan jelas berbeza dengan tubuh badan Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

15 Di akhir adegan, si pelaku bangun dan tubuh badannya dirakam dengan jelas. Perutnya adalah buncit dan terlalu besar jika dibandingkan dengan perut Dato’ Seri Anwar Ibrahim.

16 Warna kulitnya adalah terlalu cerah dan hampir tidak dapat dibezakan dengan warna kulit wanita terlibat.

17 Tan Sri Rahim menipu kerana dalam sidang media dia mengatakan dia merancang semua tetapi ketika bersama cikgubad dia mengatakan ini kali pertama menonton setelah pulang dari luar negara untuk percutian keluarga

18 Cikgubad telah 'berpura-pura' yakin mengenai video dan sedia memberikan video tersebut ditonton oleh Datuk Seri Dr. Wan Azizah namun Datuk T enggan melakukannya. Nampaknya beliau pun tidak bersungguh dalam kononya mahu Wan Azizah menonton video tersebut dan mengesahkan itu adalah suaminya.

19 Dari pemerhatian cikgubad, video tersebut kemungkinan besar video asal yang tidak diganggu imejnya pun. Namun pelakon dalam filem tersebut bukan Anwar. Memang sekali imbas kelihatan seperti Anwar tetapi bagi sesiapa yang rapat dan biasa melihat 'perwatakan' atau gerak geri Anwar pasti tahu itu bukan Anwar. Contohnya dalam filem Ghandi, Ben Kingsley yang melakonkan watak Ghandi begitu menjadi sehingga menggondol sekurang kurangnya 11 anugerah peringkat dunia. Saling tak tumpah seperti Ghandi namun jika sesiapa yang pernah rapat dan mengenali perwatakan Ghandi tentu tahu membezakannya.

20 Cikgubad menyakini kumpulan ini besar serta mendapat lindungan istimewa kerana modus operandi ketika membawanya ke hotel tersebut seperti babak filem James Bond. Nama penyewa bilik tempat menonton dan daftar kenderaan yang digunakan untuk menjemputnya mungkin dapat mengundang fakta lebih menarik lagi.

21Saiful jumpa pegawai polis Rodwan Mohd Yusuf di sebuah hotel sehari sebelum
membuat laporan polis (Rodwan adalah pegawai penyiasat kes penyalahgunaan kuasa DSAI. Jawatan beliau sekarang ialah penolong pengarah bahagian jenayah perdagangan bukit aman selepas menjadi ketua polis Melaka dalam usia terlalu muda)

22 Polis Tidak Berminat Keterangan Saksi (Hasnuddin adalah pemilik kondominium
bersebelahan unit di mana Saiful mendakwa beliau kononnya diliwat)

23 Keluarga DSAI menafikan itu adalah Anwar. "Siapa lagi yang lebih mengenali beliau dengan begitu intim kalau bukan kami, keluarga terdekat beliau, yang telah bersama beliau dalam susah dan senang, khusus dari saat beliau berada di arus perdana kepimpinan negara hinggalah ke hari-hari beliau mulai pulih dari serangan apabila beliau dibebaskan daripada penjara.” Kata Wan Azizah.

Berdasarkan kenyataan Johari Abdul , Chegubard & Media:

24 Tangan pelakon berbulu (DSAI tidak berbulu)

25 Perut buncit (perut DSAI kempis)

26 Punggung tebal dan tonggek (punggung DSAI tipis dan tirus)

27 Kulit cerah (kulit DSAI agak gelap)

28 Bahu sasa dan masculine (bahu DSAI kecil dan tidak berotot)

29 DSAI buat laporan polis dengan pantas. Ini merupakan tindakbalas tepat bagi orang yang tidak bersalah

30 Polis lambat buat siasatan berbanding dengan kes Chua Soi Lek.

31 Polis cuma nyatakan video seks tulin bukan pelakonnya tulin.

32 Dato Suhaib Lazim (bapa saudara Johari Abdul) juga menyatakan pelakon dalam video seks itu bukan DSAI)

33 Polis tidak panggil RTC, Suhaib Lazim dan Eskay untuk disiasat dengan segera.

34 Polis tidak panggil Dato Johari dan Chegubard untuk disiasat

35 Jelas sebuah konspirasi BN bila ia direstui oleh kerajaan. RTM dan TV 3 sama-sama tayangkan.

36 Rahim fitnah DSAI kerana dendam lama.

37 Eskay fitnah DSAI kerana dendam lama.

38 Madey terlibat, ini bukti dendam lama terhadap DSAI. Video ditayangkan selepas beberapa hari beliau melancarkan buku terbarunya. Di dalam buku itu beliau mendakwa DSAI mengadakan hubungan dengan empat orang pelacur.

39Hishamuddin berkata jangan ada sesiapa yang berani menuduh polis terlibat dalam pembikinan video ini. Opss...ada orang tuduh ke?

40 Nazri Aziz kata kenapa Anwar mengadakan sidang akhbar dan menafikannya sedangkan tidak ada orangpun menuduh Anwar terlibat. Tapi kalau Anwar lambat buat laporan, Nazri akan kata memang Anwar dalam vodeo itu.

41 Ketiga-tiga orang dalang ini berjumpa dengan Perdana Menteri di Pejabat Perdana Menteri di Parlimen untuk berbincang mengenai perkara ini. KEADILAN telah dimaklumkan bahawa Perdana Menteri mempengerusikan mesyuarat Biro Politik UMNO di pejabatnya di Parlimen petang semalam, maka Perdana Menteri memang berada di Parlimen ketika ketiga-tiga dalang ini dilihat di Parlimen semalam.

42 Kenapa kamera hitam putih? Jawapan paling logik ialah kamera sedemikian akan memastikan muka pelaku dalam rakaman adalah “soft”, dan samar-samar. Ini membolehkan pelbagai tafsiran dibuat mengenai identiti pelaku. Persoalan penting adalah kenapa pihak yang membuat rakaman tidak menggunakan kamera biasa yang akan menampakkan dengan jelas wajah pelaku jika tujuan rakaman adalah untuk mendedahkan Anwar melakukan perbuatan sumbang.

43 Pelaku dalam video buat kerja dalam keadaan ada orang ketiga sedang memerhatikan. Korang sanggup ke orang lain tengok ketika korang buat kerja. Aku rasa kucing pun malu.

44 Pelaku juga buat kerja dalam keadaan terang dan telanjang bulat. Korang nak tayang ke korang punya barang kat orang lain.

45 Dua orang lelaki ada memegang remote control. Adakah ia remote penghawa dingin atau CCTV?

46 Video seks pada 21hb menunjukkan DSAI tidak berjanggut dan bermisai tetapi pada 22hb ketika DSAI menghadiri perbicaraan ada janggut dan misai.

47 Rambut DSAI agak panjang sedikit berbanding pelaku dalam vodeo berambut pendek.

48 lesung pipit Anwar amat ketara dan amat berbeza sekali. Lesung pipit Malaun setan tu kurang jelas dan melebar jauh dari bibir mulut.

49 Kedua2 belah pipi Anwar ada 2 lekuk hitam krn cenkung dan amat ketara di setiap gambar Anwar.

50 Datuk T sendiri mengakui video asal ada pada tangan mereka dan telah diserahkan kepada polis. Apabila video itu tersebar kepada awam, jelas sekali ia adalah perbuatan pihak polis sendiri dengan kerjasama Datuk T. Inilah konspirasi tertinggi namanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan