klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Khamis, 6 Ogos 2009

SURAT BALAS KU LI PADA TGNA

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9
30hb Julai, 2009.8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar,
Blok 1, Tingkat 1,
Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
KELANTAN.

Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.
Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

SURAT TGNA PADA KU LI

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR

Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.
Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.
YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).
YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan"). Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999. Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka. Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk mengetengahkan pandangan beliau. Sekian. Terima Kasih.
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda Keadilan,
Parti Keadilan Rakyat,
Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang

MEDIA STATEMENT : PAKATAN RAKYAT STATEMENT ON THE PROSECUTION OF PARTICIPANTS OF SATURDAY ANTI ISA GATHERING

FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 4 August 2009

PAKATAN RAKYAT condemns the prosecution of 29 persons including a 16 year old juvenile in the Sessions Court yesterday for alleged unlawful assembly.
This act of selective punishment is clearly intended to intimidate those who participated in the Gerakan Mansuhkan ISA organised peaceful gathering on Saturday and an attempt to threaten future assemblies. It again confirms to all Malaysians and the world that the UMNO/BN government has no respect for the basic human and constitutional right of peaceful assembly guaranteed in the Federal Constitution.
PR condemns the manner in which violence in the form of physical violence, tear gas and strong chemical weapons were used to inflict violence on the crowd which included women and minors. This shameful oppressive behaviour reflects badly on the government and tarnishes the image of Malaysia in the eyes of the world.
The allegation that the GMI organisers and participants in the rally on Saturday caused businesses to lose income to the extent of hundreds of millions is laughable and completely exaggerated. Anyone can see that if the police had been instructed by their BN masters to allow the rally, one would have had a peaceful rally and the tens of thousands of persons present would have boosted business in that area of KL instead.
It is a simple matter for the police to work to work together with organisers of rallies to ensure that the right of peaceful assembly is protected and to ensure minimal disruption to traffic and movement of persons. SUHAKAM, the government’s own adviser on human rights appointed through statute has repeatedly told the BN government this for the last 10 years. Yet the BN refuses to accept this.
In doing so, it shows to Malaysia and the world, its real political values i.e. it is no respecter of the basic rights of its own citizens, it practices a sham democracy, that what the BN is really about is using the state institutions like the police, the AG’s Chambers and the judiciary to protect the interests of a group of corrupt politicians and their cronies hijacking the wealth of this country.

YB Sivarasa Rasiah, Vice President, Parti Keadilan Rakyat
YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Islam Se-Malaysia
YB Tony Pua, Central Committee Member, Democratic Action Party

Rabu, 5 Ogos 2009

Muhyiddin Dan Utusan Disaman RM100juta Jika Gagal Minta Maaf Drp Anwar

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin".
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.
Katanya sekiranya kedua-dua pihak gagal memenuhi tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, saman ganti rugi berjumlah RM100 juta akan difailkan terhadap mereka.“Ia telah diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO. Sebab telah pun dicetak, surat ini juga ditujukan kepada Utusan Melayu berdasarkan satu artikel bertajuk Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.“Anak guam kami menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Klien saya mengatakan bahawa dengan terbitnya artikel ini ianya berniat jahat terhadap beliau,” katanya.
Menurutnya artikel berkenaan yang diterbitkan hari ini menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah menghantar satu permohonan semakan kehakiman terhadap kes pertuduhan liwat Anwar.“Bersama-sama ini, pada jam 2.40 petang kami telah memfailkan satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi. Ini adalah terhadap satu kenyataan oleh pihak pendakwa yang mereka katakan mereka tiada apa-apa dokumen yang berpihak kepada kes Datuk Seri Anwar. Ini adalah permohonan untuk semakan kahakiman,” katanya.

Polis Langgar Prosedur Tahan Kanak-Kanak Bawah Umur Dikesali

Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.
Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan datang ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.
Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.
Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Written by apakhbarganukita
Tuesday, 04 August 2009 01:12

Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.
Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.
Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.
Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.
Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?
Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??

Selasa, 4 Ogos 2009

KENYATAAN RASMI PARTI KEADILAN RAKYAT

HIMPUNAN MANSUHKAN ISA 1 OGOS 2009

Pada 1 Ogos 2009 Sekretariat Himpunan MANSUH ISA menganjur satu himpunan besar-besaran. Perhimpunan ini adalah untuk menyatakan sikap rakyat Malaysia terhadap Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA). Protes rakyat menentang akta ganas dan zalim sudah sekian lama dan sentiasa berterusan.
Penggunaan ISA adalah sesuatu pencemaran keadilan undang-undang dan keluruhan perlembagaan Malaysia. Akta ISA ini adalah tiket jahat untuk kerajaan Umno/BN memastikan mereka terus berkuasa. Kerajaan Umno/BN boleh menangkap sesiapa sahaja secara sesuka hati, kerajaan Umno/BN boleh menahan seseorang tanpa waran, tanpa bicara dan tanpa hak peguam. ISA juga membenarkan kuasa yang luas, arbitrari dan tidak boleh dicabar mahkamah menyebabkan berlakunya pelbagai penyeksaan dan deraan fizikal juga mental.
Parti Keadilan Rakyat sangat menghormati prinsip keadilan sebagai hak asasi manusia. Parti Keadilan Rakyat menjunjung tinggi nilai kemanusiaan sejagat. Oleh itu,Parti Keadilan Rakyat menyokong penuh perhimpunan rakyat yang akan dianjurkan untuk menyatakan penentangan terhadap ISA yang jelas zalim dan sering kali disalahgunakan oleh kerajaan Umno / BN.
Pada 1 Ogos 2009 Parti Keadilan Rakyat akan bersama-sama rakyat menyertai Himpunan MANSUH ISA. Semua pimpinan tertinggi, anggota Parti akan hadir bersama Ketua Umum Parti, Dato’ Seri Anwar Ibrahim menyertai perhimpunan aman menyatakan sokongan kepada pihak penganjur dan menyatakan pendirian Parti yang menentang undang-undang zalim.

DATO' SALEHUDDIN HASHIM
Setiausaha Agung
Parti Keadilan Rakyat

Himpunan Anti ISA: Pengalaman Pertama Bersama Rakyat - Zaid Ibrahim


Hari ini (1 Ogos 2009) buat kali pertama dalam sejarah hidup saya, saya menjadi mangsa bom gas pemedih mata. Pedih sungguh mata dan hati saya! Inilah pengalaman saya berhimpun dan berarak bersama dengan berpuluh ribu rakyat Malaysia di Kuala Lumpur. Ia benar-benar membuka mata saya di samping memberi banyak pengajaran.
Saya amat terkejut kerana tidak menyangka betapa kejamnya polis bertindak terhadap rakyat yang hanya berhimpun dan berjalan secara aman. Rakyat hanya mahu meluahkan perasaan tentang buruknya Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang perlu dimansuhkan secepat mungkin. Rakyat kita tidak membawa senjata, mereka hanya membawa anak-anak untuk menyedarkan warga kecil betapa kejamnya ISA.Lelaki, perempuan, tua dan muda, pelbagai kaum, bermacam agama, semuanya berhimpun secara aman di ibu kota. Hak untuk berhimpun secara aman adalah hak asasi rakyat. Tapi nampaknya hak yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan ini sudah tidak ada guna lagi. Hak kita sudah hancur kerana polis yang bersenjata, yang berkuasa penuh, yang sombong dan angkuh, kini telah menentukan hak kita.
Bila polis kata perhimpunanan itu haram, maka kita semua yang berhimpun atas dasar kebebasan dan hak yang telah dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan, telah menjadi mangsa kekerasan polis. Ya, polis yang mengaku diri sahabat rakyat, kini menunjukkan belang sebenar mereka. Tak sangka, dengan sedikit kuasa itu, mereka sudah merasakan diri seperti Fira’un.Saya sebagai warga Malaysia yang prihatin telah turut sama menyertai perhimpunan aman ini. Tapi saya bersama dua anak saya dan kawan-kawan lain tak tahu ke mana mahu dituju kerana polis telah tutup banyak jalan. Kami hanya mahu ke Istana Negara untuk menyaksikan penyerahan memorandum anti-ISA.
Kami telah tersepit di sebatang jalan dekat Masjid Negara. Ramai yang berarak menghala ke Jalan Kuching ke arah Selangor Club, kami pun ikut sama. Niat kami hanyalah untuk bersama-sama orang ramai menunjukkan sokongan. Tetapi bila sampai sahaja di belakang Selangor Club, polis dengan ganasnya telah menyembur gas pemedih mata dan menggunakan pncutan air tekanan tinggi. Lintang-pukang orang berlari. Saya pun tunggang-langgang lari.Polis kemudian meminta orang ramai bersurai. Tetapi ke mana nak bersurai kerana semua jalan sudah ditutup. Tak ada cara lain kecuali patah balik ke arah Masjid Negara. Saya pun bersedia untuk bersurai. Tapi bila sampai dekat dengan Masjid Negara, ada pula sekatan jalan polis. Di situlah saya lihat orang ramai angkat tangan supaya polis membenarkan mereka bersurai ke arah bagunan Dayabumi.
Saya juga angkat tangan kerana kami memang nak bersurai. Ada dua orang wanita tua bersama saya yang merah serta berair mata mereka di samping terbatuk-batuk akibat bom gas pemedih mata. Seorang peserta lelaki yang cacat anggota dengan crutches nya tidak dapat lari. Saya tak tahu apa nasib manusia berani ini. Kasihan saya melihat mereka semua.Rupa-rupanya polis sudah berniat jahat. Tanda angkat tangan tidak ada erti kepada mereka. Walau pun melihat ramai antara kami yang sudah mahu bersuara, polis terus melepaskan bom pemedih mata. Saya dapat lihat wajah-wajah polis berkenaan, kebanyakannya orang Melayu, yang penuh benci dan kesumat dendam.Maka terpaksa lagi kami berlari elakan diri. Tapi nak ke mana lagi? Di Jalan Kuching dekat Selangor Club pun polis sudah melemparkan bom pemedih mata. Bom dari canisters yang tidak ada jenama kata kawan saya. Bererti bom jenis buatan haram. Dinegara kita apa pun boleh dilakukan Ramai orang termasuk saya terpaksa lari masuk ke dalam hutan kecil berhampiran Jalan Kuching dengan melompat pagar bangunan di situ.
Mujur juga ada pengawal keselamatan di situ yang baik hati yang telah melepaskan kami keluar dari perkarangan bangunan tersebut. Semoga Allah membalas budi baiknya. Di sana barulah kami dapat keluar untuk bersurai. Masa itu mata kami semua sudah merah, suara parau dan seluar koyak akibat terpaksa melompat pagar. Saya pun baru sedar bila sudah berumur begini lutut sudah tidak sekuat waktu muda dulu.Memang jelas hak dan kebebasan kita semakin terhakis. Apa yang polis lakukan dengan cara mengepung orang ramai yang hanya mahu berhimpun secara aman dan membelasah mereka dengan semburan air dan bom pemedih mata adalah untuk menunjukan kepada rakyat bahawa kerajaan Barisan Nasional tidak peduli dengan kehendak dan keperluan rakyat.
Mereka mahu mengajar rakyat Malaysia bahawa era Pak Lah yang mahu mencuba membuka ruang kebebasan sudah tidak wujud lagi. Ini era Najib yang tak mahu dengar dan tak terima pandangan rakyat.Bagi polis yang jelas bekerjasama dengan UMNO dan Barisan Nasional, mereka mahu rakyat takut kepada mereka. Mereka tidak mahu kita di Malaysia bebas seperti Indonesia dan Filipina yang memberi rakyat peluang bersuara dan berhimpun secara aman.
Mereka mahu semua rakyat sedar bahawa Malaysia adalah Negara Polis seperti Myanmar. Sesiapa yang berhimpun dianggap bersalah kecuali mereka yang berhimpun untuk menyokong Najib dan pemimpin UMNO yang lain. Inilah mesej 1Malaysia ciptaan Najib yang memberi amaran kepada rakyat bahawa kekerasan akan digunakan pada bila-bila masa sahaja demi mengekalkan kuasa.Tapi rakyat Malaysia termasuk saya juga ingin menyampaikan berita kepada Najib. Kita akan berkorban apa saja untuk menentang kekejaman dan kezaliman. Kita yakin kita di pihak yang benar kerana kita menentang salaha guna kuasa, penyelewengan dan rasuah. Kuasa rakyat akan menang juga suatu hari nanti di negara Malaysia yang tercinta ini, InsyaAllah.

Kalau Betul Kita Hendak Ganas & Merusuh

Beberapa SMS saya terima hari ini dari individu yang tidak dikenali , mengutuk perhimpunan mansuh ISA dengan menyatakan bahawa pimpinan PR menjadi dalang tercetus suasana huru-hara dan mengakibatkan para peniaga kerugian .
Sesiapa pun yang ada di sana sudah pasti dapat menyatakan kebenarannya . Siapa yang mencetus keadaan ini berlaku ? Siapa yang menyebabkan suasana aman menjadi huru-hara ? Siapa yang bertindak brutal tanpa akal fikir menjadikan suasana yang sepatutnya berjalan dengan aman damai bertukar menjadi seperti medan pertempuran ?
Semua tahu , bahawa lokasi seperti di hadapan Pasaraya SOGO , Masjid Jamek dan Masjid Negara adalah lokasi tempat berkumpul . Kita bukan hendak melakukan perhimpunan Mansuh ISA di semua vanue tersebut . Tujuan kita ialah berkumpul di situ dan bergerak ke Istana Negara . Motif kita pada hari tersebut ialah menghantar Memorandum Bantahan ISA kepada DYMM Yang DiPertuan Agong .
Malah semua yang hadir daripada seluruh pelusuk negara , secara aman turun ke semua vanue tanpa sebarang senjata . Mereka datang dengan berbekalkan kuatan diri dan semangat jitu serta keberanian menentang akta zalim ISA yang perlu dimansuhkan . Saya yakin mereka semua hadir bukan hendak atau berniat untuk membuat huru-hara atau mencetuskan rusuhan .
Sewaktu berada di Masjid Jamek dan Pasaraya Sogo , aktiviti harian peniaga dan orang awam berjalan sepertimana biasa . Apa mereka tidak tahu adanya perhimpunan atau demonstarsi ? Mereka semua tahu . Mereka tidak takutkah ? Mereka sememang tidak takut kerana mereka tahu demonstrasi yang dianjurkan tidak mengugat keselamatan mereka , tidak perlu untuk mereka tutup kedai mereka . Mereka tahu semua ahli demonstran berhimpun secara aman . Bukan hendak membuat huru-hara .
Kalau betul perhimpunan atau demonstrasi menyebabkan ketegangan , rusuhan atau huru-hara sudah pasti segala aktiviti perniagaan dan sebagainya akan ditutup dan orang awam akan menjauhkan diri daripada vanue2 tersebut . Sehingga jam 2 petang , Pasaraya SOGO masih beroperasi . Perniaga masih berniaga sepertimana biasa . Malah sewaktu saya sampai dalam jam 12 tengahari , peniaga-peniaga kecil pasar minggu Jalan TAR sedang membetulkan gerai-gerai mereka untuk meniaga . Sewaktu selesai perhimpunan pun saya masih melalui di situ , orang ramai sesak dan aktiviti perniagaan berjalan dengan baik tanpa masalah seolah-olah tiada apa yang berlaku .
Kalau betul kita hendak merusuh , sudah pasti banyak kerosakan harta awam yang dilakukan , kereta-kereta dipecahkan , bakar sana sini . Tetapi tidak ada harta awam yang rosak, tidak ada bangunan yang dibakar atau tidak sebuah kereta pun yang dirosak atau dipecahkan . Tidak ada . Yang merosakkan suasana dan keadaan ialah pihak polis yang menembak air pancutan berasid membabi buta. Merosakkan harta awam , kedai-kedai dipancutkan dengan air berasid menyebabkan peniaga terpaksa menutup kedai ! Tembakan gas pemedih mata sehingga gas tersebut masuk ke dalam Kompleks Pertama , bayangkan ditempat tertutup , gas yang pedih dan memeritkan , peniaga terpaksa menutup kedai mereka . Polis seperti anjing mencari mangsa , masuk ke dalam Pasaraya Sogo , Kompleks Pertama untuk menangkap para demonstran . Suasana menjadi kelam kabut . Peniaga terpaksa menutup kedai mereka ! Orang awam , tua muda , remaja dan kanak-kanak terhidu gas pemedih mata . Bayangkan orang dewasa pun tak tertahan apabila terkena gas tersebut , inikan pula kanan-kanak . Ramai juga yang pengsan ! Ada yang jatuh ke sungai apabila terkena pancutan air berasid !
Siapa sebenarnya yang membuat huru-hara ini ? siapa yang membuat peniaga kerugian ? Objektif kita ialah ke Istana Negara ! Kita bukan hendak mengadakan perhimpunan di situ ! Kita juga bukan hendak merusuh atau serang Istana Negara ! Kita semua berhimpun sebagai tanda sokongan kepada pimpinan untuk menyampaikan memorandum kepada DYMM Yang DiPertuan Agong !
Sewaktu saya bersama Chegu Bard mengetuai pergerakan ke Istana Negara bersama ribuan yang lain , kami dihalang oleh pihak FRU dengan tembakan gas pemedih mata ! Menyebabkan kami terpaksa berpatah balik ke Sogo. Sedangkan kami sudah berjalan hampir 3 kilometer.
Dalang punca huru hara ini ialah NAJIB , HISAMUDDIN , MUSA HASAN dan SABTU ! Mereka perlu bertanggungjawab dengan apa yang berlaku . Bukan Pimpinan PR !

Arrest and Detention of Minors


Press Statement
3 August 2009

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil's statement on the federal government's plan to take stern action against parents, guardians and organisers who allowed children and teenagers to participate in the peaceful gathering on Saturday reveals the stunning superficiality of her understanding of the democratic process and the rule of law.
Public gatherings are a constitutional right of all Malaysians. The gathering last Saturday, 1 August, 2009, was a peaceful demonstration attended by ordinary citizens from all walks of life who felt compelled to stand against the draconian Internal Security Act (ISA). If Datuk Seri Sharizat was sincerely concerned about the safety of minors, she would have condemned the violent tactics employed by the police against Malaysians armed with nothing more than their convictions.
Despite being voted out by Lembah Pantai residents in the last general elections, Datuk Seri Sharizat was given the opportunity to serve as the Women, Family and Community Development Minister. Unfortunately, instead of using her position to protect the welfare of minors, she has chosen instead to sustain the unprecedented brutal tactics of political persecution of children as young as 13 years old.
Instead of ensuring that the police complies with both the Child Act 2001 and the United Nations International Convention on Children's Rights, of which Malaysia is one of the signatories, she spreads the outlandish lie that children were used as shields. This blatant falsehood serves as Barisan Nasional spin to portray the parents among the demonstrators as cruel. Instead of being worried about the welfare of the young Malaysians arrested, Datuk Seri Sharizat now chooses to further the lack of compassion by demanding for the arrest of their parents.
One of those arrested, Faizudin Hamzah, 16, will be remanded for four days. Any minister worthy of her position would ask why the young man was arrested, while asleep, close to midnight at KL Sentral without a reason given. Malaysians would have at least expected the minister to investigate claims by Legal Aid Centre lawyers that juveniles were denied food last night. Or question why they were kept in the same lockups as adults. Unfortunately this is not the case.
Political persecution by the ruling elite is already at an all-time high. Is it now reaching a new low with underaged children victimised for Barisan Nasional's political gain?

YB Elizabeth Wong
Information Chief,
Wanita Keadilan
State Assemblyman (Bukit Lanjan)

Isnin, 3 Ogos 2009

terkini ! Sivarasah bebas , 30 OKT didakwa

Saya baru menerima maklumat daripada sdr. Rozan ( Ketua AMK Cabang Batu ) melalui sms bahawa beliau telah selamat dibebaskan dengan jaminan polis . Beliau maklumkan bahawa YB Sivarasah juga dibebaskan dengan jaminan polis tetapi 30 orang lagi OKT masih terus ditahan termasuk isteri Tahanan ISA , Pn Laila Othman akan didakwa di Mahkamah Seksyen Jenayah Jalan Duta .

Tindakan terhadap peserta demo anti-ISA undang kecaman

Kerajaan berdepan dengan kecaman hebat kerana menangkap beratus-ratus orang dan menggunakan gas pemedih mata dan merima air untuk menyuraikan perhimpunan menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang membolehkan penahanan tanpa bicara, semalam.Lebih 60 daripada 589 orang yang ditahan dalam perhimpunan semalam - yang disertai lebih 15,000 orang di pusat bandar Kuala Lumpur - masih ditahan, demikian menurut laporan media dan para peguam.
Pemimpin veteran DAP, Lim Kit Siang yang turut menyertai perhimpunan anti-ISA semalam berkata beliau melihat sendiri polis yang didakwanya bertindak sewenang-sewenangnya melepaskan tembakan gas pemedih mata ke atas orang ramai.
Lim menuduh Ketua Polis Negara (KPN), Tan Sri Musa Hassan bertindak 'membalas dendam' terhadapnya dan pemimpin Pakatan Rakyat yang lain kerana mereka mengadakan perbincangan meja bulat Parlimen minggu lalu, yang mendesak supaya KPN baru dilantik bagi mewujudkan sebuah negara Malaysia yang selamat.'Kecam Najib' Beliau juga mengecam Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak atas tindakan ganas kira-kira 5,000 anggota polis ke atas peserta perhimpunan anti-ISA semalam."Adakah ini satu petunjuk yang pentadbiran Najib akan menjadi lebih kejam daripada kerajaan semua perdana menteri sejak negara mencapai kemerdekaan pada 1957?" soalnya.Najib sebelum ini menegaskan bahawa perhimpunan bantahan semalam tidak memberi sebarang makna kerana beliau telahpun berjanji untuk menyemak semula undang-undang tersebut selepas mengambil alih pentadbiran negara April lalu.Manakala Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein yang bertanggungjawab terhadap Pasukan Polis Diraja Malaysia (PDRM), pula dilaporkan berkata, ISA boleh dipinda secepat sesi parlimen yang akan datang.Tetapi pihak pembangkang dan kumpulan hak asasi manusia mendesak supaya akta ISA yang diwarisi dari zaman penjajah itu - yang digunakan untuk menahan penentang kerajaan serta suspek pengganas - dimansuhkan terus.
Latifah Koya, seorang peguam yang mewakili mereka ditahan semalam, berkata polis masih menahan peguam yang juga naib presiden PKR, R Sivarasa, serta isteri dan anak seorang tahanan ISA. Dua lagi kanak-kanak masih ditahan."Kami mengutuk keras tindakan polis itu. Mereka yang hanya memakai baju-T dengan logo anti-ISA, ditangkap. Kami mendedsak supaya mereka dibebaskan segera," katanya kepada AFP.'Rakyat mahu perubahan'pemimpin badan hak asai manusia juga turut mengecam tindakan polis semalam.Presiden Aliran, P Ramakrisnan mengutuk tindakan keras polis ketika menyuraikan perarakan aman anti-ISA semalam.
Tegasnya, ribuan rakyat Malaysia yang prihatin menyertai perhimpunan semalam atas tanggungjawab patriotik mereka yang menolak ISA kerana disalahgunakan oleh BN.Penganalisa politik, Khoo Kay Peng berkata, keputusan pilihanraya umum 2008 yang menyaksikan ramai rakyat menolak kerajaan BN, menunjukkan mereka mahu kebebasan yang lebih luas."Rakyat mahukan perubahan. Jika BN mahu kekal berkuasa, maka ia mesti mendengar hasrat rakyat yang mahukan kebebasan dan supaya hak individu dihormati," tambahnya."Mereka turun ke jalanan kerana kerajaan tidak menyediakan ruang alternatif untuk mendengar kehendak rakyat," katanya.Khoo berkata, BN yang sedang berusaha memulihkan sokongan rakyat selepas pilihanraya umum 2008, berdepan dengan kemungkinan kalah dalam pilihanraya umum akan datang jika ia masih gagal melaksanakan pembaharuan demokrasi di negara ini. - malaysiakini

SPRM tahan ADUN T'ganu disyaki terima rasuah

Ogos 2

Seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini kerana disyaki menerima rasuah berjumlah RM20,000.ADUN berkenaan dipercayai menerima wang suapan terbabit bagi membolehkan sebuah syarikat mendapat projek lanskap di Kuala Lumpur, lapor Bernama.
Difahamkan, semasa ditahan kira-kira pukul 9.30 pagi di Kijal, dekat Kemaman, Terengganu, SPRM telah menemui wang tunai RM5,000 pada Adun berkenaan.Ketika ditahan, ADUN berkenaan berada bersama rakannya dan difahamkan beliau telah dibawa ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya untuk siasatan lanjut.Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Shukri Abdull, ketika dihubungi, mengesahkan mengenai penahanan ADUN terbabit tetapi enggan mengulas lanjut. -malaysiakini

ZALIM !!!!!!


YB SIVARASAH DIREMAN 2 HARI !