klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 7 Ogos 2009

umno cakap "DEMONSTRASI BUKAN BUDAYA KITA"






KALAU BUKAN KERANA DEMONSTRASI PASTI MALAYAN UNION TERTEGAK DI TANAH MELAYU !

KALAU BUKAN KERANA DEMONSTRASI APA AKAN JADI KEPADA NEGARA KITA ?

PEMIMPIN UMNO 'BUTA HATI' , 'BUTA SEJARAH' !

AMK Sangkal Kenyataan Rozi Mamat : ADUN Kemasik Mesti Letak Jawatan Segera !

AMK Negeri Terengganu menyangkal kenyataan yang dibuat oleh Timbalan Ketua Umno bahagian Hulu Terengganu, Rozi Mamat bahawa Pas diminta tak campur urusan Umno dalam berita Harian 6 Ogos 2009 . Rozi Mamat seharusnya matang dan bersikap profesional bahawa isu rasuah yang melibat Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN ) Terengganu yang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan meminta sogokan daripada sebuah syarikat adalah merupakan isu rakyat Terengganu kerana melibatkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) yang dipilih oleh rakyat melalui sistem demokrasi .

Maka PAS atau sesiapa sahaja wajar dan layak mencampuri urusan dan isu berkenaan . AMK Negeri Terengganu mempertegaskan bahawa isu rasuah ADUN Terengganu tersebut bukan urusan peribadi UMNO atau Barisan Nasional sahaja. Malah sewaktu ditahan oleh SPRM bersama-sama beliau wang sejumlah RM5000 dan AMK Negeri Terengganu amat yakin sebelum tindakan tersebut diambil oleh SPRM , siasatan dan penelitian telah dibuat oleh SPRM secara terperinci .

AMK Negeri Terengganu kecewa dengan sikap Rozi Mamat yang seolah-olah mempertahankan perasuah . Sekiranya beliau mempunyai integriti dan bermaruah sudah pasti akan turut bersetuju agar ADUN tersebut meletakkan jawatan dengan segera dan mencontohi ADUN Pakatan Rakyat yang sanggup meletakkan jawatan apabila integriti dan moral beliau tergugat dengan dakwaan rasuah dan akhirnya tidak bersalah .

UMNO Terengganu seharusnya bertindak tegas terhadap isu tersebut dan bukannya bertindak ‘menunggu dan lihat’ sahaja serta menutup sebelah mata perlakuan dan tindakan tidak bermoral ADUN yang tidak sampai setahun jagung serta termasuk juga dakwaan rasuah yang melibatkan 2 orang bekas pimpinan UMNO Terengganu dalam kes melibatkan pembinaan projek Lebuh Raya Lingkaran Tengah 2 (MRR2) . Adalah memalukan rakyat Terengganu apabila pemimpin UMNO Terengganu terpalit dengan isu rasuah .

AMK Negeri Terengganu menyokong kenyataan yang dibuat oleh Penolong Setiuasaha PAS Negeri Terengganu bahawa ADUN tersebut adalah wajar meletakkan jawatan dengan segera! Maruah rakyat Terengganu telah cukup tercalar dan dimalukan oleh UMNO dan Barisan Nasional dengan isu-isu yang tidak berintegriti dan bermaruah .

Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

6 Ogos 2009

Khamis, 6 Ogos 2009

Pengumuman 11 Perkara; Najib Memperdayakan 1Malaysia.

Written by Wan Kay

KEMAMAN – Sebanyak RM70 juta wang rakyat dibelanjakan oleh kerajaan untuk membayar sebuah syarikat perunding bagi membantu Perdana Menteri Malaysia Dato’ Seri Najib Razak membina imejnya. .
Naib Presiden PAS, Dato’ Mahfudz Omar berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Penerangan Isu Semasa yang diadakan di Kampung Geliga, DUN Chukai, dekat sini baru-baru ini."Dia (syarikat perunding) nasihat Perdana Menteri (untuk), umum (dan) cari 60,000 orang di Wilayah Persekutuan potong 50% (bayaran lesen),”syarikat ini juga menasihat bagaimana nak melaksanakan dasar, kamu cari kumpulan-kumpulan kecil, ”Najib pun beritahu, kita umum pemotongan (atau) diskaun 20% tol (bagi) pengguna-pengguna lebuhraya yang menggunakan (kad) Touch ‘n’ go dan Smart Tag,”tapi dengan syarat, 80 kali sebulan guna baru dapat potongan, kalau 79 kali sebulan, tak dapat,”katanya.Menurutnya, pengumuman 11 perkara yang dibuat oleh Perdana Menteri sempena 100 hari telah dirancang supaya kelihatan hebat, seolah-olah ia memberikan manfaat kepada seluruh Malaysia.Hakikatnya kata Mahfudz, ia hanyalah memberikan faedah kepada segolongan, terlalu kecil rakyat Malaysia.”Dia (syarikat perunding) sudah ‘calculate’, dah kira berapa ramai yang dia (Najib) terpaksa (dan) sanggup untuk beri diskaun 20% (potongan tol) ini,”hanya dalam lingkungan 80,000 orang sahaja, bukan satu Malaysia,”jelasnya.
Manakala menurutnya, permit teksi yang diberikan kepada individu sebagaimana diumumkan oleh Najib, sebenarnya hanya diberikan kepada 3,000 orang sahaja.Katanya, Najib dengan kebijaksanaan syarikat perunding tersebut - buletinonline

SITUASI INKUES KEMATIAN TEOH - mStar

BERIKUT adalah situasi yang berlaku ketika Inkues kematian Teoh Beng Hock yang berlangsung di Mahkamah Majistret Shah Alam hari ini:
12.25 tengah hari: Saksi kelima, Wan Rosli Wan Adam, 38, seorang pengawal keselamatan di Plaza Masalam memberi keterangan.
11.50 pagi: Peguam Karpal Singh masuk tiba di mahkamah.
11.35 pagi: Saksi keempat, Anggota Bilik Gerakan cawangan IPD Shah Alam, Koperal Abdul Karem Othman dipanggil.
11.15 pagi: Saksi ketiga Mohd Khairul Izwan M. Nasir, Penolong Kanan Pengawal Keselamatan mula beri keterangan.
11.10 pagi: Ujian DNA Tan Boon Hwa dan Lee Wye Wing tidak sepadan dengan kesan darah pada baju dan tali pinggang Teoh Beng Hock, kata peguam keluarga mendiang, Gobind Singh11.00 pagi: Prosiding disambung semula.
10.30 pagi: Mahkamah berhenti rehat.
9.40 pagi: Saksi kedua, Mohd Ridzuan Samsuri, juruteknik Plaza Masalam dipanggil.Beliau memaklumkan kepada mahkamah bahawa koridor tingkat 5 Plaza Masalam, tempat mayat Teoh ditemui hanya boleh diakses oleh pengawal keselamatan dan pegawai penyelenggaran bangunan sahaja. Orang awam tidak boleh mengaksesnya.Bahagian berkenaan hanya boleh dimasuki melalui dua laluan. Laluan pertama ialah melalui sebuah tingkap pejabat. Manakala laluan kedua ialah melalui dua pintu jeriji besi yang berkunci yang hanya boleh dibuka oleh pengawal keselamatan dan pihak penyelenggara."Koridor tingkat 5 hanya boleh pergi melalui pejabat orang, itupun dengan kebenaran itupun kena melalui tingkap. Cara kedua ialah melalui pintu jeriji perlu lapor kepada pengawal," katanya.
9.22 pagi: Saksi pertama beri keterangan, Siti Zabedah Yahya, 41 tahun - pengawal keselamatan.Saksi pertama memberitahu mahkamah bahawa pada pukul 1.10 tengah hari ketika dia sedang berehat di bilik stor di tingkat 19, Plaza Masalam, ketika hendak menutup tingkap dia ternampak satu lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5."Selepas 20 minit berehat saya hendak tutup tingkap saya jenguk ke bawah. Saya nampak lembaga manusia terbaring di koridor tingkat 5."Saya tidak puas hati, saya nak pastikan sama ada ia (lembaga manusia terbaring) tertidur atau pengsan, saya ambil satu skru meja dan lempar ke bawah," katanya."Lepas tak bergerak, saya rehat sekejap, lepas lima minit saya panggil kawan saya. Kawan saya pun nampak apa yang saya nampak."Kemudian, saya hubungi En Ridzuan untuk beritahu, selepas saya hubungi dia saya tidak buat apa-apa lagi," katanya.
9.10 pagi: Prosiding inkues bermula.9 pagi: Hari ini 49 pas media disediakan berbanding minggu lepas hanya 30.Penasihat DAP, Lim Kit Siang tiba di perkarangan mahkamah.
8.40 pagi: Peguam Gobind Singh dan Sankara Nair yang mewaikili keluarga Teoh tiba.
8 pagi: Pas liputan untuk media mula diedarkan.mStar

MTUC: Kenapa rakyat demo di jalan?

Kongres Kesatuan Sekerja Malaysia (MTUC) menegaskan memang menjadi hak orang ramai turun berhimpun di jalan raya apabila memorandum bantahan mereka tidak dilayan oleh kerajaan.Mengulas reaksi pemimpin kerajaan terhadap perhimpunan besar membantah akta ISA hujung minggu lalu, setiausaha agung MTUC G Rajasekaran berkata kerajaan wajib menjaga ketenteraman awam tetapi tidak boleh menafikan hak orang ramai berhimpun dan berarak.
"Tiada alasan kerajaan menggunakan kekasaran melampau terhadap peserta perhimpunan aman," katanya dalam satu kenyataan hari ini, menjelaskan sebab ramai orang menyertai perhimpunan 1 Ogos lalu."Seluruh dunia menyaksikan perarakan pada Sabtu lalu bagi menentang Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sentiasa tertib dan aman sehingga polis melepaskan tembakan gas pemedih mata dan meriam air.
"Kekerasan yang tidak diperlukan, katanya, telah digunakan untuk mengganggu perarakan aman oleh rakyat yang tujuannya hanyalah untuk menyerah memorandum kepada Yang di-Pertuan Agong, mengenai kebimbangan mereka terhadap penggunaan akta ISA, dengan lebih 500 orang, termasuk juvena, telah ditahan.
Rajasekaran berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mesti menerima hakikat bahawa badan-badan sivil, telah memberi alasan dan sebab mereka membantah ISA."Sejak 50 tahun lalu, siri forum dan perhimpunan telah membahaskan penyalahgunaan ISA, tetapi malangnya tiada sebarang perubahan yang berlaku."Begitu juga hakikat bahawa kerajaan sentiasa tidak memperdulikan memorandum dan cadangan yang dikemukakan oleh badan-badan sivil," katanya sambil menambah, contoh terbaik ialah sikap dan pendekatan Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi.
Katanya, sejak memegang jawatan perdana menteri mulai 31 Oktober 2003, Abdullah telah meminggirkan MTUC dan tidak memperdulikan keperluan tujuh juta pekerja sektor swasta."Sepanjang menjadi perdana menteri selama lima tahun lima bulan, beliau tidak pernah menemui para pemimpin MTUC; beliau tidak memperdulikan peringatan yang diberi berulangkali.
"Sejak November 2003, MTUC menyerahkan empat memorandum, iaitu mengenai:- Penswastaan pengagihan bekalan air pada 24 Januari 2006;-
Impak kenaikan harga produk Petroleum pada 27 Mac 2006;-
Gaji minimum pada 18 Jun 2007;
dan- Perundangan Buruh yang mengongkong pada 5 Mei 2008.
Rajasekaran berkata, walaupun MTUC mengakui bahawa adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk memulihara ketenteraman awam tetapi "ia tidak sepatutnya dijadikan alasan untuk mengharamkan perhimpunan dan perarakan aman apabila semua usaha menemui kegagalan."Malaysiakini

ISU ADUN KEMASIK RASUAH : SPRM HARUS TELUS DAN PROFESIONAL

Saya mengucapkan syabas terhadap tindakan SPRM menangkap dan menyoal siasat YB ADUN Kemasik berhubung dakwaan meminta wang habuan daripada sebuah syarikat, ditahan reman selama lima hari bagi membantu siasatan kes berkenaan. Satu prestasi yang boleh dibanggakan oleh SPRM berbanding sebelum ini . Walaupun SPRM masih bersikap membuat pendakwaan terpilih , tetapi saya puji .

Najib Razak , Perdana Menteri Malaysia dalam kenyataannya menyatakan bahawa SPRM bersikap adil tidak mengira siapa dan menafikan dakwaan pembangkang bahawa SPRM bersikap pilih kasih dalam mengambil tindakan walaupun di kalangan pimpinan UMNO / BN . Bagi saya 1 daripada puluhan atau ratusan laporan kes rasuah dan penyelewengan yang melibatkan pimpinan UMNO/BN yang diambil tindakan .

Malah laporan rasuah terhadap Najib Razak pun SPRM terus diam membisu tanpa sebarang tindakan . Tidak ada sebarang soal-siasat dilakukan oleh SPRM keatas Najib Razak . Daripada namanya BPR ( Badan Pencegahan Rasuah ) sehinggalah bertukar kepada SPRM ( Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia ) . Nama sahaja bertukar , tetapi masih berada ditakuk yang sama .

Saya melihat adalah wajar ADUN Kemasik tersebut meletakkan jawatan . Malah sewaktu ditahan terdapat wang tunai RM5000 bersama beliau . Ini bermakna pihak SPRM mempunyai bukti yang kukuh serta siasatan yang rapi sebelum mengambil tindakan menahan beliau dan 2 orang rakannya dalam kes tersebut . ADUN yang tidak sampai sepenggal berkhidmat sebagai wakil rakyat benar-benar memalukan rakyat Kemasik dan Negeri Terengganu . Inikah wakil rakyat yang dilahirkan oleh UMNO/BN? Sekiranya UMNO/BN Terengganu bermaruah sudah pasti turut sama bersetuju dan mendesak ADUN tersebut meletakkan jawatan .

Tetapi masih terdapat suara sumbang dikalangan pimpinan UMNO yang menyatakan ADUN Kemasik tersebut tidak wajar meletakkan jawatan kerana belum terbukti bersalah . Tindakan 'menegak benang yang basah' terus menebal . Mempertahankan ADUN yang tidak berintegriti dan bermoral yang sedangkan dikalangan pimpinan UMNO , JKKKK dan rakyat Kemasik mengenali lagak ADUN yang tidak sampai setahun jagung menjadi wakil rakyat ini .

Adakah ADUN Kemasik sahajakah yang terlibat dengan amalan rasuah ? SPRM seharusnya lebih aktif dan bersikap profesional . Masih banyak lagi kes-kes rasuah dan penyelewengan yang perlu diambil tindakan oleh SPRM . Kes Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh , kepincangan dan keraguan projek-projek mega di zaman pemerintahan Idris Jusoh , penyelewengan Dana Remaja , penyelewengan Duit Ehsan , rasuah pembahagian rumah , penyelewengan PPRT , salah guna kuasa oleh pimpinan UMNO /BN dan sebagainya yang dipandang sepi oleh SPRM .

Saya bersetuju dengan pandangan sahabat saya , SPRM - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia tidak bertindak mencegah tetapi hanya bertindak terhadap yang sudah atau sedang mengamalkan rasuah .

MUFTI CAKAP DEMONSTRASI HARAM ! SEMBAH PATUNG ?


TAK APA KE TOK-TOK MUFTI ? HALAL KUT ASALKAN UMNO/BN !

Isu Arak di Selangor: UMNO Jangan Jadi Munafik

UMNO dan Khir Toyo jangan jadi munafik. Rekod menunjukkan sepanjang UMNO menganggotai Majlis MBSA, tidak pernah isu penjualan arak secara terbuka ini diperbincangkan.Kedai yang dirampas arak oleh MBSA itu telah menjalankan operasi menjual arak sejak zaman BN memerintah lagi sehingga telah diprotes oleh penduduk setempat. Malangnya, protes penduduk setempat telah seperti mencurah air di daun keladi.Semua wakil-wakil rakyat UMNO serta ahli Majlis mereka tidak pernah menaikkan isu penjualan arak di Shah Alam ini.
Mengapa saya gunakan perkataan Munafik?Senang sahaja. Yang bagi lesen arak ni UMNO. Yang bina kilang Calrsberg dan Anchor di Selangor ni UMNO. Yang benarkan arak dijual berleluasa di seluruh negara adalah UMNO.Jadi, takkan kita nak harapkan UMNO untuk membenteras penjualan arak di Selangor sedangkan UMNO yang keluarkan lesen.Masakan kita boleh harapkan perompak untuk membenteras amalan perompakan.
UMNO Benarkan Orang Melayu Islam Duduk di Lembaga Pengarah CalsbergSaya nak tanya, mengapa UMNO boleh benarkan orang Melayu Islam duduk di Lembaga Pengarah Calrsberg? Mengapa tiada tindakan dan larangan dari UMNO? Apa tindakan yang UMNO telah ambil untuk menghalang beberapa individu Melayu Islam ini dari menjawat kedudukan di Lembaga Pengarah Calrsberg? (Sila rujuk: (http://announcements.bursamalaysia.com/EDMS/hsubweb.nsf/1c0706d8c060912d48256c6f0017b41c/48256aaf0027302c48256b8b0036a2a5/$FILE/Carlsbg-Products-CorpInfo-DirectorsProfile%20(725KB).pdf)
Sudahlah UMNO dengan penipuan kamu. Hakikatnya tokeh2 judi dan arak adalah kawan karib UMNO dan Barisan Nasional.Pemuda UMNO seharusnya menubuhkan ”Briged Calrsberg” mereka dan Putri UMNO seharusnya menubuhkan ”Skuad MAGNUM” bagi menghargai sumbangan yang tidak terhingga industri arak dan judi kepada UMNO.
Malahan UMNO septatutnya mengadakan majlis berbuka puasa serta solat tarawikh di Zouk dan Hard Rock Cafe bagi menghargai sumbangan tokeh2 kabaret kepada UMNO.Berhentilah bersandiwara. Berhentilah berlakon.
Hakikatnya kamu lebih akrab persahabatan kamu dengan tokeh2 judi dan arak berbanding DAP. Ini adalah fakta.Tak payahlah UMNO nak jadi jaguh kampung. Sibuk berkokok tapi ekor bergelumang taik. Memalukan agama, bangsa dan negara.
-Tulang Besi

SURAT BALAS KU LI PADA TGNA

TRH/U/Phb/Kel/18 Bh.9
30hb Julai, 2009.8hb Sya’ban, 1430.

Y.A.B. Tuan Guru Dato’ Haji Nik Abdul Aziz bin Nik Mat,
Menteri Besar Kelantan,
Pejabat Menteri Besar,
Blok 1, Tingkat 1,
Kota Darulnaim,
15503 Kota Bharu,
KELANTAN.

Dengan tangan/Fax No.09-7442748

Bismillahirrahmanirrahim.

Y. A. B. Dato,

TUNTUTAN ROYALTI MINYAK KERAJAAN NEGERI KELANTAN

Saya panjatkan do’a ke Hadrat Allah S.W.T. agar Y.A.B. Dato’ berada dalam keadaan sihat walafiat.
Sukacita saya maklumkan bahawa surat Y.A.B. Dato’ yang bertarikh 15 Julai, 2009, yang disampaikan kepada saya oleh Y.B. Dato’ Hj. Husam Musa pada hari Jumaat, 17 Julai, 2009, telah selamat saya terima dan diucapkan berbanyak-banyak terima kasih.
Apabila Malaysia ditubuhkan dalam tahun 1963, bidang kuasa (jurisdiction) ke atas luar pantai Malaysia di antara Negeri dan Persekutuan tidak ditentukan untuk negeri-negeri Sabah, Sarawak dan Singapura oleh kerana Malaysia ditubuhkan dalam suasana di mana kita telah diancam oleh negara tetangga. Ini menyebabkan Kerajaan Negeri Sarawak telah mempertikaikan hak bidang kuasa Kerajaan Persekutuan ke atas luar pantai Malaysia di perairan Sarawak. Nasib baik dengan adanya Akta Kemajuan Petroliam 1974 pertikaian ini telah dapat diselesaikan dalam suatu perundingan yang diadakan dengan Kerajaan Sarawak. Saya telah mewakili Kerajaan Persekutuan untuk merundingkan masalah ini dan tanpa memilih jalan yang sukar, iaitu untuk meminda Perlembagaan Negara bagi menentukan bidang kuasa untuk Negeri dan Persekutuan yang tidak sempat dibuat sebelum ini mengenai kawasan luar pantai Malaysia , maka Seksyen 4 Akta Kemajuan Petroliam telah diguna bukan sahaja untuk menyelesaikan masalah ini tetapi telah dapat juga mengatasi kemungkinan ianya ditimbulkan oleh negeri-negeri seperti Sabah selain daripada Sarawak.
Akta Kemajuan Petroliam mempunyai keistimewaannya tersendiri. Ia telah menyebabkan ujudnya satu perjanjian dalam mana Kerajaan-kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan telah sanggup meletak hak selama-lamanya kepada PETRONAS mengenai petroliam yang ditemui sama ada di dalam atau di luar pantai Malaysia. Sebaliknya PETRONAS sanggup membuat bayaran tunai kepada Kerajaan Persekutuan dan juga Kerajaan-kerajaan Negeri sebanyak 5% daripada nilai petroliam yang ditemui dan dijual tiap-tiap tahun menurut Perjanjian itu. Bagi Negeri Kelantan, Allahyarham Dato’ Hj. Mohamed bin Nasir, selaku Menteri Besar, telah menandatangani perjanjian ini dan saya bagi pihak PETRONAS telah menandatangani perjanjian yang sama dalam tahun 1975.
Jelas sekali, dengan tafsiran yang dibuat dalam kedua-dua perjanjian ini nampaknya tidak ada keraguan lagi mengenai bidang kuasa dalam dan luar pantai Malaysia mengenai petroliam. Jelas sekali PETRONAS terikat dengan perjanjian-perjanjian ini begitu juga Kerajaan Negeri Kelantan dan oleh itu PETRONAS wajib membuat bayaran tunai sebanyak 5% daripada petroliam yang diperolehi daripada luar pantai Malaysia yang bersetentangan dengan Kelantan kepada Kerajaan Negeri Kelantan. Kalau tidak silap saya, sebahagian daripada kawasan luar pantai Malaysia yang diusahakan oleh JDA (Joint Development Authority) sekarang ini pernah diberi kepada syarikat asing untuk mencari gali minyak dalam tahun enam-puluhan dahulu tetapi diserahkan balik kepada Kerajaan Persekutuan apabila didapati ianya tidak ekonomik oleh kerana kos mencari gali minyak di ketika itu melebehi harga pasaran minyak dunia. Untuk makluman Y.A.B. Dato’, saya telah meminta Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak, untuk mengguna pakai Seksyen 4 Perjanjian di bawah Akta Kemajuan Petroliam ini supaya PETRONAS menandatangani dengan setiap negeri di Semenanjung Tanah Melayu untuk menseragamkan perjanjian-perjanjian yang dibuat oleh PETRONAS di bawah Akta tersebut. Apatah lagi disedari bahawa negeri-negeri di Pantai Timur masih kurang maju yang memerlukan bantuan untuk pembangunan dan sudah tentu akan mendapat manfaat daripada bayaran tunai daripada PETRONAS.. Pada masa itu difikirkan ada kemungkinan kawasan luar pantai Malaysia berhampiran atau bersetentangan dengan Kelantan, Terengganu dan Pahang mempunyai petroliam dan/atau gas asli mungkin memberi harapan yang baik kepada rakyat dan negeri-negeri tersebut sekiranya petroliam ditemui di luar pantai Malaysia berhampiran negeri-negeri itu.
Sekian, terima kasih.
Wassalam.

Yang ikhlas,

(Tengku Razaleigh Hamzah)

SURAT TGNA PADA KU LI

KENYATAAN MEDIA KETUA ANGKATAN MUDA KEADILAN CABANG BAYAN BARU BERKAITAN KENYATAAN YB JEFF OOI DI SUNDAY STAR

Saya merujuk kepada kenyataan yang di buat oleh YB Jeff Ooi, Ahli Parlimen Jelutong (DAP)merangkap Ketua Staf YAB Ketua Menteri Pulau Pinang yang disiarkan didalam akhbar The Sunday STAR bertarikh 02.08.2009 mukasurat N.12.
Didalam kenyataannya, YB Ooi melemparkan kritikan hebat kepada Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah, Ahli Majlis Kerajaan Tempatan Pulau Pinang daripada PKR.
YB Ooi menuduh Sdr. Mohd. Razali sebagai "Muslim extremist" kerana menjadi ahli Jemaah Islah Malaysia (JIM) yang mempunyai misi "to develop Malaysia into a country which fully adopted Syariah law by 2020" (membentuk Malaysia sebagai negara yang menerima pakai undang-undang Syariah sepenuhnya menjelang tahun 2020).
YB Ooi mendesak "the council should not allow "a religious extremist" in its administration" (pihak majlis tidak sepatutnya membenarkan seorang ekstremis agama (Islam)didalam pentadbirannya). Beliau selanjutnya menyatakan "the state was setting a dangerous precedent by allowing an alleged extremist religious activist to infiltrate the local government system" (pihak kerajaan negeri telah membuka ruang untuk membolehkan seorang ekstrimis agama (Islam) untuk menyusup masuk kedalam sistem kerajaan tempatan"). Angkatan Muda Bayan Baru menolak kenyataan yang bersifat fitnah ini sekeras-kerasnya. Jemaah Islah Malaysia @ JIM merupakan sebuah NGO yang berteraskan Islam yang telah lama ditubuhkan dan berdaftar dengan pendaftar pertubuhan di Malaysia. Pelbagai bentuk program berbentuk kemasyarakatan dan kebajikan berjaya dianjurkan oleh JIM. Malah ramai dari kalangan pimpinan JIM telah menunjukkan sokongan terbuka kepada Pakatan Rakyat selepas 1999. Merujuk kepada ‘track record’ Sdr. Mohd. Razali bin Abdullah merupakan seorang jurutera yang mendapat kelulusan cemerlang. Berdasarkan latar belakang professional beliau serta kebolehan beliau, maka nama beliau telah diangkat untuk mewakili Parti Keadilan Rakyat sebagai Ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang. Kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Jeff Ooi mengambarkan yang beliau tidak mempunyai maklumat yang tepat berkaitan isu yang dibangkitkan. Beliau harus mendapatkan nasihat serta pandangan dari pelbagai pihak sebelum mengeluarkan kenyataan ini. Beliau seharusnya sedar bahawa setiap dari Ahli Majlis MPPP yang dilantik adalah berdasarkan kriteria- kriteria tertentu yang diputuskan oleh Parti yang diwakili mereka. Angkatan Muda Keadilan Bayan Baru dengan ini mendesak agar YB Jeff Ooi menarik balik kenyataan beliau dan membuat permohonan maaf secara terbuka., bukan sahaja permohonan maaf kepada Sdr Mohd Razali Abdullah tetapi juga kepada Jemaah Islah Malaysia (JIM) dan Parti Keadilan Rakyat Pulau Pinang. Angkatan Muda Keadilan Cabang Bayan Baru juga mendesak YB Jeff Ooi agar menggunakan saluran yang bersesuaian untuk memberi teguran kepada mana-mana pegawai atau kakitangan yang dirasakan bermasalah atau perlu diberi teguran. Beliau juga harus segera berhenti dari menggunakan media untuk mengetengahkan pandangan beliau. Sekian. Terima Kasih.
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda Keadilan,
Parti Keadilan Rakyat,
Cabang Bayan Baru, Pulau Pinang

MEDIA STATEMENT : PAKATAN RAKYAT STATEMENT ON THE PROSECUTION OF PARTICIPANTS OF SATURDAY ANTI ISA GATHERING

FOR IMMEDIATE RELEASE

Date: 4 August 2009

PAKATAN RAKYAT condemns the prosecution of 29 persons including a 16 year old juvenile in the Sessions Court yesterday for alleged unlawful assembly.
This act of selective punishment is clearly intended to intimidate those who participated in the Gerakan Mansuhkan ISA organised peaceful gathering on Saturday and an attempt to threaten future assemblies. It again confirms to all Malaysians and the world that the UMNO/BN government has no respect for the basic human and constitutional right of peaceful assembly guaranteed in the Federal Constitution.
PR condemns the manner in which violence in the form of physical violence, tear gas and strong chemical weapons were used to inflict violence on the crowd which included women and minors. This shameful oppressive behaviour reflects badly on the government and tarnishes the image of Malaysia in the eyes of the world.
The allegation that the GMI organisers and participants in the rally on Saturday caused businesses to lose income to the extent of hundreds of millions is laughable and completely exaggerated. Anyone can see that if the police had been instructed by their BN masters to allow the rally, one would have had a peaceful rally and the tens of thousands of persons present would have boosted business in that area of KL instead.
It is a simple matter for the police to work to work together with organisers of rallies to ensure that the right of peaceful assembly is protected and to ensure minimal disruption to traffic and movement of persons. SUHAKAM, the government’s own adviser on human rights appointed through statute has repeatedly told the BN government this for the last 10 years. Yet the BN refuses to accept this.
In doing so, it shows to Malaysia and the world, its real political values i.e. it is no respecter of the basic rights of its own citizens, it practices a sham democracy, that what the BN is really about is using the state institutions like the police, the AG’s Chambers and the judiciary to protect the interests of a group of corrupt politicians and their cronies hijacking the wealth of this country.

YB Sivarasa Rasiah, Vice President, Parti Keadilan Rakyat
YB Dr. Hatta Ramli, Ahli Jawatankuasa Pusat, Parti Islam Se-Malaysia
YB Tony Pua, Central Committee Member, Democratic Action Party

Rabu, 5 Ogos 2009

Muhyiddin Dan Utusan Disaman RM100juta Jika Gagal Minta Maaf Drp Anwar

Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yasin dan Utusan Melayu Sdn. Bhd. diminta membuat permohonan maaf secara terbuka dan bercetak kepada Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat berhubung rencana bertajuk "Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin".
Peguam Anwar, Sankara Nair berkata, surat tuntutan maaf telah dihantar kepada kedua-dua pihak berkenaan. Surat itu turut menuntut Utusan menarik balik artikel berkenaan dan berjanji tidak mengulangi tindakan berkenaan.
Katanya sekiranya kedua-dua pihak gagal memenuhi tuntutan berkenaan dalam masa tujuh hari bermula hari ini, saman ganti rugi berjumlah RM100 juta akan difailkan terhadap mereka.“Ia telah diucapkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yasin dalam kapasitinya sebagai pemimpin UMNO. Sebab telah pun dicetak, surat ini juga ditujukan kepada Utusan Melayu berdasarkan satu artikel bertajuk Anwar Pengkhianat, Putar Belit Fakta Mengenai Usaha Martabatkan Melayu – Muhyiddin.“Anak guam kami menyatakan bahawa artikel ini adalah satu artikel yang memfitnah dan satu tuduhan tidak berasas bahawa Anwar Ibrahim adalah seorang pengkhianat pada bangsa Melayu. Klien saya mengatakan bahawa dengan terbitnya artikel ini ianya berniat jahat terhadap beliau,” katanya.
Menurutnya artikel berkenaan yang diterbitkan hari ini menggambarkan Anwar sebagai individu yang tidak jujur, penipu, ahli politik yang tidak boleh dipercayai, pengkhianat pada bangsa Melayu, tidak layak memerintah, tidak ada prinsip dan korup, dan tidak beretika.Kata Sankara lagi, terpulang kepada Anwar sama ada untuk meneruskan atau menarik balik saman berkenaan sekiranya kedua-dua pihak berkenaan memenuhi tuntutan yang dibuat.“Bila lakukan fitnah, sekalipun fitnah telah ditarik-balik namun bisanya masih ada. Itu terpulang kepada Anwar untuk tarik tuntutan atau tidak terpulang,” katanya.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata pihaknya telah menghantar satu permohonan semakan kehakiman terhadap kes pertuduhan liwat Anwar.“Bersama-sama ini, pada jam 2.40 petang kami telah memfailkan satu lagi permohonan di Mahkamah Tinggi. Ini adalah terhadap satu kenyataan oleh pihak pendakwa yang mereka katakan mereka tiada apa-apa dokumen yang berpihak kepada kes Datuk Seri Anwar. Ini adalah permohonan untuk semakan kahakiman,” katanya.

Polis Langgar Prosedur Tahan Kanak-Kanak Bawah Umur Dikesali

Bapa kepada tiga tahanan bawah umur berasa kecewa diatas tindakan pihak polis menahan anaknya tanpa mengikut prosedur yang ditetapkan undang-undang.Kadeni Haji Jamaludin, 51 yang ditemui di lobi Mahkamah Sesyen berkata dengan nada kesal bahawa penangkapan anaknya itu tidak diberitahu oleh mana-mana pihak berkuasa sehingga menyangka anaknya telah hilang.
Beliau berkata sebagai seorang bapa beliau percaya anaknya tidak terlibat dengan mana-mana demontrasi pada 1 Ogos lalu dan menegaskan tindakan polis menahan dan menggari kanak-kanak bawah umur adalah tidak masuk akal.“Saya yakin anak saya tidak terlibat dengan demontrasi itu kerana mereka mengaji sekolah agama dan datang ke sini bukan atas tujuan menyertai perarakan berkenaan, kalau benar pun, mereka akan pergi dengan saya.“Saya kesal pihak polis tidak menghubungi waris selepas melakukan penangkapan, malahan mereka juga dikatakan menahan reman anak saya tanpa peguam. Ini adala tidak mengikut prosedur, justeru saya akan cuba buat aduan.
Kadeni bapa kepada Faizuddin Hashim 16, Kamarul Nadir 18, dan Abu Ubaidah Jallaludin 20 merupakan antara 600 orang yang ditangkap kerana didakwa mengambil bahagian dalam perhimpunan berkenaan.Sementara itu, seorang remaja Ammar Belatif 13 tahun yang turut ditangkap berkata beliau sama sekali tidak terlibat dalam demontrasi berkenaan.
Ujarnya, dia hanya datang ke kompleks Pertama untuk membeli kasut tetapi telah dikepung oleh polis dan terus ditahan secara keras.“Kami tidak dapat berbuat apa kerana terus ditangkap oleh FRU ke Balai Cheras tunggu sehingga tujuah dan dibawa Balai Polis Petaling dan Bukit Jalil. Kemudian jam 2.30 petang baru dibebaskan.“Layanan teruk yang kami terima adalah tidak diberi makan di Balai Polis Petaling sehingga peguam datang pada jam 12 pagi hari sabtu itu. Jika peguam itu tidak datang pasti sehingga pagi kami tidak makan. -TVA

Rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?

Written by apakhbarganukita
Tuesday, 04 August 2009 01:12

Pada 1 Ogos, Demonstrasi Jalanan Secara Aman anjuran Gerakkan Mansuhkan ISA (GMI) diadakan bagi mendesak kerajaan menghapuskan akta zalim tersebut.Demonstrasi tersebut diadakan pada 1 Ogos bagi memperingati genap 40 tahun akta zalim itu di amalkan dalam undang-undang Malaysia.ISA pada awalnya digunakan untuk membendung kegiatan komunis telah di manipulasi oleh kerajaan UMNO dan Barisan Nasional (BN) untuk menghancurkan musuh-musuh politiknya.Demonstrasi tersebut terpaksa diadakan kerana sudah tidak jalan lain lagi bagi mendesak kerajaan menghapuskannya dari bumi Malaysia.
Demonstrasi tersebut jelas adalah himpunan secara aman, kerana walaupun berulang kali ditembak dengan ratusan das gas pemedih mata, dan di sembur dengan berliter-leter air kimia beracun, tidak seorang pun dari para demonstran yang merosakkan harta benda awam mahu pun barangan peribadi atau milik syarikat.Namun, sudah dijangka, media dalam kawalan UMNO/BN dipaksa menulis apa yang dituduh oleh pemimpin UMNO/BN dan mencatat segala skrip propaganda murahan parti bankap itu.
Lalu dengan tekanan dan susunan beberapa pengaturcaraan, beberapa media telah mencatatkan bahawa demonstrasi aman pada 1 Ogos lalu telah menyebabkan beberapa syarikat perniagaan dan pnaga serta penjaja kecil dikatakan rugi ratusan ribu ringgit.Pada 2 Ogos, seorang pemimpin UMNO yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Terengganu telah ditahan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana didapati menerima rasuah.Ketika ditahan, sebagai bukti, bersama ADUN tersebut terdapat wang tunai RM5,000.Namun tidak ada media yang mengaitkannya dengan kerugian rugi puluhann juta ringgit kerana rasuah yang ditanggung oleh kerajaan dan pihak swasta.Tidak ada pemimpin UMNO yang membuat kenyataan tentang isu rasuah, seolah-olah melakukan rasuah, memberi dan menerima rasuah itu lebih mulia dari demonstrasi jalanan.
Tidak ada pemimpin UMNO yang berani membuat kenyataan kerana perbuatan memberi dan menerima rasuah ini, selain dilaknat oleh Allah adalah melanggar undang-undang dan perlembagaan Malaysia.Tidak ada pemimpin UMNO khususnya Menteri Dalam negeri yang mengatakan bahawa semua kes rasuah akan disiasat dan diambil tindakan.Berbeza dengan demontrasi anti ISA yang berlaku, Hishamudin mengatakan beberapa pemimpin Pakatan Rakyat akan disiasat kerana menganjurkan perhimpunan haram.
Sekaligus Hishamudin lupa tentang dua ladi pemimpin UMNO Terengganu yang telah ditahan dan disiasat oleh SPRM berkaitan rasuah melibatkan jutaan ringgit wang rakyat.
Apakah rasuah lebih mulia dari demonstrasi jalanan ?
Apakah Himpunan Jalanan Lebih Hina dan berbahaya dari rasuah ??