klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 5 Jun 2009

DESAK PIHAK POLIS DAN SPRM SIASAT SEGERA DATUK BANDAR KUALA TERENGGANU

Saya ingin mengulangi desakan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar bertindak tegas terhadap insiden Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin yang runtuh pada 2 Mei 2009 dengan memulakan siasatan terhadap Datuk Bandar Kuala Terengganu kerana beliau bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) .
Percanggahan fakta oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) bahawa sehingga sekarang tidak mengeluarkan Sijil Siap Kerja kepada kontraktor yang membina bumbung stadium membuktikan bahawa stadium tersebut masih belum siap dan selamat untuk digunakan .
Adalah amat menghairankan bagaimana stadium tersebut terus digunakan sedangkan status stadium tersebut tidak selamat . Tindakan sebegini seolah-olah meletakkan nyawa rakyat Terengganu dalam keadaan bahaya dan menunggu maut .
Saya masih menunggu tindakan oleh pihak polis dan SPRM berkaitan tragedi ini . Laporan polis telah saya buat pada 3 Jun 2009 agar pihak polis menyiasat terhadap pengeluaran CF stadium tersebut . Sekiranya tiada CF atau CF dikeluarkan bermakna tindakan tersebut merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan mereka yang terlibat termasuk Datuk Bandar Kuala Terengganu perlu dipertanggungjawabkan termasuk Kerajaan Negeri Terengganu .
Kenyataan YAB Menteri Besar , Datuk Ahmad Said menyatakan bahawa sewaktu perasmian SUKMA yang disempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 10 Mei 2008 , beliau sudah nampak bumbung stadium tersebut seperti tidak kena.
Saya menganggap ini sebagai satu cubaan untuk membunuh DYMM Yang DiPertuan Agong dan rakyat Terengganu . Meletakkan kedudukan DYMM Yang DiPertuan Agong dalam keadaan tidak selamat dan boleh mengundang maut .
Saya benar-benar tidak memahami kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh pihak Polis dan SPRM dalam tragedi ini . Saya tidak teragak-agak untuk bertindak menggunakan budi bicara dan tindakan sendiri sekiranya kedua-dua agensi ini yang dipertanggungjawabkan mengimplimentasikan undang-undang tidak bertindak sewajarnya .


Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Tiada ulasan:

Catat Ulasan