Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) Negeri Terengganu benar-benar kecewa dengan sikap Pergerakan Pemuda UMNO Terengganu terus diam membisu tanpa sebarang reaksi terhadap tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang runtuh pada 2 Jun 2009 yang lalu . Bagaikan tidak ada apa-apa yang berlaku .
Sedangkan insiden ini merupakan satu peristiwa yang memalukan negeri Terengganu dan negara . Stadium yang baru berumur setahun telah runtuh hampir 60% dan setakat ini kerugian awal berjumlah RM25 juta sepertimana yang dinyatakan oleh MB Terengganu , YAB Datuk Ahmad Said .
Stadium tersebut yang mempunyai Sijil Layak Menduduki ( CF ) sedangkan sehingga sekarang pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) belum menerima laporan siap kerja daripada pihak kontraktor dan stadium tersebut beroperasi tanpa Sijil Siap Kerja oleh JKR .
Sedarkah Pemuda UMNO Terengganu bahawa tindakan tersebut mempertaruhkan nyawa rakyat Terengganu ! Bayangkan jika insiden tersebut berlaku sewaktu rakyat Terengganu terutama anak-anak muda Terengganu sedang leka menyaksikan pertandingan Bola Sepak Liga Super . Sudah pasti sekarang ini kita masih sibuk mengeluarkan mayat-mayat dari timbunan pecahan batu dan bumbung stadium tersebut . Syukur kehadrat Allah SWT sewaktu ianya runtuh dan roboh tiada nyawa yang terkorban .
Ada suara-suara di kalangan pimpinan UMNO yang meminta agar pembangkang tidak mempolitikkan tragedi ini . Ini bukan masa untuk bermain politik atau mempolitikkan isu . Ini adalah hak yang perlu diperjuangkan . Wang rakyat yang digunakan hampir RM300 juta untuk menyiapkan 'mercu tanda' ini . Sijil layak Menduduki ( CF ) yang dikeluarkan tanpa cukup syarat merupakan tindakan jenayah yang tidak boleh dimaafkan . Penyelewengan kuasa dan rasuah yang berlaku dalam pembinaan stadium yang berprestij ini .
Pemuda UMNO Terengganu harus keluar daripada 'cocoon' atau kepompong sindrom bisu ini . Bukan hanya diam membisu tanpa sebarang tindakan . Berani kerana benar . Ini melibatkan wang dan nyawa rakyat negeri Terengganu .
AMK Negeri Terengganu berlapang dada bermuafakat kerana Allah demi kecintaan kepada rakyat dan negeri Terengganu ini . Adakala kita perlu berbeza pandangan dan pendapat daripada segi edologi dan politik , tetapi adakala kita perlu seia sekata secara kolektif kerana negeri dan kepentingan rakyat . Menentang kezaliman dan menegakkan kebenaran yang dituntut oleh Islam kepada kita .
Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu
Cikgu oh cikgu.... tak perlu nak politikkan hal ini. pemuda umno terengganu dah buat tindakan..malahan tindakan kami adalah yang paling awal berbanding orang lain... tak perlu dihebohkan semuanya di media... kami kenal cikgu... kami tahu "kehebatan" cikgu!!!
BalasPadamApa pula pandangan AMK tentang tindakan Guan ENG mengenai MPSP!!! Cikgu membisu ke? Atau cikgu setuju lapan ahli PKR dikenakan tindakan disiplin..