klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 5 Jun 2009

Ramzi dituduh kirim SMS ugut ADUN BN

Jun 4, 09

Bekas pegawai kanan menteri besar Terengganu, dihadapkan di Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu atas empat tuduhan berhubung kes ugutan jenayah melalui SMS kepada tiga ADUN BN, April lalu.Datuk Dr Ahmad Ramzi Mohamad Zubir, 37, bekas setiausaha politik Datuk Seri Idris Jusoh, tidak mengaku bersalah dan mahkamah menetapkan sebutan semula kes itu 19 Julai depan.
Dr Ahmad dibenarkan ikat jamin RM8,000 dan diarahkan supaya menyerahkan pasportnya, lapor Bernama.Ahmad Ramzi kelihatan tenang ketika pertuduhan dibaca terhadapnya di hadapan Hakim Mohamad Khalid Abdul Karim.Mengikut pertuduhan pertama, pada jam 11.21 malam 13 April lepas di E726 Jalan Kubang Parit, Kampung Kubang Parit di sini, dia didakwa melakukan ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin Abdullah, ADUN Paka, dengan niat hendak menyebabkan kegentaran kepadanya.
Ahmad Ramzi juga didakwa melakukan perbuatan tersebut terhadap Abdul Halim Jusoh, ADUN Permaisuri, pada tarikh, tempat dan waktu yang sama, dan juga terhadap Datuk Rosol Wahid, ADUN Ajil, pada jam 11.25 malam di tempat dan pada tarikh yang sama.
Untuk ketiga-tiga pertuduhan itu, Ahmad Ramzi boleh dipenjara tidak melebihi dua tahun jika sabit kesalahan.
Bagi pertuduhan keempat pada tarikh dan tempat yang sama, antara 11.21 malam dan 11.25 malam, dia didakwa memfitnah Wan Ahamad Wan Muda dengan menghantar SMS yang mengandungi ugutan jenayah dengan mengancam hendak mendatangkan kematian kepada Mohd Ariffin, Abdul Halim dan Rosol, melalui lamanweb http://ownsmsbiz.com/v1 dengan menggunakan nombor telefon bimbit 019-9158369 milik Wan Ahamad.
Bagi kesalahan itu, Ahmad Ramzi boleh dihukum penjara selama tempoh tidak lebih dua tahun atau denda atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan. Pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwaraya, Ishak Mohd Yussof dan Andi Razalijaya manakala Ahmad Ramzi diwakili peguam Rosli Abdul Rahman.
SMS ugutan itu dijadikan alasan oleh tiga ADUN tersebut, bersama tujuh yang lain termasuk Idris, untuk tidak menghadiri sidang DUN Terengganu pada 14 April lalu. Pemulauan itu, dengan alasan nyawa tiga ADUN tersebut tidak selamat, memulakan krisis politik di negeri tersebut apabila majoriti wakil rakyat BN mempertikaikan Menteri Besar, Datuk Ahmad Said.Krisis ini dianggap babak baru warisan pertembungan kuasa antara kumpulan pro-Idris dengan Ahmad, yang menggantikannya dalam suasana penuh kontroversi Mac tahun lalu. - malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan