klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 15 Julai 2009

Pelantikan Hisham Terus di Bantah

KUALA TERENGGANU – Sebuah laman Blog dipercayai milik seorang ahli UMNO mengikut jejak langkah blog bekas Exco kanan Terengganu, mengkritik pelantikan Menteri Dalam Negeri, Dato’ Seri Hishamudin Hussein sebagai Pengerusi UMNO Terengganu.Menurutnya Hisham selaku Naib Presiden UMNO dan Menteri kanan dilantik menerajui UMNO Terengganu adalah 'tepat dan berkepentingan'. ”Dengan kedudukannya sebagai seorang Naib Presiden dan Menteri kanan yang berpotensi untuk terus meningkat, beliau terpaksa memikirkan banyak perkara yang menguntung dan merugikan dirinya,”tulisnya.Beliau mengulas, Hisham sedang berhadapan dengan dua kelompok manusia yang masing-masing mempunyai pengaruh, kekuatan dan kelemahan tersendiri. Justeru katanya, Hisham terpaksa mengambilkira beberapa pendekatan dan pandangan pihak berkepentingan yang bakal menguntungkan dirinya.Selain itu, tulisnya lagi, Hisham berhadapan dengan kelompok Ketua Bahagian yang menyokong Menteri Besar Dato’ Ahmad Said dan kelompok kumpulan 18 yang menyokong ‘Geng 10’.Beliau turut meluahkan perasaan dengan mengatakan, Hisham bukan orang Terengganu lalu, Hisham tidak akan peduli dengan kemelut dan kesusahan orang Terengganu.
”Beliau (Hisham) diberi amanah untuk menjaga UMNO Terengganu, bermakna menjaga Ketua-ketua Bahagian dan segelintir ahli UMNO Terengganu yang menyokong mereka,”bukan menjaga kerajaan dan kepentingan rakyat Terengganu keseluruhannya,”tulisnya.Sebelum ini Dato’ Rosol Wahid mengkritik Hisham dengan berkata, kedudukan parti kini terletak di tangan Hishammuddin dan selepas pelantikan baru jawatan penting UMNO Terengganu dibuat, pelbagai pandangan timbul. Menurutnya, dalam pelantikan itu wujud komen dan pandangan mengatakan Hishammuddin bersikap berat sebelah. “Ini disebabkan beliau buat tidak ‘pamme’, buat endah tak endah kepada ‘suara’ ahli Yang Berhormat (YB) ketika pertemuan di pejabatnya sebulan lalu sehingga menyebabkan ramai YB berasa kurang senang. “Apakah Hishammuddin tidak memahami apa yang diperkatakan ataupun beliau telah mendapat tekanan daripada pihak tertentu, wallahualam," katanya . - Buletinonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan