
Laporan forensik klinikal itu yang disahkan oleh tiga pakar HKL daripada Jabatan Kecemasan dan Trauma, Jabatan Pembedahan dan Jabatan Perubatan Forensik membuat kesimpulan bahawa tidak ada bukti konklusif menunjukkan tusukan atau kesan luka pada dubur Saiful.
Ketiga-tiga doktor pakar berkenaan mengesahkan dalam laporan mereka bahawa pesakit yang diperiksa adalah Mohd Saiful berdasarkan nama, nombor kad pengenalan, umur dan bangsa beliau serta nama pegawai polis yang menyiasat kes iaitu DSP Judy Blacious a/l A.F. Pereira. Laporan HKL itu menimbulkan kecurigaan terhadap bukti DNA yang dibawa oleh pendakwa dan menguatkan lagi tanggapan bahawa Anwar sekali lagi menjadi mangsa konspirasi politik. Perbicaraan Anwar bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur Rabu ini.
Menurut seorang pakar perubatan hospital swasta yang tidak mahu dikenali laporan tersebut jelas menunjukkan Mohd Saiful tidak diliwat sebagaimana yang didakwa beliau. Ini berdasarkan kepada pemeriksaan fizikal pada bahagian-bahagian sulit beliau yang tidak mempunyai petanda atau kesan beliau diliwat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan