klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 15 Julai 2009

SATELAH 105 HARI : UMNO KALAH , NAJIB BLAH

Di Manek Urai United Malays National Organisation telah berjaya mempertahankan kekalahan mereka.Justeru, Najib telah menghilangkan diri. Dia tidak kelihatan dimana-mana.Ini satu rekod.
Muhyiddin ditahap-tahap akhir telah membuat perangkap dengan janji membuat jembatan. Ini menjadikan seluruh warga Manek Urai dan seluruh rakyat Kelantan telah marah.
Mengikut pemerhati politik : Muhyiddin sengaja melakukan ini untuk memastikan kekalahan partinya. Kerana melalui kempen ancaman dan ugutan ‘jembatan’ ini tidak pernah berlaku dalam apa-apa kempen sebelumnya.Janji selalu dilafazkan tetapi tidak pernah bersandarkan ugutan. Muhyiddin adalah politikus pertama berbuat demikian.
Suara-suara telah mula kedengran mengatakan bahawa ‘ugutan’ ini sengaja dilakukan untuk memastikan kekalahan dan sekali gus menikam 100 hari Najib.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan