klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 15 Julai 2009

Rasuah dan Sogokan Punca Undi BN Meningkat.

PAS dengan tegas menyatakan, kehilangan undi sebanyak 1,287 berbanding yang diperolehi Pak Su Wei pada Mac tahun lalu, adalah disebabkan oleh rasuah dan sogokan wang serta janji-janji pembangunan Barisan Nasional (BN).
Ahli Exco Kerajaan Kelantan, Datuk Husam Musa berkata demikian dalam sidang media sejurus pengumuman kemenangan PAS di buat Suruhanjaya Pilihanraya Malaysia (SPR). Walaupun menang dengan majoriti tipis 65 undi, beliau tetap berbangga dengan keteguhan pendirian dan keberanian warga Manek Urai menolak tawaran ‘anak emas kerajaan persekutuan’.
“Tahniah kepada para pengundi Manek Urai yang begitu kuat ketahanan mereka,(Gambar - Abe Uji di julang setelah diisytiharkan sebagai pemenang)
"semua saudara-saudara tahu bahawa penggunaan politik wang adalah begitu berleluasa adanya sampul biru sampul kelabu dan sampul putih diedarkan kepada pengundi pada hari ini,"katanya di pusat Penjumlahan Undi Sekolah Menengah Kebangsaan Yahya Petra , Kuala Krai.-buletinonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan