Dua buku yang menyerang kepimpinan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim Ibrahim kini beredar di pelbagai tempat di negeri itu.Nasib Melayu Selangor dan 50 Kemusykilan Tentang Manusia Bernama Anwar Ibrahim muncul setelah kelab penyokong kerajaan Selangor mendakwa wujud konspirasi Umno-BN bagi menjatuhkan Pakatan Rakyat.
Buku tanpa penulis dan penerbitnya berjaya dikutip oleh anggota Angkatan Muda PKR di beberapa tempat tumpuan ramai di Shah Alam dan Kelang, dua minggu lepas.Ketika dihubungi Malaysiakini hari ini, ketua angkatan itu Shamsul Iskandar Md Akin berkata, setelah menyedari buku itu, beliau mengerahkan anggota pergerakan itu kutip semua dan bawa balik ke pejabatnya.
Tentang kepimpinan Khalid, buku itu antaranya mempersoalkan tindakan Selangor menambah peruntukan tahunan untuk rumah ibadat bukan Islam, bantuan kepada sekolah Cina dan India dan cadangan mengadakan pilihan raya kerajaan tempatan.
Tiga keping foto seorang exconya Elizabeth Wong, yang dilanda kontroversi berhubung isu gambar intimnya Februari lalu, turut dimuatkan.Sebuah lagi buku khas bagi menjawab kenyataan Anwar, antaranya berhubung dakwaan berlakunya konspirasi berhubung kes liwat terhadap mantan timbalan perdana menteri itu.Malaysiakini
Tiada ulasan:
Catat Ulasan