klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 23 Ogos 2009

Muhyiddin Dulang Paku Serpih

Sesudah melakukan tuduhan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai pengkhianat bangsa, sedangkan yang menuduh itulah pengkhianat yang sebenarnya, hari ini Muhyiddin sekali lagi cuba untuk mengata dulang paku serpih.
Laporan Bernama menyebut Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Mohd Yassin menyatakan petualang yang mencetuskan isu berbaur perkauman yang boleh menjejaskan keamanan negara boleh dianggap sebagai pengkhianat bangsa dan perlu ditentang habis-habisan.Katanya lagi negara Malaysia yang agak luar biasa dengan kepelbagaiannya adalah aman damai disebabkan dasar yang dilaksanakan kepimpinan terdahulu dan ini perlu dipertahankan.Muhyiddin yang selama ini bercakap dengan sentimen perkauman untuk "Melayunya", hari ini cuba menghalakan serangannya kepada orang lain.

Cukup ini dua sebagai bukti

Tiada ulasan:

Catat Ulasan