Khairy Jamaluddin ( KJ ) , Ketua Pemuda UMNO dalam ceramahnya di Jalan Kubang Semang , Permatang Pasir dalam ceramahnya membangkitkan isu pengundi hantu dalam pilihanraya kecil ini.
Agak lawak apabila KJ membangkitkan dakwaannya terdapat pengundi hantu di Permatang Pasir . Selama ini apabila isu Pengundi Hantu dibangkitkan oleh AMK dan PR , UMNO dan BN paling lantang menafikan kewujudan pengundi hantu ini . Tiba-tiba timbul isu Pengundi Hantu dan nampaknya Pemuda UMNO mendahului lalu membuat tuduhan terhadap PAS dan PR berkaitan isu tersebut . Setahu saya KJ lebih arif tentang kewujudan Pengundi Hantu kerana UMNO begitu mahir dan berpengalaman dalam kewujudan pengundi hantu sebagai pemilih pilihanraya .
Bas-bas yang masuk setiap kali PRK , kad pengenalan palsu dan sebagainya dilakukan oleh UMNO setiap kali PRU atau PRK . Banyak laporan polis dan SPR telah dibuat oleh saya dan AMK terhadap isu pengundi hantu ini disetiap kali PRK dan lebih terbukti apabila nama-nama yang diragui itu berada di dalam rumah atau tuan rumahnya adalah merupakan ahli-ahli UMNO . Saya yakin dan percaya bahawa nama-nama yang dikesan oleh Pemuda UMNO sepertimana dakwaan KJ , majoritinya adalah rumah-rumah ahli-ahli UMNO tetapi tidak dihebohkan .
Malah sewaktu di Bukit Selambau , Biro Pilihanraya AMK Malaysia telah berjaya mengesan 3029 orang ‘Pengundi Hantu’ atau ‘Pengundi Ragu’ di lokaliti di beberapa Peti Undi dan terdapat bukti apabila di Taman Bandar Baru Sungai Lalang terdapat 76 lokaliti yang dikenalpasti sedangkan pengundi tersebut tidak wujud dan tanpa pengetahuan tuan milik rumah-rumah tersebut .
Di PRK Kuala Terengganu , AMK berjaya mengesan contohnya Pasaraya Hock Kee Seng dan KFC terdapat puluhan pengundi menggunakan alamat permis-permis tersebut dan bila disiasat tidak wujud penama-penama itu serta tidak ada sesiapa pun yang tinggal di permis-permis tersebut .
Kali ini Pemuda UMNO cuba bertindak awal dengan menuduh PAS atau PR yang bertindak sedemikian . Sekiranya UMNO / BN kalah nanti maka kononya akan terbukti sepertimana dakwaan KJ bahawa kemenangan PAS adalah kerana Pengundi Hantu . Taktik yang lapok .
Sebab itu AMK telah menegaskan berkali-kali agar SPR membersihkan senarai daftar pemilih . Biar benar-benar telus serta bersih dan pengundi yang benar-benar sah berada di lokaliti tersebut .
Pemuda UMNO tidak perlu bermain politik dengan cuba menuding jari kepada PAS atau PR . Kerja kotor ini hanya UMNO sahaja yang cukup licik dan hebat. Persoalan yang KJ ajukan tersebut berkaitan isu Pengundi Hantu ni hanya KJ , Pemuda UMNO dan BN sahaja yang boleh menjawab .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan