Alhamdullillah sampai juga saya di Kota Tinggi menyambut jemputan berceramah oleh sdr. Razak , Ketua Cabang Kota Tinggi yang tidak pernah jemu-jemu memujuk saya hadir berceramah di sana . Sehinggakan saya begitu segan dengan beliau kerana sering menolak jemputan berceramah di Kota Tinggi. Kesibukan dan masalah kewangan sering membuatkan saya terpaksa menolak . Maklumlah penganggur .
Dalam perjalanan kereta ada masalah . Baru sahaja keluar daripada bengkel kerana putus timing belt . Ni datang masalah lain pula. Bau hangit sepanjang perjalanan seperti minyak gear bocor terkena ekzos. Syukur sampai juga di Kota Tinggi .
Sampai di tempat ceramah , bertemu dengan sdr. Zabidi ( ketua AMK Johor ) dan teman-teman AMK Johor . Sempat bincang tentang beberapa isu di Johor terutama isu 'Anwar Pengkhianat' yang sedang dimainkan oleh UMNO Johor . Minum sekejap di restoran dan dalam jam 11 baru saya ke tempat ceramah .
Syukur kali ini ke negeri kelahiran UMNO tidak seperti pengalaman saya di Tenggara bersama almarhum Datuk Ishak Bahrum atau di Pengerang . Boleh bilang dengan jari orang yang hadir . Kali ini semakin ramai dan saya rasakan rakyat Johor sudah semakin berani dan mula menolak UMNO .
Isu ceramah saya malam ini dengan memulakan bahawa pengkhianat orang Melayu sebenarnya ialah Muhyidin Yassin . Muhyidin Pengkhianat bukan Anwar Ibrahim . Sewaktu menjadi MB mengadaikan tanah Johor milik orang Melayu sejumlah 51,170 hektar kepada Singapura . Menjual lot-lot kubur untuk orang cina Singapura dengan harga rm60,000 dan banyak lagi pengkhianatan kepada orang Melayu terutama orang Johor . Anwar sewaktu dalam kerajaan punya jasa kepada orang Melayu dengan mewujudkan PPRT , Takaful , Bank Islam , Universiti Islam Antarabangsa , Sistem Pembankan Islam dan sebagainya .
Isu Malaysia yang diperintah oleh Ghani Patail , menggunakan undang-undang demi kepentingan UMNO bersama Musa Hasan . Isu Kematian Beng Hock yang saya anggap merupakan pembunuhan . Mempertahankan perlunya kepada Suruhanjaya DiRaja menyiasat kematian Beng Hock . Bukan inkues dan suruhanjaya diRaja menyiasat soal-siasat SPRM terhadap Beng Hock .
Saya juga mempertahankan bahawa punca kerugian peniaga dan ketakutan orang ramai sepertimana yang didakwa oleh pemimpin UMNO rm200 juta atau rm20 juta adalah berpunca daripada pihak polis dengan arahan Najib , Hisamuddin dan Ketua Polis Negara . Memberitahu keadaan sebenar apa yang berlaku pada hari Himpunan Mansuh Isa tempoh hari .
Jam 12 tengah malam saya berhenti . Otak terpaksa tumpu kepada kereta yang rosak . Cadangan awal memang hendak balik ke Kota Damansara lepas ceramah . Terpaksa menginap di Kota Tinggi . Esok baru dapat bawa kereta ke bengkel . Sekiranya balik jugak , macam-macam boleh berlaku dan mungkin tambah parah .
Terima kasih dan jazakallah kepada teman-teman di Kota Tinggi yang menyediakan tempat untuk berehat malam ini . Homestay Muslim Inn . Seronok dapat berkenalan dengan rapat Naib Pengerusi DAP Negeri Johor , Sdr. Ahmad bin Ton yang juga salah seorang penceramah malam tadi .
Tiada ulasan:
Catat Ulasan