klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 6 November 2009

KEMBALIKAN ROYALTI MINYAK, BUKANNYA WANG EHSAN

Kenyataan MediaAngkatan Muda Keadilan
6 November 2009

Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) menyeru Perdana Menteri agar tidak mengeliru parlimen serta orang awam tentang royalti minyak serta wang ehsan. Perbuatan menyalurkan wang ehsan kepada Kelantan telah merampaskan hak Kerajaan Kelantan untuk mendapatkan royalti minyak demi pembangunan kebajikan rakyat.
AMK berpendapat bahawa idea wang ehsan yang dikemukakan adalah akibat daripada tekanan wakil-wakil rakyat Pakatan Rakyat. Sudah lama, pelbagai pihak termasuk Kerajaan Kelantan telah mendesak agar Kerajaan Persekutuan dapat bertindak adil atas pembahagian peruntukan ke seluruh negeri.
Lebih mengecewakan adalah sementara Perdana Menteri mengutarakan konsep “Satu Malaysia”, wujudnya pembahagian peruntukan yang mengambil kira faktor kepentingan politik sahaja. Jelasnya bahawa “Satu Malaysia dengan double standard” masih wujud.AMK menyelar Barisan Nasional yang seringkali meminggirkan Kerajaan Negeri Kelantan yang diterajui oleh PAS. Barisan Nasional perlu bertanggungjawab atas Kelantan menjadi antara negeri yang termiskin. Semua jenis cukai termasuklah cukai pendapatan, duti import dan eksport yang merupakan sebahagian besar pendapatan negara perlu diagih dengan adil khasnya membantu negeri miskin supaya taraf hidup rakyat dapat dipertingkatkan. Usaha mengurangkan jurang kemiskinan di antara negeri-negeri di Malaysia juga perlu ditekankan.
Kenyataan Perdana Menteri berkaitan dengan wang ehsan hanya akan disalurkan dengan projek-projek pembangunan yang dijalankan oleh Kerajaan Persekutuan menunjukkan bahawa sekali lagi dasar diskriminasi terhadap Kerajaan Negeri Kelantan masih diteruskan. Tindakan tersebut berniat jahat serta bertujuan untuk membantut dan merosakkan prestasi pentadbiran Kerajaan Kelantan.
Sekiranya Perdana Menteri Malaysia betul-betul ikhlas untuk membantu dan meningkatkan taraf hidup rakyat di Kelantan, maka perlu mengembalikan royalti minyak kepada rakyat Kelantan. Rakyat sepatutnya tidak perlu dibezakan atau “dihukum” atas pegangan politik yang berlainan. Semua rakyat membayar cukai dan mereka tidak sepatutnya menghadapi diskriminasi sedemikian.
Akhirnya, AMK mendesak Perdana Menteri supaya menerima cadangan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menubuhkan Suruhanjaya Peruntukan Malaysia atau Malaysia Grant Commission yang mengagihkan peruntukan negara kepada semua negeri dengan adil tanpa sebarang faktor politik.

Lee Khai LoonKetua
Penerangan Angkatan Muda Keadilan Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan