klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 6 November 2009

Laporan Ketua Audit Negara Berkaitan Pengurusan Kenderaan Kerajaan

- Majlis Perbandaran Kemaman Membeli Bas Dua Tingkat Sebelum Mendapat Kelulusan MITI
Kenderaan merupakan aset yang penting bagi melancarkan perjalanan aktiviti Jabatan Kerajaan Negeri. Pengurusan kenderaan wajar diberi keutamaan oleh Kerajaan Negeri kerana ia merupakan aspek penting dalam pengurusan kewangan. Kenderaan Jabatan bermaksud kenderaan yang berada di bawah kawalan Kerajaan sama ada ia dibeli atau disewa dengan menggunakan wang Kerajaan, diterima melalui sumbangan atau hadiah atau diperoleh melalui proses perundangan. Peraturan mengenai pengurusan kenderaan Kerajaan pada masa kini terkandung dalam beberapa peraturan seperti Pekeliling Perbendaharaan Bil. 2 Tahun 1980, Bil. 2 Tahun 1996, Bil. 6 Tahun 1999 dan Bil. 8 Tahun 1999.
Pengurusan kenderaan adalah tanggungjawab setiap Jabatan/Agensi Negeri untuk menguruskannya. Setiap Jabatan yang memerlukan kenderaan hendaklah mendapat kelulusan daripada pihak Kerajaan Negeri melalui Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri. Tujuan perolehan kenderaan adalah untuk membantu Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) serta Jabatan/Pejabat/Agensi di bawah kawal selianya dalam melaksanakan aktiviti yang dirancang. Selain itu, bagi kenderaan yang telah mengalami kerosakan dan tidak ekonomik untuk dibaiki, pelupusan kenderaan akan dilaksanakan setelah mendapat kelulusan daripada Pejabat Kewangan dan Perbendaharaan Negeri.
Bagi tahun 2004 hingga 2008, Kerajaan Negeri telah membelanjakan sejumlah RM53.2 juta untuk perolehan sebanyak 153 buah kenderaan manakala sejumlah RM9.05 juta telah dibelanjakan oleh Jabatan Kerja Raya (JKR) untuk memperoleh 74 buah kenderaan dan sejumlah RM1.14 juta telah dibelanjakan oleh Majlis Perbandaran Kemaman (Majlis) untuk memperoleh 15 buah kenderaan.Perolehan KenderaanSurat Pekeliling Perbendaharaan Bil. 7 Tahun 2002 menyatakan kelulusan pihak Kementerian Perdagangan Antarabangsa Dan Industri (MITI) hendaklah diperoleh Terlebih dahulu sekiranya perolehan bahan/barangan import bernilai melebihi RM50,000.

1. Perolehan Kenderaan Oleh Majlis Perbandaran Kemaman
Majlis telah merancang pembelian sebuah bas dua tingkat untuk digunakan sebagai kenderaan rasmi bagi membawa orang kenamaan dan juga bersesuaian dengan status Majlis sebagai Majlis Perbandaran yang memerlukan sebuah bas eksekutif. Majlis telah menandatangani satu perjanjian bagi pembelian bas dua tingkat berharga RM830,000 dengan Syarikat C.U. Tours Ltd. Part, Thailand pada 26 Julai 2005.Semakan Audit mendapati Majlis memohon permit import daripada MITI pada 2 Ogos2005 dan permohonan tersebut telah diluluskan pada 11 Oktober 2005. Ini bermakna Majlis telah membuat pembelian sebelum mendapat kelulusan daripada pihak MITI.
Mengikut perjanjian, syarikat pembekal perlu membekalkan bas tersebut pada 15 Ogos 2005. Bagaimanapun, Majlis telah menerima bas tersebut pada 8 Februari 2006 iaitu lewat enam bulan dari tarikh sepatutnya. Kelewatan ini disebabkan masalah permit import. Walaupun bas ini diterima oleh Majlis pada 8 Februari 2006, ianya masih belum boleh didaftarkan dengan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) kerana masalah kelulusan daripada Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) mengenai pelan bas. Bas ini hanya didaftarkan dengan JPJ pada 18 Mei 2006. Dengan ini Majlis telah kerugian masa selama sembilan bulan untuk menggunakan bas ini. Selain itu Majlis juga telah menanggung kos tambahan sejumlah RM15,000 seperti di Jadual 4.1.

Pada pendapat Audit, perolehan kenderaan adalah tidak memuaskan kerana pembelian dibuat sebelum kelulusan daripada MITI diperolehi dan kenderaan tersebut lewat diterima seperti mana perjanjian.

2. Projek Sistem Pengangkutan Bas Awam Negeri Terengganu
Pada 22 Ogos 2007, Cas Ligas Sdn. Bhd. iaitu syarikat subsidiari milik Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) telah diperbadankan dengan modal berbayar RM250,000. Syarikat ini memerlukan sebanyak 26 buah bas bagi memberi perkhidmatan pengangkutan yang merangkumi enam buah bas dalam bandar dan 20 buah bas antara daerah. Tujuan projek ini ialah untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain serta menyediakan kemudahan pengangkutan untuk pelancong datang ke Negeri Terengganu.Pada 19 Disember 2007, pihak SUK telah bersetuju melantik Syarikat Cool Caliber Sdn.Bhd. untuk membekalkan empat buah bas bandar berharga RM355,000 sebuah dan 20 buah bas antara daerah berharga RM415,000 sebuah. Manakala baki dua buah bas bandar akan diperoleh daripada Syarikat Sumai Engineering Sdn. Bhd. dengan harga RM402,000 sebuah. Semakan Audit mendapati:
i) Kelewatan Penerimaan Bas
Pada 9 Januari 2008, pihak SUK mengeluarkan pesanan tempatan kepada dua pembekal tersebut bagi membekal 26 buah bas berharga RM10.52 juta. Semakan Audit mendapati, tidak ada perjanjian disediakan antara Kerajaan Negeri dan syarikat pembekal. Berdasarkan surat daripada Pejabat SUK kepada Syarikat Cool Calibre Sdn. Bhd., Syarikat perlu menghantar 10 buah bas pada 16 Mac 2008 dan baki 14 buah lagi pada 30 April 2008. Bayaran penalti sejumlah RM300 sehari bagi setiap buah bas akan dikenakan sekiranya Syarikat gagal membekalkan bas dalam tempoh yang dipersetujui.Semakan Audit mendapati Syarikat lewat membekalkan kesemua 24 bas dalam tempoh yang ditetapkan seperti di Jadual 4.2 dan tidak ada denda dikenakan kepada pembekal terhadap kelewatan tersebut.

Pihak SUK menjelaskan kelewatan penghantaran bas-bas tersebut disebabkan pengubahsuaian semula spesifikasi terhadap bas-bas tersebut untuk disesuaikan dengan kehendak dan keperluan semasa. Dalam melaksanakan pengubahsuaian tersebut, pihak SUK bersetuju di atas kelewatan bas tersebut dengan syarat tidak ada kos tambahan dikenakan. Pihak SUK juga bersetuju tidak mengenakan apa-apa tindakan kepada Syarikat atas kelewatan tersebut akibat daripada pengubahsuaian spesifikasi tersebut.
ii) Bas Tidak Dapat Digunakan Mengikut Tujuan Perolehan
Projek ini bertujuan untuk meningkatkan tahap mobiliti pengantaraan penduduk kawasan ke kawasan yang lain dan memudahkan para pelancong datang ke Negeri Terengganu. Berdasarkan kepada keputusan mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri pada 24 Disember 2008, perkhidmatan bas antara daerah tidak dapat beroperasi kerana syarikat pengangkutan tempatan sedia ada membantah cadangan untuk bersaing di laluan yang sama, kos penyenggaraan dan operasi adalah tinggi dan sentiasa meningkat. Syarikat pula tidak mempunyai latar belakang dan pengalaman dalam bidang pengangkutan. Mulai 26 Februari 2009, Kerajaan Negeri telah mengagihkan 18 daripada 20 buah bas tersebut kepada Jabatan/Agensi Negeri yang memerlukan bagi menjalankan aktiviti masing-masing.
Pada pendapat Audit, projek pengangkutan awam tanpa membuat kajian yang teliti terlebih dahulu menyebabkan rancangan projek ini tidak dapat dilaksanakan dan objektif projek tidak tercapai.
- buletinonline

Tiada ulasan:

Catat Ulasan