klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Isnin, 23 November 2009

Saiful Nafi Tawaran RM5 Juta Tarik Dakwaan

Dalam pada itu, timbul pula satu kontroversi apabila wujud pula dakwaan yang mengatakan Anwar menawarkan wang sejumlah RM5 juta kepada Saiful supaya menarik kembali dakwaannya. Beberapa laman blog hari ini menyiarkan dakwaan yang mengatakan Anwar telah mengarahkan ahli perniagaan, Datuk Soh Chee Wen untuk mengadakan perbincangan dengan Mohd Saiful berhubung perkara berkenaan. Berdasarkan tulisan dalam blog berkenaan juga dinyatakan bahawa Soh telah menggunakan sepupu Saiful sebagai 'jambatan' untuk berhubung dengan bekas pembantu Anwar itu bagi menawarkan sebanyak RM5 juta untuk menarik balik kes tersebut.
Bagaimanapun peguam yang mewakili Saiful, Zamri Idrus menafikan mengenai perkara itu. "Tidak... tidak benar, saya beri jaminan tiada sebarang tawaran dibuat kepada Saiful. "Perkara ini langsung tidak benar. Saiful tetap dengan pendiriannya dalam kes ini," katanya. Menurut Zamri, beliau yakin perkara ini sengaja dilakukan oleh pihak-pihak tertentu untuk mengeruhkan keadaan.
"Saya sendiri tak pasti bagaimana perkara ini boleh timbul, tapi apa yang pasti ia memang tidak benar... mungkin ia sengaja dilakukan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab," tegasnya. Ditanya sama ada Saiful sudah mengetahui mengenai perkara ini, Zamri berkata: "Ya, Saiful juga menyedari mengenai artikel berkenaan, dia sudah baca... malah dia sendiri terkejut dengan kenyataan itu." tambahnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan