klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 15 November 2009

Selangor Lantik Anwar Ibrahim Sebagai Penasihat Ekonomi , Najib Lantik Yahudi Sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia

Kenyataan Media
15 November 2009

Angkatan Muda Keadilan ( AMK ) mengucapkan syabas dan tahniah di atas perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim , Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat sebagai Penasihat Ekonomi Kerajaan Selangor . Selangor sebagai negeri penyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara perlantikan beliau adalah ke arah menjana kepesatan dan perkembangan ekonomi negeri Selangor di bawah kerajaan Pakatan Rakyat .
Perlantikan Datuk Seri Anwar Ibrahim oleh Kerajaan Negeri Selangor adalah berketepatan sekali , pengalaman dan kehebatan beliau dalam bidang ekonomi serta mantan Menteri Kewangan tidak dapat dinafikan . Malah masyarakat antarabangsa termasuk Turkey, World Bank [WB] dan International Money Fund [IMF] mengiktiraf teori pengurusan ekonomi global Anwar Ibrahim, dan telah melantik beliau sebagai Penasihat Ekonomi Turkey, Perunding Kewangan WB dan Penasihat Kewangan IMF.
Melalui pidato, penglibatan dan sumbangan Anwar Ibrahim dalam gerak kerja ekonomi global, membawa kepada pelbagai pengiktirafan cendekiawan antarabangsa terhadap beliau sebagai berikut: Tokoh Asia Baru oleh pertubuhan cendekiawan Filipina, Lambang Kebangkitan Tamadun Timur oleh pertubuhan cendekiawan Amerika Syarikat dan anugerah Guru Asia diberikan oleh pertubuhan cendekiawan Indonesia. Beliau juga adalah Antara 100 manusia paling berpengaruh di dunia, Pemimpin Paling Baik Asia serta "Asian of the Year" oleh Newsweek International pada 1998.
Namun dalam suasana keghairahan UMNO/BN menjunamkan kredebiliti Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan label yang negatif , PM Datuk Seri Najib Tun Razak telah melantik APCO Worldwide sebuah firma perunding antarabangsa yang dikuasai Yahudi menjadi Penasihat Kerajaan Malaysia dengan kontrak jutaan ringgit .
Keikhlasan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membantu pertumbuhan ekonomi Negeri Selangor dan demi kepentingan rakyat negeri Selangor dapat dilihat apabila beliau bersetuju untuk menerima elaun tetap RM1 sebulan sedangkan UMNO/BN menggunakan wang rakyat membayar jutaan ringgit kepada Yahudi sebagai Penasihat Kerajaan Malaysia .
AMK juga menyangkal kenyataan Khairy Jamaludin , Ketua Pemuda UMNO bahawa Kerajaan Selangor melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai penasihat ekonomi negeri Selangor menunjukkan ketidakmampuan kerajaan Selangor untuk mentadbir dan mengurus ekonomi sehingga perlu mengambil “orang luar” . Khairy Jamaludin terlalu dangkal apabila mengaitkan Datuk Seri Anwar sebagai “orang luar” sedangkan Kerajaan UMNO/BN daripada pentadbiran Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah Datuk Seri Najib Tun Razak terus menggunakan Yahudi sebagai Penasihat Ekonomi dan Kerajaan Malaysia .
AMK mengucapkan selamat bertugas kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim dan amat yakin bahawa kemampuan dan kehebatan serta pengalaman beliau akan terus memacu pertumbuhan ekonomi negeri Selangor , khususnya demi kepentingan rakyat Selangor dan Malaysia amnya.

FARIZ MUSA
Timbalan Ketua AMK

1 ulasan: