klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 11 Februari 2011

Jejantas RM70k: Sikap membisu menteri dibidas

Ahli parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar hari ini melawat semula jejantas berhawa dingin sepanjang 142 meter yang menghubungkan sekitar KLCC di ibu negara dengan nilai RM70,422 semeter atau RM10 juta.

"Saya masih tertanya-tanya, apakah nilai sebenar bagi pembinaan jejantas ini?” katanya sambil menyifatkan kos pembinaan jejantas itu sebagai terlalu tinggi dan berkata beliau akan menimbulkan perkara itu pada sidang parlimen minggu depan.

"Selain daripada kos bangunan itu, ia juga dilengkapi sistem penghawa dingin dan eskalator, jadi berapa pula kos penyelengaraanya?

NONE"Adakah terdapat alternatif yang lebih murah yang boleh digunakan?” kata Nurul Izzah kepada wartawan ketika melawat kawasan itu di Jalan Pinang, Kuala Lumpur pagi ini.

Fasa pertama projek jejantas ini menghubungkan KLCC dengan Hotel Impiana.

Menurut Nurul Izzah, beliau masih menunggu Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik menjawap soalan-soalan yang dikemukakannya.

"Sehingga hari ini, saya masih belum menerima sebarang maklumbalas dari Raja Nong Chik mahupun daripada Datuk Bandar (Kuala Lumpur Datuk Seri Ahmad Fuad Ismail), katanya.

Selasa lalu, Nurul Izzah mempertikaikan kewajaran RM10 juta dibelanjakan bagi membina jejantas berhawa dingin yang hanya sepanjang 142 meter itu.

Enam lagi jejantas yang serupa dijadualkan dibina menghubungkan Pasar Seni LRT-Dayabumi; bangunan utama DBKL -pusat membeli-belah Sogo; Stesen KTM Komuter-Bandaraya LRT; Jalan Sultan Ismail-Maju Junction-Medan Tunku monorail station; Plaza Rakyat-terminal bas Puduraya; dan Masjid Albukhari-stesen LRT Hang Tuah.

Syarikat Prasarana Sdn Bhd (Prasarana) dilaporkan membelanjakan kira-kira RM60 juta untuk membina enam jejantas berkenaan yang merupakan sebahagian daripada projek sepanjang 12kilometer.

Projek yang masuk fasa kedua itu, dilaporkan dibiayai Petronas dengan sumbangan RM100 juta untuk laluan sepanjang enam kilometer manakala bakinya dibiayai oleh Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan syarikat-syarikat swasta. - malaysiakini

Tiada ulasan:

Catat Ulasan