Beliau yang ditemui di sidang media berkata pemerintah ala-kuku besi hanya akan memudaratkan rakyat dalam jangka masa panjang. Ini kerana, rakyat akan terus tertindas ekoran kos sara hidup yang tinggi dan kesempitan hidup.
Beliau juga mengingatkan agar krisis yang berlaku di Mesir ini dijadikan pengajaran kepada semua pihak agar tidak mengulangi tindakan yang boleh menzalimi rakyat dan berkata talian perhubungan antara Malaysia dan Mesir sudah lama wujud apabila ramai pelajar yang belajar di Mesir .
"Mana-manalah jika ada kezaliman itu kita merasakan bahawa satu hari dia akan jatuh, itu kesannya untuk kita ambil iktibar, siapa-siapalah jika melakukan kezaliman jangan harap sampai bila-bila, dan kalau kita fikirkan talian antara Malaysia dan Mesir itu memang kuat kerana kita daripada dahulu lagi banyak pelajar-pelajar kita pergi ke Azhar dan talian itu kuat," ujar Wan Azizah.
Hosni Mubarak yang memerintah selama lebih 30 tahun dalam usianya mencecah 82 tahun akhirnya meletakkan jawatan dan meminta pihak tentera mentadbir negara itu.
Perletakan jawatan Hosni Mubarak disambut penuh kesyukuran oleh jutaan rakyat Mesir yang merayakan kemenangan selepas membuat protes bantahan besar-besaran tanpa henti selama 18 hari.
" Dengan mengambil kira bagaimana kejatuhan itu (berlaku), kita katakan kezaliman tetap akan jatuh, hanya kita tak tahu bila masa. Kita mestilah berjuang habis-habisan," kata Wan Azizah. -tvselangor
Tiada ulasan:
Catat Ulasan