klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Selasa, 16 Jun 2009

Sokong JK audit siasat kontrak sampah

Jun 15, 09 12:08pm

PKR menyokong penuh usaha menubuhkan jawatankuasa audit bagi menyiasat kontrak pembuangan sampah pihak berkuasa tempatan di Selangor yang didakwa wujud pengaruh Pakatan Rakyat. Naib Presidennya Sivarasa Rasiah berkata parti itu sedar selama ini wujud monopoli segelintir syarikat yang dikaitkan dengan pemimpin BN tertentu dalam pengagihan kontrak tersebut.
"Bagi membaiki keadaan tidak seimbang ini, Pakatan Rakyat menggalakkan kontraktor tanpa mengira kecondongan berparti masing-masing - termasuk mereka yang pernah dinafikan peluang mendapatkannya kerana sistem pengagihan yang bersifat monopoli - untuk membuat permohonan mereka," katanya dalam satu kenyataan.
Mereka boleh menggunakan saluran-saluran yang ada, termasuk pejabat ADUN dan ahli parlimen Pakatan Rakyat, tambahnya.Sivarasa mengulas tindakan kerajaan Selangor menubuhkan jawatankuasa audit khas yang akan bekerjasama erat dengan pegawai- pegawai Alam Flora bagi memastikan mereka yang menerima kontrak bukannya broker parti politik.
"Syarikat-syarikat yang didapati bertindak sebagai broker akan dibatalkan kontrak-kontrak mereka serta-merta dan kes-kes ini akan diadukan kepada pihak-pihak berwajib," kata pejabat menteri besar, Jumaat lalu. - malaysiakini

TAHNIAH YAB DATUK SERI NIZAR ! TERUSKAN PERJUANGAN !

Nizar, 6 lagi digantung sidang parlimen

Jun 15, 09 11:44am

kemaskini 2.09pm Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin mencetuskan drama lagi sejurus selepas mengangkat sumpah sebagai anggota baru parlimen bagi Bukit Gantang pagi ini - melaungkan "hidup rakyat, bubar DUN".
Dengan tujuan menarik perhatian ramai berhubung perjuangannya untuk menuntut jawatan menteri besar Perak, yang dirampas BN dalam pertukaran kerajaan pada Februari lalu, laungannya itu disambut pula oleh anggota-anggota Pakatan Rakyat dalam dewan tersebut.
Akibatnya, menteri besar Pakatan Rakyat itu diperintah meninggalkan Dewan Rakyat bersama enam lagi ahli parlimen pembangkang. Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia mengarahkan berbuat demikian atas dakwaan "berkelakuan kasar".
Mereka juga didakwa "melanggar etika berpakaian" apabila mengenakan kain lilitan kepala berwarna hitam dengan tulisan putih "Bubar DUN" di ruang persidangan. Mereka bertujuh turut digantung daripada menghadiri sidang dewan selama dua hari.
Selain Mohammad Nizar, mereka yang mengalami nasib yang sama: Datuk Ngeh Khoo Ham (DAP-Beruas), Nga Kor Ming (DAP-Taiping), Datuk Mahfuz Omar (PAS-Pokok Sena), Dr Hatta Ramali (PAS-Kuala Krai), Dr Dzulkefly Ahmad (PAS-Kuala Selangor) dan N Gobalakrishnan (PKR-Padang Serai).
Mohammad Nizar bersama Nga dan Ngeh - kedua-duanya bekas exco kerajaan Pakatan Perak - antara pemimpin yang paling aktif dan lantang menuntut dikembalikan kerajaan yang mereka pernah kuasai sejak Mac tahun lalu.
Mohammad Nizar memenangi kerusi parlimen tersebut dalam satu pilihanraya kecil 7 April lepas setelah ia kosong akibat kematian wakil rakyat PAS di situ, Roslan Shaharum.
FM - saya sedang berada di kedai makan , sambil menjamah roti bakar , saya terkejut bila Buletin TV3 sedang menayangkan visual Datuk Seri Nizar sewaktu dalam dewan Parlimen menjulang tangan , biasalah suara tidak ada. berderau darah pejuang saya . Tahniah Datuk Seri Nizar dan semua MP yang digantung dewan . Kelam kabut Speaker ! baru dia tahu bagaimana brutal , biadab UMNO / BN dalam Sidang DUN Perak tempohari . Merampas kuasa dengan melanggar undang-undang !
Ulasan pemimpin UMNO / BN apa lagi membelasah Nizar termasuk turut sama membelasah Ibrahim Ali Al-Kataki ! Bila kena kat orang lain , dianggap biadap ! tapi bila ADUN UMNO / BN kurang ajar , biadab , brutal , menghina dewan yang mulia tidak mengapa . UMNO memang UMNgok!

Isnin, 15 Jun 2009

MENTERI PERDANA MALAYSIA

Apabila Lee Kuan Yew datang ke Kuala Lumpur, beliau juga memasukkan dalam iternarari pertemuan dengan Rosmah. Bila ditanya kenapa beliau bertemu dengan Rosmah, jawapannya ialah:
Lee said he called on Rosmah because he had been told that she and her husband worked as a team and it was necessary for him to understand both members of the team.Lee menambah lagi,
“I emphasised to both that cooperation has to be long term, not chop and change, and it has to be across the board, you can’t just pick and choose,” he said. –The Straits Times

FM - Memang terbukti 'ROSMAH PEREMPUAN PUAKA'!!!!! Bukan Najib Razak sahaja yang dikawal , sampai Malaysia pun di bawah kawalan dia !

Berita kewafatan syeikh fathi Yakan

Sumber : http://akhisalman.blogspot.com/

Berita kematianIni adalah berita selepas zuhur hari sabtu 13/6 yg disiarkan di aljazeera.net, qudspress.com, ikhwan-jor.com, almoslim.net dan lain-lain. Beritanya adalah seperti berikut:Pada pagi sabtu, Syeikh Dr Fathi Yakan telah meninggal dunia di hospital di Lubnan setelah mana dimasukkan ke hospital beberapa hari yang lepas kerana menghadapi masalah kesihatan yang teruk. Beliau telah menghembuskan nafasnya terakhir ketika mencapai umur 76 tahun di hospital otel deo.
Berita penafian : Berita ini kemudia dinafikan oleh Jabhah Islami yang diketuai oleh Dr Fathi yakan dan keluarga fathi yakan. Ia disiarkan dalam alarabiya.com, aljazeera.net, Islamonline.net, alquds.co.uk dan lain. Berita ini adalah setelah 2 jam selepas berita kematiannya.
Beritanya adalah seperti berikut:Pejabat Dr fathi yakan telah melaporkan kematian Dr Fathi Yakan. Namun berita ini dinafikan oleh pihak Jabhah Islami yang menyatakan Dr Fathi Yakan dalam keadaan amat kritikal. Pihak Hospital enggan memberi ulasan tentang ini.Sumber terdekat memberitahu bahwa Dr Fathi dalam keadaan “mati katil”. Jantungnya bersambung dengan alat melalui tabung uji. Kesalahan berita disebabkan kengganan untuk mencabut alat ini disaat-saat akhir.
Dalam Hal ini mufti Tarablas berkata “Tidak ada seorang ulama pun yang memberi fatwa tentang keharusan mencabut tabung uji ini dari pesakit.Berita terbaru telah melaporkan bahwa keluarga Dr Fathi yakan menafikan kewafatannya dan menyatakan bahawa beliau dalam keadaan sangat tenat.Pihak Hospital telah menyatakan bahwa terkena serangan angin ahmar pada otaknya sehingga menyebabkan beliau telah mati klinikal (clinical death).
Namun pihak perubatan dan pihak keluarga enggan mencabut alat bantuan hayat dari tubuh beliau.Terbaru: Berita pengesahan kematian (3 jam selepas penafian)Akbar Jazeera menyatakan:Pada hari ini telah wafat pendakwah Islam Dr Fathi Yakan ketua Jabhah Amal Islami di lubnan ketika umurnya menjangkau 77 tahun kerana penyakit yang kronik.Berita kewafatannya telah dilaporkan pada zuhur hari ini kemudia dinafikan oleh keluarganya dan mereka mengatakan ia dalam keadaan kronik.
Kemudian berita kematiannya disahkan selepas itu.Sumber AFP pula menyatakan:Pihak Jabhah telah menyatakan bahwa beliau telah wafat pada asar hari ini iaitu 4.45 petang. Jasadnya akan dipindahkan pada pagi Ahad dari Hospital otel deo (timur beirut) ke Tarablas di utara lubnan.
Islamtoday telah menyatakan:Sebahgian laman web telah melaporkan kematian terlampau cepat (sebelum kematiannya) dan berita ini disahkan palsu sehinggalah datangnya kenyataan rasmi dari pejabat syeikh Fathi Yakan.
Laman yang di pantau beliau daawa.net telah menyatakan:Jenazah beliau akan disolatkan pada asar hari ahad 21 jamadul akhir 1430 hijrah di Masjid Tinal dan akan dikebumikan di perkubnran keluarga di Babur raml.Ulasan: ini menunjukkan berita kematiannya pada pagi tadi adalah tidak betul dan syeikh baru meninggal petang tadi.
Sementara itu pihak HAMAS dan alqassam di laman webnya telah memberikan ucapan takziah, ia adalah seperti berikut(takziah HAMAS):بقلوب مؤمنة بقضاء الله وقدره تتقدم حركة حماس من الشعب اللبناني والحركة الإسلامية والأمة العربية والإسلامية بأصدق مشاعر التعزية الأخوية وبخالص المواساة القلبية بوفاة المفكر الكبير والداعية الإسلامي المجاهد الشيخ الدكتور فتحي يكن.

Latar belakang Fathi Yakan
Fathi Yakan dilahirkan di Tarablas pada tahun 1933 dan telah mendapat ijazah kedoktoran dalam pengajian Islam dan Bahasa Arab. Beliau telah terlibat dengan kerja-kerja Islam sejak tahun 50an dan telah menubuhkan Jamaah Islam pada awal 60an. Beliau telah menjawat ketua umum di dalam Jamaah Islam (cawangan ikwanul muslimin) sehinggalah pada tahun 1992.Pada tahun tersebut beliau telah bertanding dan telah memenangi kerusi parlimen. Beliau kekal sehinggalah pada tahun 1996. Di tahun-tahun kebelakangan ini beliau telah mengetuai jabhah Islami. Beliau telah mengambil peranan penting untuk menghentikan peperangan Mukhayyam Nahrul Barid di utara Lubnan diantara Tentera Lubnan dan Jamaah Fathul Islami pd tahun 2007.
Beliau telah banyak mengarang buku diantaranya maza ya'ni intiami lil Islam, al-Mutasiqituna fala toriq Da'wah, kaifu nadwu lil Islam dan lain-lain yang melebihi 35 buah buku. Beliau telah memantau laman web dakwah.net. Isteri beliau bernama mona yakan dan 4 orang anak perempuan dan seorang anak lelaki.

FM -MOGA-MOGA ALLAH MERAHMATI ROH BELIAU DAN DITEMPATKAN BERSAMA-SAMA KEKASIH ALLAH SWT DAN MEMBERI KESABARAN KEPADA AHLI KELUARGA BELIAU.

ALLAHU AKHBAR ! RENUNG-RENUNGKANLAH !

Saya terima email daripada Sdr. Halim ( ketua AMK Negeri Sembilan ) . Terima kasih Lim . Saya siarkan untuk renungan bersama . Kebesaran dan Kekuasaan Allah SWT .

LOKASI:Antara Cikarang - Tol Bekasi Timur, Jalan Utama /pinggir jalan Kalimalang .

Penyokong k'jaan perpaduan belakangi nasihat mursyidul am...

Monday, June 15, 2009 8:12 AM

Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Aziz Nik Mat dilaporkan berkata pihak yang berkeras menyokong cadangan kerajaan perpaduan sebagai tidak mendengar nasihat dan cuba membelakangkan kuasa beliau sebagai Mursyidul Am PAS."Bagaimanapun sebagai pemimpin parti, saya akan terus menasihatkan ahli, walaupun ada yang tidak mendengarnya," katanya dalam laporan Bernama.
"Isteri boleh jadi buat salah kepada suami, dan suami boleh jadi buat salah kepada isteri, anak boleh jadi buat salah kepada ibu bapa. Begitu jugalah dalam politik," katanya kepada pemberita selepas menerima kunjungan Menteri Mentor Singapura Lee Kuan Yew, di pejabatnya di Kota Darulnaim, di Kota Bharu hari ini.
Katanya, beliau tetap dengan pendiriannya bahawa mereka yang mempertahankan idea pembentukan kerajaan perpaduan seperti yang disarankan presiden parti, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai “boneka Umno”.
Khamis lalu, Nik Aziz membidas pemimpin parti itu yang mempertahankan saranan membentuk kerajaan perpaduan dengan menyifatkan mereka "boneka Umno".Nik Aziz dilaporkan berkata beliau tak boleh lari daripada keputusan Muktamar PAS di Ipoh tahun lalu untuk menyokong Pakatan Rakyat.Beliau juga dilaporkan berkata suara sumbang dari PAS untuk buat kerajaan perpaduan ini adalah boneka Umno.
Laporan minggu lalu itu turut memetik Nik Aziz sebagai berkata, isu kerajaan perpaduan ini ditimbulkan oleh presiden PAS, bukannya menggambarkan kehendak PAS."Presiden ini ketua bagi pertubuhan, dan pertubuhan tidak buat keputusan, itu kenyataan peribadi," katanya dalam laporan tersebut. -Malaysiakini

FM - DENGARKANLAH NASIHAT ORANG TUA BERTARAF ULAMA NI... DEMI KEBAIKAN KITA BERSAMA ...

120 Kakitangan Kerajaan Di Berhentikan - Mimpi Ngeri Menjadi Realiti

Sunday, 14 June 2009 03:26

KUALA TERENGGANU - Mimpi ngeri yang sering bermain dalam fikiran 120 orang kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran akhirnya menjadi realiti apabila mereka benar-benar diberhentikan dan akan menjadi penganggur mulai 1 Julai ini.
Mereka yang berkhidmat sebagai buruh dalam pelbagai jabatan di Terengganu telah menzahirkan rasa tidak puas hati dan kekecewaan dengan berkumpul di Dewan Belia dan Sukan Jalan Pasir Panjang dekat sini hari ini.
Salah seorang daripada mereka, Alias Awang, 47, dari Kampung Banggol Tuan Muda, Manir, berkata beliau bekerja lebih 12 tahun sebagai tukang kebun di Sekolah Kebangsaan Kampung Gemuruh.
"Jadi, kalau saya diberhentikan kerja ke mana pula saya hendak cari kerja, sedangkan umur saya telah lanjut dan anak-anak masih ada yang bersekolah," katanya sebagaimana dilaporkan Bernama.
Zainal Shahruddin, 50, buruh di Sekolah Kompleks Gong Badak pula mengharapkan pihak berkenaan mengambil semula beliau dan rakan-rakan yang senasib dengannya untuk bekerja memandangkan ada di antara mereka yang sudah bekerja lebih 20 tahun.
Beliau berkata yang lebih menyedihkan lagi ramai di kalangan kakitangan kontrak JPM ini mempunyai banyak tanggungan seperti anak masih bersekolah dan pinjaman bank.
Ramlah Kassim, 45, yang bekerja sebagai buruh di Sekolah Rendah Wakaf Mempelam sejak 13 tahun lepas, berharap kakitangan kontrak Jabatan Pelajaran ini akan diambil bekerja oleh kerajaan negeri sesuai dengan kelayakan kelulusan kakitangan berkenaan. - buletinonline

Ahad, 14 Jun 2009

CHIN PENG SEHARUSNYA DIBENARKAN PULANG

NILAI - Bekas Setiausaha Agong Parti Komunis Malaya ( PKM )
Chin Peng seharusnya dibenarkan pulang ke tanah air untuk menghabiskan sisa hidupnya demi pertimbangan kemanusiaan , kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim .
Anwar berkata , ia adalah konsisten dengan dasar negara yang mengadakan Perjanjian Damai dengan PKM malah telah pun membawa beberapa bekas tokoh parti itu pulang ke tanah air sebelum ini .
" kita sudah ada perjanjian damai , kita sudah bawa balik beberapa tokoh termasuk Musa ( bekas Pengerusi PKM , Musa Ahmad ) , Shamsiah Fakeh , Rashid Maidin dan beberapa yang lain , jadi bagi saya atas pertimbangan kemanusiaan konsisten dengan dasar kita , kita maafkan .
" Jadi apa bezanya di antara Chin Peng dengan Musa dari segi kepimpinan dalam parti,perjanjian damai kita lakukan bersama , saya tidak mahu melihat komunis melayu tidak apa , tetapi komunis cina tidak boleh ".
" Jadi kita patut ambil sikap kemanusiaan , yang sudah itu sudah lah , kita mesti maju ke hadapan dan sejarah kita mesti kaji dengan objektif", katanya pada sidang media Kongres Nasional Khas PKR 2009 di sini semalam .

Petikan ucapan Datuk Seri Presiden

Ucapan Datuk Seri Dr. Wan Azizah , Presiden Parti Keadilan Rakyat sewaktu merasmikan Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) 13 Jun 2009 . Sama-samalah kita hayati .

" perubahan mendadak bagi meminda perlembagaan parti adalah tuntutan rakyat "

" rakyat terutamanya penyokong parti telah memberikan mesej jelas bahawa mereka mahu Pakatan Rakyat ( PR ) bertapak di Putrajaya "


" Kita perlu berani kerana rakyat telah menyediakan jalan . Parti harus mantap , pimpinan harus bersiap siaga , ahli-ahli parti pula harus bersedia untuk mara "

" Rakyat memilih parti kita kerana keadilan milik seluruh bangsa dan etnik . Keadilan adalah parti keluarga bangsa Malaysia "

Anwar: Sedia bincang dengan Najib, tapi bukan k'jaan perpaduan

Jimadie Shah Othman Jun 13, 09

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Pakatan Rakyat sedia berbincang dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, tetapi tidak timbul langsung isu kerajaan perpaduan dengan Umno."Tidak timbul isu kerajaan perpaduan. Isu kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali," tegas beliau dalam ucapannya di Kongres Nasional Khas PKR di kajang hari ini.
"PAS telah menjelaskan pandangan degan sebaiknya. Kita sedia berbincang dengan syarat hentikan kezaliman, bebaskan badan kehakiman dan pastikan pilihanraya yang bebas dan adil."Kalau ini semangat yang ada, tidak ada masalah untuk kita berbincang. Tidak timbul isu yang diwarkan-warkan, (iaitu) kerajaan perpaduan," tegas Anwar.
Beliau mengulas isu kerajaan perpaduan yang diutarakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sehingga mencetuskan andaiaan bahawa parti Islam itu berniat bergabung dengan Umno."Selepas Muktamar PAS, saya hubungi Ustaz Abdul Hadi dan berbincang panjang. Kita akan jelaskan melalui kenyataan media yang bakal keluarkan," tambahnya.Sementara itu, Anwar berkata, PKR tidak bersetuju dengan tindakan "mengharamkan badan tertentu dengan sewenang-wenangnya" atas "prinsip kebebasan".
Walaupun beliau tidak menyebut nama pertubuhan tersebut, ia dipercayai berkaitan dengan usul yang diluluskan muktamar PAS berhubung isu tersebut minggu lalu.Muktamar itu mendesak Majlis Fatwa Kebangsaan membuat penyelidikan ke atas SIS yang membawa aliran Islam liberal dan mengharamkannya jika terbukti bertentangan dengan syariat Islam serta membuat program pemulihan ke atas ahli-ahlinya.Ia bagaimanapun mendapat bantahan meluas daripada pemimpin-pemimpin Pakatan, yang disertai PAS, dan sejumlah NGO.
Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga membantah cadangan tersebut.Sidang akhbarPAS Shah Alam semalam menyatakan hasratnya untuk menarik balik sebahagian perkataan dalam usul tersebut, antaranya "mengharamkan", dengan alasan ia tidak sempat dimuktamadkan sebelum dibawa ke mukamar.
Yang Dipertuanya, Khalid Samad dijadual mengadakan sidang akhbar jam 2 petang esok bagi menjelaskan lagi kontroversi usul tersebut.Timbalan presiden PKR, Dr Syed Husin Ali sebelum ini turut dilaporkan tidak bersetuju dengan usul PAS kawasan Shah Alam yang diterima tanpa bahas.
PKR hari ini melangsungkan kongres khas bagi meminda perlembagaanya "bagi menjadi parti paling demokrasi di Malaysia". Kongres itu akan membincang dan meluluskan tujuh usul penting termasuk menghadkan tempoh presiden, menambah jumlah naib presiden serta memperuntukkan 30 peratus jawatan penting kepada wanita.Empat usul lagi ialah mengurangkan had umur ahli Angkatan Muda PKR (AMK) daripada 40 kepada 35 tahun; memindahkan hak memilih pucuk pimpinan kepada ahli biasa; memperkenalkan sistem undi sulit dalam parti; menukar istilah bahagian kepada cabang, cawangan kepada ranting, majlis kepimpinan tertinggi kepada majlis pimpinan dan badan perhubungan negeri ditukar kepada majlis pimpinan negeri.. malaysiakini

isu had umur AMK 35 tahun

Rata - rata ahli-ahli AMK begitu emosi terhadap pindaan perlembagaan yang menjadi perlembagaan baru Parti Keadilan Rakyat iaitu perubahan daripada had umur AMK sebelum ini ialah 40 tahun diturunkan kepada 35 tahun .
Semua masih ingat sewaktu Kongres di Pulau Pinang telah berlaku cadangan dan usaha membuat perubahan yang sama tetapi telah ditolak oleh para perwakilan .
Akhirnya di KUIS cadangan perubahan tersebut telah dipersetujui oleh para perwakilan . Dengan ini keputusan rasmi berdasarkan undi bahawa had umur AMK ialah 35 tahun . Kebimbangan teman-teman AMK ialah kesediaan diperingkat akar umbi iaitu di Cabang , hampir majoriti Ketua AMK Cabang ialah berumur 36 - 40 tahun . Dan majoriti mereka adalah para pejuang reformasi dan AMK dari awal lagi dan mula matang memimpin selepas berumur 36 tahun .
YB Ketua Umum cuba meyakinkan para perwakilan bahawa AMK mesti dipermudakan. dan perlaksanaan tersebut akan ditangguh beberapa tahun sebagai persediaan pimpinan AMK sekarang menyiapkan barisan pimpinan muda di bawah 35 tahun . Sepertimana disebut oleh YB Ketua Umum dan YB Sivarasiah bahawa perlaksanaan tersebut ditangguh sehingga 2013. Ini bermakna pemilihan AMK pada tahun hadapan ( 2010 ) ahli yang berumur 40 tahun masih layak bertanding di jawatan yang dipilih . Tetapi bagi jawatan lantikan seperti Naib Ketua , setiausaha , ketua penerangan , bendahari , EXCO lantikan , Ketua-Ketua AMK negeri mesti berumur 35 tahun ke bawah . Ini bermaksud tempoh tersebut adalah tempoh transisi sehingga tahun 2013 .
Beberapa pindaan yang diluluskan seperti jawatan Naib Ketua AMK ditambah daripada 3 kepada 5 orang , 2 orang penolong Setiausaha bertaraf ex-officio dan Ketua-Ketua AMK Negeri secara automatik sebagai Majlis Pimpinan AMK Pusat ( dulu EXCO AMK Pusat ) .
Diharapkan usaha dan keputusan ini akan dapat dilaksanakan sepertimana hasrat perlembagaan yang telah diputuskan pada hari ini . Sejarah juga tercatat hari ini bahawa had umur 35 tahun adalah merupakan parti pertama melaksanakannya berbanding pemuda-pemuda parti politik lain d malaysia sama ada dalam Pemuda Pakatan Rakyat atau Pemuda Barisan Nasional .

farizmusa.blogspot.com

KEPUTUSAN KONGRES KHAS NASIONAL PARTI KEADILAN RAKYAT

KAJANG - Kongres Khas Nasional Parti Keadilan Rakyat hari ini , 13 Jun 2009 bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) telah melakar sejarah dengan persetujuan secara majoriti perwakilan menyokong draf pindaan perlembagaan yang dibentang dan dibahaskan. Ini membuktikan bahawa Parti Keadilan Rakyat adalah merupakan parti yang paling demokratik di Malaysia . Parti yang baru berumur 10 tahun telah membuktikan bahawa parti ini merupakan parti masa depan . Parti untuk rakyat Malaysia sepertimana yang diungkapkan oleh Datuk Seri Presiden Dr. Wan Azizah Wan Ismail .
Sepertimana yang dijangka beberapa isu pindaan yang menjadi akan kontroversi ialah isu BAHAGIAN ditukar menjadi CABANG dan CAWANGAN kepada RANTING , perlaksanaan sistem pilihanraya parti yang akan memberikan mandat kepada ahli seluruh Malaysia memilih pemimpin parti dan isu had umur AMK daripada 40 tahun kepada 35 tahun .
Para perwakilan telah menunjukkan komitmen terhadap Kongres Khas Nasional dengan membahas setiap pindaan perlembagaan yahng telah diputuskan oleh Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ( selepas ini Majlis Pimpinan Pusat - MPP ) dan sehingga berakhirnya Kongres Khas pada hari ini masih terdapat lebih 1000 orang perwakilan .
Akhirnya apabila pengundian di buat 941 perwakilan bersetuju terhadap pindaan perlembagaan ini . Sejumlah 103 orang telah membantah dan 9 orang mengambil sikap berkecuali . Dengan keputusan tersebut majoriti dan lebih daripada 2/3 para perwakilan menyokong . Turut hadir dalam Kongres Khas tersebut ialah YB Ketua Umum Datuk Seri Anwar Ibrahim .

Sabtu, 13 Jun 2009

selamat datang Datuk Zahid Ibrahim ke Parti Keadilan Rakyat

KAJANG - Datuk Seri Anwar Ibrahim telah mengumumkan kemasukkan Datuk Zahid Ibrahim ke dalam Parti Keadilan Rakyat dalam Kongres Khas Nasional bertempat di Kolej Universiti Islam Selangor ( KUIS ) , Kajang sambil menjulang tangan beliau dan disambut dengan tepukan gemuruh seluruh perwakilan yang turut berdiri mengalu-alukan kemasukan secara rasmi Datuk Zahid Ibrahim ke dalam parti.
Segala persoalan terjawab , akhirnya Datuk Zahid Ibrahim yang merupakan bekas Menteri Di Jabatan Perdana Menteri dan dipecat daripada UMNO telah memilih Parti Keadilan Rakyat sebagai wadah perjuangan politik beliau . Semoga kehadiran beliau akan dapat membantu ke arah memperkasakan Parti Keadilan Rakyat .

farizmusa.blogspot.com

MAS RUGI RM138 JUTA RINGGIT


KUALA LUMPUR 12 Jun – Malaysian Airline System Bhd. (MAS) mencatatkan kerugian operasi sebanyak RM138 juta bagi suku pertama tahun kewangan yang berakhir 31 Mac 2009.
FM - Ala sikit sangatnya rugi !!!!

Pungutan suara 'should MCA leave BN?' hilang dari laman blog Presiden MCA

Satu pungutan suara bertajuk "Adakah Perlu MCA Keluar BN?" dalam laman blog Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat dikeluarkan hari ini bersama-sama dengan pungutan suara yang lain.

FM - confirm Najib Altantuya mengamuk sakan !