klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 7 Jun 2009

NIK AZIZ : KERAJAAN PERPADUAN MENGARUT

Mursyidul Am PAS Nik Aziz Nik Mat sekali lagi menentang cadangan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno yang diilhamkan oleh Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
Menteri besar Kelantan itu menyifatkan penubuhan kerajaan perpaduan dengan Umno sebagai "mengarut".
"Kita sudah buat keputusan menyokong Pakatan Rakyat dalam muktamar PAS yang lalu. Kalau nak berunding dengan Umno, tak usah.
"Kerajaan perpaduan ni tak usahlah, mengarut," katanya ketika berucap dalam program ceramah perdana bersempena muktamar PAS di Stadium Malawati di Shah Alam malam tadi.

Kuliah politik Prof Dr Aziz Bari 8 Jun

KULIAH POLITIK PERAK MENGIKUT PERLEMBAGAAN

Prof Dr Aziz Bari

Tarikh:8 Jun 2009 (Isnin)

Waktu:9.30 malam

Tempat:Pejabat Pas,Pusat Komersil Tmn Meru 2B,Ipoh, Perak

Semua Muslimin dan Muslimat dijemput hadir.

Aktiviti Saya Hari Ini - 7 Jun 2009

Mesyuarat Majlis Pimpinan Tertinggi ( MPT ) ke 23

Di Ibu Pejabat Parki Keadilan Rakyat
Merchant Square

Jam 2 petang

TERUSKAN PERJUANGAN WALAUPUN KECUNDANG !!!


SYED HUSIN ALI RESPON KERAJAAN PERPADUAN DENGAN UMNO/BN

Saturday, June 06, 2009

Sehari selepas DAP mempertikaikan kenyataan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bahawa Pakatan Rakyat memberi "reaksi positif" terhadap penubuhan kerajaan perpaduan dengan Barisan Nasional, PKR - satu lagi rakan PAS dalam Pakatan - pula menafikan perkara itu.
Timbalan Presidennya, Syed Husin Ali berkata Pakatan Rakyat tidak pernah bersetuju dengan kerajaan perpaduan yang membabitkan Umno.Beliau berkata, setahunya, majlis kepimpinan Pakatan - yang turut dianggotainya - tidak pernah memberi persetujuan terhadap idea tersebut.
Malah, katanya, majlis tersebut tidak pernah membincangkannya secara mendalam, walaupun beberapa bulan lalu, Abdul Hadi ada memberi penjelasan apabila ia dibangkitkan dalam mesyuarat majlis tersebut.
Syed Husin berkata, beliau secara peribadi tidak percaya yang partinya akan mengadakan sebarang kerjasama dengan Umno "selagi ia meneruskan amalan dan dasar-dasar korup dan tidak demokratik".Katanya lagi, adalah mustahil bagi PKR untuk bekerjasama dengan sebuah parti yang dipimpin oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, yang disifatkan oleh Syed Husin mempunyai "watak yang meragukan".

Sabtu, 6 Jun 2009

Kos mahal, kualiti tak dijaga

Oleh SHAHRIL NIZAM ABDULLAH

TIADA guna membina gelanggang yang besar sekiranya kualiti tidak diutamakan.
Mungkin itu gambaran yang sesuai mengenai Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak Terengganu yang runtuh Selasa lalu.
Ketika ramai yang mencari siapa yang patut bertanggungjawab atas kelemahan kualiti keselamatan stadium tersebut, mungkin ada yang tidak sedar bahawa stadium yang dibina dengan kos kira-kira RM300 juta itu sebenarnya tidak mendapat pengiktirafan daripada salah satu badan sukan antarabangsa.
Difahamkan stadium yang dibina sempena penganjuran Sukan Malaysia (Sukma) XII pada 31 Mei tahun lepas itu tidak mendapat sijil pengiktirafan daripada Persekutuan Persatuan-Persatuan Olahraga Antarbangsa (IAAF) selaku badan yang menyelia sukan olahraga termasuk kualiti gelanggang di seluruh dunia.
Ini mungkin bukan perkara besar bagi sesetengah pihak, namun daripada perspektif sukan negara, ia satu persoalan yang perlu dijawab dalam usaha untuk membina kemudahan dan peralatan sukan berkelas dunia di negara ini, namun kualitinya pula dipandang mudah.
Jika dirujuk kepada senarai pensijilan peralatan dan kemudahan sukan olahraga IAAF, hanya tujuh gelanggang saja di negara ini yang mendapat pengesahan, walaupun hanya berada dalam kelas dua.
Stadium yang tersenarai ialah Stadium Darul Aman Alor Setar, Kompleks Sukan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM), Kompleks Sukan Bangi, Stadium Perak, Stadium Utama Kangar, Kompleks Sukan Tentera Laut Di Raja Malaysia (TLDM), Lumut, Stadium Tunku Abdul Rahman dan Kompleks Sukan Tawau.
Jika dibandingkan dengan tujuh gelanggang tersebut, mungkin tiada satu pun yang setanding dengan kehebatan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.
Namun, disebalik kemegahan dengan mercu tanda baru di Gong Badak itu, kualiti peralatan dan kemudahan stadium itu pula diabaikan."Jika kos Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin yang menelan belanja sekitar RM300 juta boleh dilaksanakan, mengapa sijil pengiktirafan daripada IAAF yang hanya berharga RM60,000 bagi tempoh empat tahun (kelas dua) tidak boleh diusahakan?" kata seorang pentadbir dan pengurus sukan yang enggan dikenali kepada Kosmo! semalam.
"Sijil pengiktirafan ini penting dalam bidang sukan kerana kalau kita berhabis berjuta-juta ringgit membina gelanggang yang kualitinya tidak disahkan badan sukan dunia itu, maka macam mana mahu menganjurkan acara sukan atau melahirkan atlet yang berkualiti.
"Malah, antara syarat untuk mendapat pengiktirafan ini juga ialah gelanggang tersebut perlu memenuhi ciri-ciri keselamatan yang ditetapkan oleh IAAF.
"Saya sangsi mengapa stadium yang tidak mendapat pengesahan ini tetap dibenarkan untuk menganjur kejohanan-kejohanan sukan."
Justeru, insiden runtuhan Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin nampaknya telah membuka pekung pelbagai pihak, bukan saja mengenai ciri-ciri keselamatannya, malah tentang kesedaran terhadap tujuan sebenar gelanggang itu diwujudkan.

FM - sekejap cakap dah keluar CF , sekejap cakap CF Sementara , sekejap cakap tak perlu bangunan kerajaan ada CF , JKR cakap tak ada Sijil Siap Kerja , JKR cakap bangunan kerajaan mesti ada CF - buat benggong ( loghat Tranung - binggung ) otak , mana satu yang betul . Ni tak ada Sijil Pengiktirafan daripada IAAF ! tapi anjur sukan yang hebat-hebat ! - kerajaan pasola ke ni?

TAHNIAH KEPADA PIMPINAN BARU PAS DARIPADA FM

Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersama-sama barisan kepimpinan parti yang baru, Timbalan Presiden Ust. Nasharuddin Mat Isa (dua dari kiri). Bagi jawatan Naib Presiden YB. Salahuddin Ayub (kiri), Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (dua dari kanan) dan Datuk Mahfuz Omar (kanan) pada Muktamar PAS di Stadium Malawati Shah Alam. (Gambar Mstar)

PAS Perak desak henti rundingan dengan Umno

Saturday, June 06, 2009 7:44 PM

PAS Perak menggesa kepimpinan PAS pusat agar tidak meneruskan rancangan untuk mengadakan rundingan sulit dengan Umno demi kepentingan sokongan terhadap parti tersebut bagi memenangi pilihanraya umum yang ke-13.
"Saya cadangkan jangan ada rundingan sulit dengan Umno sama ada di peringkat negeri atau pusat. "Lupakan sahaja Umno, tetapi dalam masa yang sama, jangan sisihkan orang Umno," kata Dr Khairudin Abdul Malik.
Katanya, kemelut politik yang berlaku di Perak sejak Februari lalu, adalah disebabkan oleh rampasan kuasa 'ala Fiji dan Zimbabwe' yang dilakukan oleh Umno.Beliau berkata demikian sewaktu membahaskan ucapan dasar presiden yang bertemakan "Islam Memimpin Perubahan".
Dr Khairuddin juga menyatakan keyakinan bahawa PAS dan Pakatan Rakyat mampu merampas kembali negeri tersebut, kerana jasa dan khidmat gabungan tersebut sudah berada di dalam minda rakyat Perak.Kemampuan PAS dan Pakatan Rakyat mentadbir dalam masyarakat majmuk di Perak, turut memberi keyakinan kemenangan parti dalam pilihanraya akan datang, tambahnya.
Sementara itu, Yang dipertua PAS Kawasan Kota Bharu, Datuk Wan Abdul Rahim Wan Abdullah mengingatkan pemimpin-pemimpin PAS yang cenderung untuk bergabung dengan Umno supaya tidak berbuat demikian.
"Umno bukan jenis boleh buat kawan. Dia (Umno) spesis tikam belakang. Bergabung dengan Umno seperti merelakan orang Melayu terdedah kepada ajaran sesat seperti ajaran Ayah Pin," katanya.Wan Abdul Rahim turut mengingatkan bahawa kerjasama dengan Umno sangat ditentang keras oleh Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat. Malaysiakini
FM - SAYA SETUJU ! SAY NO 2 UMNO !

UNTUK ANAK MUDA YANG BERANI


Friday, June 05, 2009 1:41 PM

DUA PULUH TAHUN

dua puluh tahun
adalah dua puluh tahun
anak anak muda yang berani

dua puluh tahun
adalah dua puluh tahun
anak anak muda gigih berdiri

dua puluh tahun
adalah dua puluh tahun
anak anak muda membebaskan diri

sumber : tukar tiub

UCAPAN OBAMA DI CAIRO

But I do have an unyielding belief that all people yearn for certain things: the ability to speak your mind and have a say in how you are governed, confidence in the rule of law and the equal administration of justice, government that is transparent and doesn't steal from the people, the freedom to live as you choose. These are not just American ideas. They are human rights. And that is why we will support them everywhere – BARACK OBAMA

Jumaat, 5 Jun 2009

selangor cabar terengganu

YAB Menteri Besar Selangor telah mensenarai hitamkan 6 syarikat yang mengakibatkan robohnya Jaya Supermarkat .

Kerajaan Negeri Terengganu dituntut mengambil tindakan yang sama dalam tragedi Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh .
FM - kita tunggu dan lihat apa tindakan Mad Said !

DESAK PIHAK POLIS DAN SPRM SIASAT SEGERA DATUK BANDAR KUALA TERENGGANU

Saya ingin mengulangi desakan kepada pihak polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia agar bertindak tegas terhadap insiden Stadium Sultan Mizan Zainal Abdin yang runtuh pada 2 Mei 2009 dengan memulakan siasatan terhadap Datuk Bandar Kuala Terengganu kerana beliau bertanggungjawab melulus dan mengeluarkan Sijil Layak Menduduki ( CF ) .
Percanggahan fakta oleh Jabatan Kerja Raya ( JKR ) bahawa sehingga sekarang tidak mengeluarkan Sijil Siap Kerja kepada kontraktor yang membina bumbung stadium membuktikan bahawa stadium tersebut masih belum siap dan selamat untuk digunakan .
Adalah amat menghairankan bagaimana stadium tersebut terus digunakan sedangkan status stadium tersebut tidak selamat . Tindakan sebegini seolah-olah meletakkan nyawa rakyat Terengganu dalam keadaan bahaya dan menunggu maut .
Saya masih menunggu tindakan oleh pihak polis dan SPRM berkaitan tragedi ini . Laporan polis telah saya buat pada 3 Jun 2009 agar pihak polis menyiasat terhadap pengeluaran CF stadium tersebut . Sekiranya tiada CF atau CF dikeluarkan bermakna tindakan tersebut merupakan satu jenayah yang tidak boleh dimaafkan dan mereka yang terlibat termasuk Datuk Bandar Kuala Terengganu perlu dipertanggungjawabkan termasuk Kerajaan Negeri Terengganu .
Kenyataan YAB Menteri Besar , Datuk Ahmad Said menyatakan bahawa sewaktu perasmian SUKMA yang disempurnakan oleh DYMM Yang DiPertuan Agong pada 10 Mei 2008 , beliau sudah nampak bumbung stadium tersebut seperti tidak kena.
Saya menganggap ini sebagai satu cubaan untuk membunuh DYMM Yang DiPertuan Agong dan rakyat Terengganu . Meletakkan kedudukan DYMM Yang DiPertuan Agong dalam keadaan tidak selamat dan boleh mengundang maut .
Saya benar-benar tidak memahami kenapa sehingga sekarang tiada tindakan diambil oleh pihak Polis dan SPRM dalam tragedi ini . Saya tidak teragak-agak untuk bertindak menggunakan budi bicara dan tindakan sendiri sekiranya kedua-dua agensi ini yang dipertanggungjawabkan mengimplimentasikan undang-undang tidak bertindak sewajarnya .


Fariz Musa
Ketua AMK Negeri Terengganu

Hadi: Bersih nama PM dalam isu Altantuya

imadie Shah Othman Jun 5, 09 11:39am

Datuk Seri Abdul Hadi Awang mengulangi gesaan kepada kerajaan agar mengambil tindakan terhadap beberapa media asing yang mencemarkan imej perdana menteri dengan skandal kontrak pertahanan dan kes bunuh Altantuya Shaariibuu.
Tanpa menyebut nama Datuk Seri Mohd Najib Razak atau kes khusus yang dihadapi pemimpin negara itu, presiden PAS dalam ucapan dasarnya di muktamar pagi ini berkata:"PAS ingin menggesa pihak kerajaan untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan (undang-undang) bagi membersihkan pemimpin utama negara yang dipaparkan oleh media asing sebagai mempunyai bebanan kes rasuah dan jenayah.
"Tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan."Abdul Hadi bersama dua lagi tokoh utama Pakatan Rakyat - Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang masing-masing bagi pihak PKR dan DAP - membuat gesaan yang sama kepada Yang di-Pertuan Agong sebelum Najib dilantik perdana menteri keenam, 3 April lalu.
"Sekiranya tindakan pembetulan ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akan menjadi bahan momokan masyarakat dunia," kata Abdul Hadi di depan kira-kira 3,000 perwakilan, pemerhati dan tetamu jemputan.

KES MATA LEBAM ANWAR IBRAHIM 1 KONSPIRASI ?

Pendedahan Komplot Peguam Negara dan Ketua polis Negara

Datuk Mat Zain Ibrahim, bekas Ketua CID Kuala Lumpur yang menyiasat kes serangan Mata Lebam Anwar Ibrahim pada 1998 , menuntut kerajaan Malaysia supaya membersihkan namanya daripada mengada-adakan bukti dalam kes tersebut. Bekas pegawai polis tersebut membut tuntutan tersebut melalui peguamnya yang mendakwa Peguam Negara dan Ketua polis Negara mengada-adakan bukti sewaktu penyiasatan kes tersebut.
Tuntutan tersebut dipercayai akan memberikan tekanan keatas Peguam Negara,Tan Sri Ghani Patail dan Ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan dalam menghadapi kes perbicaraan Anwar bulan Julai depan .
Minggu lepas, Mat Zain mendakwa satu komplot tertinggi telah menggunaakan satu notis muflis untuk merosakan kredibiliti namanya berdepan dengan beberapa kes termasuk kes perbicaraan Anwar Julai depan ini.
Agensi Bernama melaporkan bahawa Mat Zain telah diisytiharkan sebagai muflis paada 21 April kerana gagal melunaskan pinjaman bernilai RM250,000 dan notis telah dikeluarkan pada 26 Mei .
Mat Zain, bersara pada 2001, berkata , beliau percaya tentang adanya tangan-tangan ghaib yang cuba merosakan nama baiknya guna untuk menghlang dirinya daripda memberikan keterangan terhadap Ghani and Musa dalam mengada-adakan bukti.

Kompleks Akuatik Terengganu Batu Burok Bocor ????


Friday, June 05, 2009 3:49 AM

KUALA TERENGGANU - Kompleks Akuatik Terengganu yang terletak di Batu Burok, dekat sini, menempatkan kolam renang yang dikenal pasti sebagai projek ‘merbahaya’ serta boleh mengancam keselamatan orang awam.
Ia adalah antara tiga projek mega yang akan disiasat oleh pihak Jabatan Kerja Raya (JKR) atas arahan Menteri Besar Terengganu, Dato’ Ahmad Said selepas tragedi bumbung Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin runtuh, pada 2 Jun 2009 lalu.
Tiga belas buah gerai makanan dan minuman yang dibina di sisi Kompleks Akuatik terletak dibawah kolam renang, merupakan kawasan paling berisiko.Tinjauan Buletinonline, ke kawasan tersebut mendapati bahagian belakang gerai terbabit digenangi air . - buletinonline
FM- SATU LAGI PROJEK UMNO/BN UNTUK MEMBUNUH RAKYAT TERENGGANU SELEPAS STADIUM SULTAN MIZAN !