klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Ahad, 4 Oktober 2009

ISA, Cadangan Mahathir Tidak Menasabah

Saranan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad mencadangkan supaya tempoh minimum penahanan pesalah di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) dipendekkan kepada satu tahun berbanding dua tahun mendapat perhatian orang ramai.
Menurut Presiden Gerakan Mansuh ISA, Syed Ibrahim Syed Noh berkata syor tempoh tahanan ISA satu tahun tersebut merupakan saranan yang tidak rasional dan praktikal jika ianya diwujudkan juga.“Saya kira pertamanya, Dr. Mahathir adalah orang yang paling tidak layak sekarang untuk bercakap sama ada wajar atau tidak atau sama ada boleh dipendekkan atau tidak. “Bagi GMI, saranan mantan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi supaya ISA dimansuhkan adalah lebih munasabah dan berperikemanusiaan.
“Jadi bagi saya wajar satu tahun atau dua tahun bukan soalan dipersoalkannya tapi yang sebenarnya adalah wajarkah ISA ini diwujudkan atau pun tidak kerana bagi GMI sendiri seorang itu tidak boleh ditahan tanpa bicara walaupun satu hari,” katanya.Dalam pada itu beliau turut mengingatkan bahawa soal berapa hari pun tempoh tahanan seharusnya tidak dijadikan agenda pihak tertentu ekoran pada asasnya apa yang lebih penting ialah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.
“Jadi proses sekarang di bawah ISA tidak wujud wuang sama sekali jadi soal dua tahun, satu tahun atau pun enam tahun mahupun sebulan, bagi kita itu adalah soal praktikal bagi soal fundamental, soal asasnya adakah ruang perbicaraan diberikan kepada mereka yang ditahan.
“Sepatutnya ruang pembelaan, penahanan dan ruang keadilan itu juga diberikan kepada seseorang dan kalau didapati bersalah sebelum dibicarakan, maka ia layak dihukum tetapi selagi itu tidak berlaku, seseorang itu tidak dibolehkan biar ditahan walaupun satu hari,” katanya.Ibrahim menambah terdapat dua perkara penting yang perlu dititikberatkan dalam hal ini iaitu soal keselamatan dan soal keadilan.
“Ada dua perkara penting di situ, soal keselamatan negara dan soal keadilan. Dalam soal keadilan ianya adalah sesuatu yang tinggilah dalam menentukan sesuatu undang-undang ataupun menentukan satu prosedur, proses dan sebagainya.
“Keadilan itu adalah tertinggi yang sebenarnya. Maknanya ianya tidak boleh digadaikan atas dasar untuk semata-mata atas isu keselamatan. Kalau pun kita membincangkan isu tentang keselamatan dan kestabilan negara, kita perlu melihat supaya peraturan dan undang-undang itu supaya ianya tidak memberikan atau menafikan hak keadilan dan juga hak seseorang,” katanya.Difahamkan setakat ini terdapat lebih daripada 17,000 rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan latar belakang telah dianiaya oleh akta ISA ini semenjak ianya diwujudkan.Sementara itu ketika diminta mengulas lanjut sama ada boleh ISA digantikan dengan perbicaraan mahkamah, beliau berkata di negara ini terdapat undang-undang penjenayah tertentu yang boleh memahami kes-kes keganasan.
Jelasnya, undang-undang ini seharusnya diberikan peluang untuk berdiri dengan sendiri.“Bagi kami kalau ISA hendak digantikan dengan perbicaraan sebenarnya boleh dan buat masa ini sebenarnya kita ada undang-undang criminal prosedur code yang boleh memahami kes-kes keganasan cumanya adakah kebijaksanaan di pihak peguam negara mahupun di pihak perundangan kita untuk menggunakan undang-undang yang sedia ada ini.
“Kalau ada political will pun dengan kehendak politiknya yang kuat, perkara ini boleh dilakukan tinggal lagi ianya tidak dibuat satu kajian yang betul dan terperinci untuk digunakan undang-undang sedia ada dan kemudian melepaskan atau memansuhkan ISA,” katanya. -TVA

PAS Akan Menang Di Bagan Pinang

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang yakin Pas akan memenangi kerusi DUN N31 Bagan Pinang pada Pilihan Raya Kecil 11 Oktober ini.Menurut beliau, penerimaan masyarakat terhadap Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum ke-12 Mac tahun lalu dan tujuh pilihanraya kecil sebelum ini menunjukkan bahawa gagasan kerajaan alternatif itu pasti memberi saingan sengit di kubu kuat BN ini.
"Kita melihat berlaku satu lonjakan dalam PRU 2008 bila kita berjaya mencapai 4000 undi, Barisan Nasional 6000 undi. Ini menunjukkan ada kemajuan dan melihat kepada pilihan raya kecil berikutnya kita maju ke depan. Dan sebab itu saya yakin dan percaya akan mendapat mencapai kemajuan."Kita percaya untuk menang payah tetapi tidak mustahil kita boleh menang. Kita akan berusaha sedaya upaya untuk capai kemenangan," katanya ketika ditemui media di Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Perbandaran Port Dickson pagi tadi.
Mengulas mengenai populariti Isa Samad, Hadi berkata beliau menyerahkan kepada rakyat untuk membuat pilihan dalam pilihan raya ini."Terpulang kepada rakyat serah pada mereka, mereka lebih tahu tentang calon yang mereka hendak pilih dan kita memperkenalkan calon kita dan kita lihat rakyat dapat menilai," katanya.
Menurutnya PAS menggunakan strategi kempen seperti biasa dengan cara damai dan memujuk bagi mengelakkan ketegangan.Hadi berkata isu kreadibiliti calon hanya akan dimainkan sekiranya ia difikirkan munasabah dan terdapat arahan daripada Jawatankuasa Khas Pilihanraya Pas agar isu berkenaan tidak dimainkan sewenang-wenangnya.
"Kempen secara damai secara memujuk kerana dalam konteks demokrasi berparlimen kita mahu undi banyak. Undi banyak mestilah kejayaan kita memujuk pengundi-pengundi dengan cara sebaiknya.Oleh itu sebarang ketegangan hendaklah dielakkan."Itu kita akan tunggu dari masa ke masa mengikut munasabah dan kita ada akhlak dan moral kita berkempen. Berbeza dengan otrang lain," katanya.Mengulas mengenai isu undi pos yang dibangkitan PAS pada pilihanraya kecil pada kali ini Hadi berkata ia dibuat berikutan ketidaktelusan SPR berhubung isu berkenaan.
Hadi berkata pihaknya mempunyai bukti terdapat pengundi pos yang tidak mengundi namun kertas undian mereka dikeluarkan dan dikatakan telah membuang mengundi."Kita menyedari SPR tidak diberikan kuasa sepenuhnya secara demokratik. SPR dibawah Jabatan Perdana Menteri masih wujud hal-hal yang tidak menunjukkan ketidak telusan. Ini diakui sendiri oleh SPR dalam pertemuan yang kami adakan. Ada perkara yang mereka tidak boleh buat.
"Antaranya kerahsiaan undi pos, itu mereka tiodak boleh jawab kerana undi pos ini mereka sediakan dua sampul kecil satu kertas undi satu saksi bagi menyatakan pengundi itu mengundi. Kemudia kedua sampul ini diletakkan ke dalam satu sampul boleh dibuka danb diketahui. Kerahsiannya tidak wujud," katanya.

Sabtu, 3 Oktober 2009

PRK N31 DUN BAGAN PINANG

SAH 1 LAWAN 1
Pilihanraya kecil kali ini menyaksikan pertembungan di antara Umno/BN dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.






Najib Altantuya Taja Makkal Sakthi, Samy Velu Terkedu

Parti Makkal Sakthi Malaysia yang diluluskan oleh Pendaftar Pertubuhan bukan sahaja mendapat sokongan moral Najib Razak malah juga menerima habuan kewangan lumayan daripada Perdana Menteri, menurut beberapa pihak yang rapat dengan kepemimpinan parti itu. Menurut aktivis Gerakan Tindakan Hak Asasi Hindu atau Hindraf, M. Murugan, Makkal Sakthi dikatakan mengikat perjanjian untuk menerima lebih RM30juta daripada tabung Barisan Nasional untuk melengkapkan dirinya sebagai parti pilihan kaum India, menggantikan MIC. Beliau mendakwa wang pendahuluan sebanyak RM8 juta telah pun diserahkan kepada salah seorang pemimpin utama Makkal Sakthi semasa pilihan raya kecil Bukit Selambau 7 April lalu.
"Saya difahamkan jumlah itu hanya sebahagian daripada RM30 juta yang dijanjikan oleh Najib kepada Makkal Sakthi untuk menarik kembali sokongan pengundi India kepada BN," Murugan memberitahu Suara Keadilan.
Beliau yang pernah ditahan polis semasa perhimpunan Hindraf di Kuala Lumpur 25 November 2007 mendakwa kemungkinan besar baki sebanyak RM22 juta akan dibayar secara tunai kepada Makkal Sakthi apabila Najib merasmikan parti itu 10 Oktober depan. "Kita tahu latar belakang pemimpin-pemimpin Parti Makkal Sakthi Malaysia. Mereka dipecat daripada Hindraf dan sejurus dipecat terus bersengkongkol dengan pemimpin BN," kata Murugan yang mengenali rapat barisan pemimpin parti baru itu.
Pemerhati politik terkejut apabila Pendaftar Pertubuhan mengambil masa hanya dua minggu untuk meluluskan penubuhan Makkal Sakthi. Proses kelulusan untuk parti-parti lain lazimnya mengambil masa bertahun-tahun, contohnya Parti Sosialis Malaysia yang dipimpin oleh beberapa aktivis masyarakat. Kelulusan segera yang diperolehi Makkal Sakthi adalah petanda jelas Najib mencari sekutu baru untuk meraih kembali sokongan kaum India yang berhijrah kepada Pakatan Rakyat pada pilihanraya umum tahun lalu. Najib sudah pun mula memulau Presiden MIC Datuk Seri S.Samy Vellu pada majlis-majlis perjumpaannya dengan kaum India dan kini lebih mengaitkan dirinya kepada Makkal Sakthi.
Murugan menyifatkan parti itu sebagai "alat terbaru BN untuk mendapat sokongan kaum India.""Pengundi bukan bodoh dan sedar jika MIC gagal memperjuangkan nasib kaum India untuk 50 tahun, sebuah parti yang baru ditubuhkan dengan kelulusan khas Perdana Menteri tetap akan menemui jalan buntu selagi ia melaksanakan agenda Umno," kata beliau.
Timbalan Pengerusi KEADILAN Pahang, G. Ponusamy berkata penubuhan parti yang dipelopori oleh bekas penyelaras kebangsaan Hindraf, R.S. Thanenthiran adalah sebahagian perancangan jahat Najib dan BN untuk memecah-belahkan kaum India."Najib tahu sekiranya kaum India berpecah dan diwakili oleh banyak parti politik maka orang India akan lemah dan senang dipergunakan. Ini seperti penjajah Inggeris yang mengamalkan dasar "divide and rule" atau pecah dan perintah.
"Walau bagaimanapun saya yakin masyarakat India yang majoritinya kini menyokong Pakatan Rakyat sudah lama sedar permainan BN dan tidak senang termakan dengan helah politik seperti ini," kata beliau."Akhirnya yang untung ialah segelintir pemimpin India yang menjual maruah mereka kepada BN untuk keuntungan peribadi sementara kaum India terus terpinggir dan diabaikan," jelas Ponusamy. Menurut Naib Ketua Cabang Keadilan Kuantan itu, Najib bukan sahaja membiayai Makkal Sakthi malah terbabit dalam penubuhan Parti Hak Asasi Manusia yang juga bertujuan untuk menarik sokongan kaum India. Parti itu kini dalam proses mendapat kelulusan."Saya mendapat maklumat bahawa permohonon parti itu kini berada di atas meja Perdana Menteri untuk mendapat kelulusan peribadi beliau.
"Ini jelas menunjukkan kedua-dua parti ini hanya menjadi instrumen politik Umno dan BN setelah mereka berjaya menghancurkan MIC.Parti Hak Asasi Manusia diterajui oleh salah seorang pemimpin Hindraf, P. Uthayakumar yang bertindak sebagai Setiausaha Agung Jawatankuasa Penaja Parti Hak Asasi Manusia.Parti yang bertapak di Semenanjung itu bercadang untuk bertanding di 53 kerusi pada pilihan raya umum ke 13 yang tentunya memerlukan belanja besar yang boleh ditanggung oleh kepimpinan Barisan Nasional.

SPR PERLU DIREFORMASIKAN

Suruhanjaya Pilihanraya ( SPR ) satu badan yang bertanggungjawab mengendali , mengurus dan melaksanakan sistem demokrasi di Malaysia . Badan yang seharusnya dilihat adil , telus dan profesional . Menjalankan tanggungjawab dan amanah dengan penuh bijaksana. Secara efektifnya menjadi satu organisasi yang diyakini bebas dan berintegriti . Kewibawaannya tidak dipertikai dan diragui . Tidak berpihak atau cenderong kemana-mana pihak sama ada parti kerajaan atau pembangkang .
Bertindak secara profesional berlandaskan undang-undang . Mengimplimentasikan kehendak dan keperluan bagi menjana keyakinan rakyat supaya sistem dan proses pengundian berjalan dengan baik dari masa ke semasa .

Pelbagai tuntutan dan cadangan telah banyak dikemukakan bagi membentuk SPR sebagai badan yang diyakini . Perbincangan dan pertemuan sering diatur bagi merealisasikan SPR benar-benar wibawa , telus dan adil . Malah banyak tuntutan dan cadangan daripada parti-parti politik dilihat benar-benar ikhlas dan membantu SPR sebagai badan yang mempunyai integriti .

Tuntutan BERSIH contohnya telah mencadangkan 4 tuntutan yang meminta agar SPR benar-benar 'bersih'. Tapi sayangnya ianya tidak diendahkan dan SPR terus bergelumang dengan 'kekotoran' yang sering terserlah setiap kali pilihanraya umum atau pilihanraya kecil .

Isu 'Pengundi Ragu' atau 'Pengundi Hantu' sering berkumandang , isu undi pos terus menjadi tidak relevan , sistem celup cari tidak kesampaian dan banyak lagi . Kredibiliti dan integriti SPR terus diragui . Malah dicop sebagai 'salah satu kompenan BN'.

PRK Bagan Pinang , berdepan dengan undi pos yang sangat ramai . Sejumlah 4604 orang pengundi adalah pengundi pos. Sememang menjadi kebimbangan kepada Pakatan Rakyat bahawa timbul keraguan dan ketidakselesaan terhadap sistem undi pos yang dilihat menjadi 'nyawa' kepada UMNO/BN setiap kali berlaku pilihanraya umum atau pilihanraya kecil terutama di PRK Bagan Pinang . SPR terus mempertahankan undi pos dan Borang no 2 .

SPR tidak mampu 'membersihkan' senarai pengundi pos . Malah anggota tentera yang sudah pencen pun masih layak mengundi sebagai pengundi pos . Begitu juga yang telah berpindah kem. Semua mengetahui kebiasaan kepada anggota tentera berpindah daripada satu kem ke kem yang lain . Kenapa SPR begitu mempertahankan undi pos ? Pelbagai bukti dan hujah telah dikemukan kepada SPR , tetapi tidak diendah oleh mereka .

SPR perlu berani bertindak adil dan saksama . SPR perlu direformasikan agar menjadi satu badan yang benar-benar telus dan profesional . SPR perlu mengembalikan keyakinan rakyat sebagai satu badan yang berintegriti . Tidak ada cara lain yang perlu dilakukan ialah rakyat membuat perubahan bagi memastikan badan yang sewajibnya bertindak adil , saksama , adil dan profesional ini dengan menjatuhkan kerajaan BN.

Rakyat Bagan Pinang harus menjadi contoh teladan kepada rakyat 1 Malaysia , bahawa UMNO/BN mesti dijatuhkan sekiranya ingin melihat SPR menjadi badan yang benar-benar bebas . 1 Malaysia wajib untuk menolak UMNO/BN . - farizmusa.blogspot.com

Calon Bebas, Shahruddin Umum Keluar PKR

KUALA LUMPUR, 2 Okt - Ahli Jawatankuasa (AJK) Parti Keadilan Rakyat (PKR) bahagian Telok Kemang, Sharudin Abdul Hamid, mengumumkan keluar dari parti itu petang tadi. Beliau yang juga Ketua Penaja Cawangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Lukut, berkata tindakan itu diambil selepas diberi kata putus oleh PKR berikutan keputusannya untuk bertanding sebagai calon Bebas pada pilihanraya kecil DUN Bagan Pinang, 11 Oktober ini.
"Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah beritahu sekiranya saya hendak bertanding sebagai calon Bebas perlu keluar dari parti itu. "Jadi, saya ambil keputusan untuk keluar dari PKR serta melepaskan jawatan saya dalam parti itu dan akan bertanding sebagai calon Bebas pada pilihan raya DUN Bagan Pinang," katanya. Sharudin mengumumkan keluar dari PKR kira-kira jam 1 petang tadi, sebelum masuk waktu solat Jumaat.

dialog pertemuan bekas tentera dan pimpinan PAS dengan SPR tentang kepincangan undi pos

Pengakuan ini dibuat oleh Kapten Majer (B) Abu Bin Kassim dihadapan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR). Berikut adalah sedutan pertemuan kami dengan SPR. Pada hari isnin 28hb September 2009 pimpinan PAS yang diketui oleh YB. Dato Abdul Halim Bin Abd Rahman telah berjumpa dengan SPR.
Wakil PAS adalah YB. Salahuddin Ayub, Sdr. Kamaruzaman, YB Firdaus, Suhaizan Kayat dan ramai lagi. Pihak SPR pula dibarisi oleh Pengerusinya Tan Sri Abd Aziz Bin Mohd Yusof, Timbalan Pengerusi Dato Wan Ahmad Wan Omar dan lain-lain lagi. Berikut adalah sedutan ucapan saya dalam pertemuan tersebut.
Ikuti pendedahan Suhaizan Kayat tentang apa yang berlaku semasa pertemuan tertutup mereka dengan pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) itu.
Dari sini, maka kita sudah boleh menjangka bahawa apakah tugas SPR sebenarnya. Mereka bukan mahu memperbetulkan keadaan, namun cuba untuk mengeruhkan keadaan serta memperbodoh-bodohkan rakyat Malaysia sebenarnya.
Suhaizan Kayat : Selepas Komanden menerima Karung Khas SPR yang di dalamnya terdapat Sampul-sampul Keutamaan dan selepas Proses Penyerahan pada hari pertama bagi menunggu Proses Penyerahan untuk hari yang kedua Karung Khas SPR akan disimpan dalam Gurd Post tentera atau lokup polis atau bilik kebal SPR. Pihak EPP(Ejen Pengundian Pos) tidak dibenarkan berkawal kerana kedua-duanya adalah kawasan larangan untuk orang awam. Keadaan ini mencurigakan. Terdedah kepada sabotaj daripada pihak-pihak tertentu. Kes Al-Maunah dan suspek lari daripada lokup di Kota Tinggi tahun 2008 merupakan bukti-bukti yang balai polis dan Kem Tentera tiada jaminan Karung Khas SPR selamat.
Wan Ahmad : Jadi tuan tidak percaya dengan tentera dan polis lah?
Suhaizan : Maaf Pengerusi saya minta bekas anggota tentera Pak Abu Kassim berpangkat Kapten Majer(B) yang turut sama datang beritahu kita bagaimana dia handle Karung Khas SPR semasa bertugas.
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Saya ni bekas anggota tentera. Terlibat dalam pentadbiran. Sayalah yang pangkah dacing pada kertas-kertas undi tu. Saya pangkah BN. Banyak tuan.
Tan Sri Aziz : Kenapa tak pangkah bulan ?
Pak Abu Kassim : Saya pangkahkan bulan juga tapi saya rosakan borang 2. Saya takut masa tu tuan sebab pegawai saya duduk belakang saya. Saya patuh ajalah arahan dia.
Tan Sri Aziz : Bila tu Pak Abu?
Pak Abu Kassim : Masa saya bertugas sebelum tahun 2000.
Tan Sri Aziz : Itu cerita lama. Sekarang era saya tak akan berlaku lagi.
Suhaizan Kaiat : Lama memang lama. Tapi sistem tetap sama tuan.
Tan Sri Aziz : Sekarang tidak akan berlaku lagi.
Suhaizan : Saya minta EPP (Ejen Pengundian Pos) dibenarkan mengawal 24 jam tuan.
Wan Omar : Perkara tersebut tidak ada dalam undang-undang. Nanti SPR kena pertisen pulak. Kawalan ini telah dibuat oleh pihak tentera dan polis. Mengapa kita curiga?
Pak Abu Kassim : Maaf tuan. Masa saya jaga kawalan selepas saya berhenti tentera. Tahun 2000. Masa Roslan Kassim lawan Sothinathan. Tan Sri Isa Samad mahu masuk dalam kawasan Majlis Daerah Port Dickson. Saya yang halang tuan.
Dato’ Wan Omar : Saya pun tak pasti Pak Abu ni. Saya banyak terima aduan macam ni. Saya pun tak pasti. Pak Abu begitu lancar sekali. Tan Sri Isa masuk tu tak de bukti. Lagi pun pihak lagi satu(UMNO) pun tidak ada disini untuk mempertahankannya.
YB. Dr Maria : Bukan kita tidak percaya dengan polis dan tentera Tan Sri Pengerusi tetapi kejadian-kejadian yang telah berlaku sebelum ini telah membuktikan bahawa manipulasi tersebut berlaku. Kita kena kawal semua ini Tan Sri.

Pertemuan ini bermula jam 11.30 pagi dan berakhir jam 2 petang. Banyak perkara yang dibincangkan. Tetapi tiada suatu pun komitmen SPR untuk berubah dalam pilihanraya Bagan Pinang ini. SPR nampak baik aja. Tetapi sebenarnya SPR menyimpan pekung yang sangat besar dalam pengurusan UNDI POS. Suhaizan Bin Kayat

MP Kapar Kesal Hanya Seorang Didakwa Dalam Kes Kugan (updated)

Ahli Parlimen Kapar, S Manikavasagam, menyatakan kekesalan hanya seorang dari 11 anggota polis yang dituduh membunuh mendiang Kugan Ananthan tidak didakwa di mahkamah.Pemimpin PKR itu berkata adalah tidak munasabah hanya seorang anggota berpangkat rendah diheret ke muka pengadilan walhal 10 lagi dari pelbagai pangkat dikatakan terbabit dalam pembunuhan itu.
"Mengapa seorang sahaja dihadapkan? dan dia seorang India. Perihal dia hanya seorang konstabel? Perihal ada pegawai yang OCPD ada, Chief Inspektor ada. Sebanyak 11 orang ada. Ditukar dari balai ke pejabat, kerja pejabat. Tapi sekarang saya tengok, satu orang sahaja yang didakwa" soalnya.
Manikavasagam menambah kerajaan tidak harus membedakan undang-undang untuk orang-orang kecil dan orang-orang besar termasuk polis. Sekiranya perbicaraan kes bunuh ini didapati tempang, maka rakyat akan melihat pemerintah menghalalkan penderaan dan keganasan polis."Ini saya rasa sepatutnya 24 jam mereka melakukan siasatan ke atas Kugan dan sekarang nampak seorang sahaja yang didakwa.
Tetapi dalam kes di Batu Cave perhimpunan Hindraf, mereka baling batu tetapi didakwa kes bunuh, peguam negara dakwa kes bunuh tapi di sini seksyen lain pula. Yang ringan. Maksudnya anggota polis boleh bunuh sesiapa sahaja, tapi denda dia RM 10, 000 dia boleh keluar" ujarnya lagi.
Semalam, seorang dari 11 anggota polis yang membunuh mendiang A Kugan diheret ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya.Konstabel Navindran Vivekanadan dibicarakan untuk dua kesalahan menyebabkan kecederaan semasa memeras pengakuan dari mangsa, 16 Januari lalu.
Anggota polis itu didakwa di bawah Seksyen 331 Kanun Keseksaan kerana memeras mangsa sehingga mendatangkan kecederaan dan Seksyen 330 Kanun Keseksaan kerana menyebabkan mangsa mengalami cedera parah.
Jika disabitkan kesalahan, Navindran menghadapi 10 tahun penjara dan denda bagi Seksyen 331 dan tujuh tahun penjara bagi Seskyen 330. Navindran mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan.
Hakim Aslam Zainuddin menetapkan ikat jamin RM10,000 dan 5 November untuk sebutan kes.Kugan telah ditahan pihak polis pada 15 Januari lalu kerana dikatakan terlibat dalam kes curi kereta mewah.Beliau mati setelah lima hari berada dalam tahanan polis dengan keadaan badan cedera parah.Navindran adalah anggota di Balai Polis Taipan, namun dipindahkan ke Ibu Pejabat Kontinjen Shah Alam selepas kejadian.
Menurut Peguam Negara Abdul Gani Patail, empat dari 92 saksi yang disoalsiasat polis mengenalpasti konstabel itu yang mencederakan Kugan pada waktu-waktu kejadian. Mangsa dikatakan dibelasah dengan hos getah sebelum ditemui mati empat hari kemudian.Peguam Negara menambah polis terbabit tidak akan didakwa di bawah kesalahan bunuh atas alasan mangsa mati empat hari kemudian selepas dibelasah.
"Double standard. Orang awam satu dakwaan, pegawai polis satu dakwaan. Bagi kita, kita tidak puas hati. Pada hari Selasa ini kita akan hantar 1 memorandum kepada tatatertib Bukit Aman dan juga mendesak Musa Hassan untuk letak jawatan. Dan pada 10/10, kita akan hantar memorandum ke istana, untuk desak dakwa yang 10 orang lagi".

PAS: Pesara tentera mengaku pernah manipulasi undi pos

Dewan Pemuda PAS hari ini mendedahkan pengakuan seorang pesara tentera yang mendakwa pernah bersubahat memanipulasikan undi pos bagi memberikan kemenangan kepada calon BN sebelum ini.Ketua Penerangannya, Suhaizan Kaiat menulis dalam blognya Bila Kentong Berbunyi... (www.kentong-suhaizan.blogspot.com) hari ini, bahawa pengakuan itu dibuat sendiri oleh pesara tentera kepada pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof yang menemui wakil PAS pada 28 Ogos lalu.
Suhaizan menulis bahawa pesara tentera itu berkata dia terpaksa berbuat demikian atas arahan pegawainya, yang berdiri di belakang dan memerhati kertas undi dipangkah.Suhaizan yang juga pengerusi jawatankuasa undi pos Pemuda PAS ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan pesara tersebut membuat pengakuan itu dalam pertemuan berkeanan.
Kata Suhaizan lagi, pesara tentera itu turut sama dalam perjumpaan kerana dia telah menyertai parti itu dan kini menganggotai jawatankuasa undi pos Pemuda PAS. Perjumpaan tersebut diketuai oleh naib presidennya, Salahuddin Ayub. Selain Abdul Aziz, kata Suhaizan, Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut hadir.
Ekoran pendedahan itu, Suhaizan menulis dalam blognya, mendakwa Abdul Aziz menjawab, beliau telah banyak mendengar aduan tersebut dan tidak pasti dengan perkara itu.Ketika dihubungi Malaysiakini Suhaizan berkata, pesara tentera tersebut bersedia tampil mendedahkan perkara itu dalam kempen pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang selepas penamaan calon esok.
Ditanya sebab yang membuatkan pesara tentera itu berani tampil membuat penjelasan itu, Suhaizan berkata: "Kerana dia sudah bersara"."Ini usaha berterusan kita untuk terus mendesak kerajaan mengkaji semula pelaksanaan undi pos secara menyeluruh," katanya.
Usaha Malaysiakini menghubungi pesara tentera tersebut setakat ini belum berhasil.Sementara itu, Pemuda PAS juga akan menghantar surat kepada kepada komandan di kesemua lapan kem di kawasan Port Dickson bagi membenarkan parti itu berkempen dalam kem di bawah seliaan mereka."Kita akan hantar secepat mungkin," kata Suhaizan.
Ditanya sama ada tindakan itu terlalu lambat kerana tempoh berkempen akan bermula esok, Suhaizan menjawab: "Tidak apa. Kalau 30 minit pun kita cakap (kempen)".
Dalam setiap pilihan raya, perjalanan pengundian pos sentiasa mendapat bantahan pembangkang kerana dicurigai wujudnya penyelewengan yang akan memenangkan calon BN.
Dalam pilihan raya kecil pada 11 Oktober ini, kebimbangan pembangkang jelas kelihatan apabila terdapat jumlah pengundi pos yang besar sebanyak 4,620 daripada 13,664 pemilih merupakan pengundi pos. - malaysiakini

Jumaat, 2 Oktober 2009

PAS dakwa hanya 1,200 pengundi pos tinggal di Bagan Pinang

PAS mendakwa semakannya mendapati hanya 1,200 daripada 4,604 pengundi pos di DUN Bagan Pinang yang masih tinggal di situ.Mereka terdiri daripada anggota tentera yang tinggal di Kem Seri Rusa - satu-satunya kem tentera dalam DUN Bagan Pinang.Manakala yang lainnya merupakan mereka yang pencen atau yang telah berpindah atau berkhidmat di tempat lain, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali. "(Bagan Pinang) antara DUN paling besar yang banyak undi pos, yang berdaftar sebanyak 4,604 orang. "Tetapi semakan PAS sendiri, kita dapati yang benar-benar berada dalam kem Seri Rusa ini, hanya 1,200 orang, ini mengikut semakan kita.
"Maksudnya orang yang ada dalam kem tersebut. Senarainya ada 4,604 tetapi berdasarkan semakan kita ada 1,200 pengundi. Yang lainnya, sebahagian besarnya sudah bersara," kata Mustafa dalam satu sidang media di ibu pejabat PAS di ibu negera, pagi ini."Mengikut kaedah pilihanraya, yang tidak tinggal lagi dalam kem, sepatutnya dia mengundi sebagai pengundi biasa, sepatutnya begitulah. Bersihkan senarai"Tetapi nama dia masih lagi kekal dalam senarai. Sebahagian yang lain bukan duduk daripada kem Seri Rusa, DUN Bagan Pinang. "Saya minta SPR, supaya pastikan apa yang boleh, bahawa orang yang tidak hadir, tidak layak mengundi. "Waktu kertas undi diberikan, dia tidak hadir, seharusnya dia tidak boleh mengundi. Ini yang minta supaya ia dipastikan oleh SPR sendiri," katanya.
Menurut Mustafa, apa yang menjadi kebimbangan PAS ialah pengundi pos yang tidak berada dalam kem tersebut tetapi dibenarkan mengundi di situ."Saya boleh jangka bahawa SPR akan jawab siapa yang ada dalam senarai, maka dia sah sebagai pengundi."Tetapi sebagai satu persiapan dan peringatan kepada SPR supaya dia benar-benar nak pastikan daftar pemilih ini bersih, dia sendiri pastikan orang yang sebenarnya tidak ada, didaftarkan di mana dia berada," katanya Ditanya sama ada pengundi yang bersara tinggal di kem tersebut, Mustafa berkata mereka memang tidak tinggal di kem tersebut.
Sudut undang-undang
"Mereka yang boleh tinggal di kem tersebut adalah pegawai dan kakitangan yang berkhidmat. Yang tidak berkhidmat, tidak boleh duduk situ," katanya.Ditanya sama ada terdapat peruntukan undang-undang, sekiranya pengundi tidak meminta nama mereka dipindah, maka mereka tetap untuk mengundi di situ, Mustafa berkata:"Dari sudut undang-undang, ya, yang itu saya tidak nafikan." SPR tidak mempunyai kuasa untuk mengeluarkan nama pengundi buat masa sekarang mengikut undang-undang, sebaliknya memikirkan satu cara untuk membolehkan orang yang benar-benar layak mengundi adalah orang yang tinggal kem tersebut, tambah Mustafa.
Calon PAS, Zulkefly Mohamad Omar bakal berdepan dengan calon BN Tan Sri Isa Samad untuk merebut kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang ekoran kematian penyandangnya, Azman Mohamad Noor.Azman Mohamad Noor dari BN yang juga naib ketua bahagian Teluk Kemang menang dengan majoriti 2,333 dalam pilihanraya umum Mac tahun lalu.Azman menewaskan Ramli Ismail yang juga timbalan yang dipertua PAS kawasan Teluk Kemang yang mendapat 4,097 undi.SPR juga menetapkan esok adalah hari penamaan calon, manakala 11 Oktober pula adalah hari pengundian.

Kronologi Peristiwa Hasan Ali Menentang SELCAT

dipetik daripada Perisik Rakyat@
Nota Editor: Saya akan berhenti menulis pasal isu SELCAT dan aktiviti Fraksi UMNO dan Geng Terengganu dalam PAS sepanjang kempen Bagan Pinang bermula dari hari penamaan calon.Kronologi ini saya kumpul dari pelbagai sumber, rasmi dan tidak rasmi, tetapi kesemuanya adalah sumber berotoriti dan mempunyai maklumat terus dalam isu ini. Saya mengalu-alukan sekiranya ada cadangan penambahan dan perlengkapan.
Setelah SELCAT mula memanggil para DO dan ADO kerana menyiasat bagaimana peruntukan-peruntukan wakil rakyat boleh dihabiskan dalam masa yang begitu singkat sehingga memaksa kerajaan negeri mengeluarkan peruntukan tambahan kepada majoriti DUN2 dalam Selangor.(Rujuk "Pegawai Kerajaan Dibuli SELCAT? Saksikan Sendiri di Youtube")
Sebelum Hari Raya AidilFitri tahun ini, MB Selangor serta beberapa exco telah mengadakan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri (MTES). Di dalam mesyuarat tersebut, MB telah di “hijack” oleh para DO. Mereka mengadu kononnya mereka telah dilayan dengan cara yang tidak menyenangkan sekali di dalam sessi prosiding SELCAT.
Dato’ Hasan, pada masa itu menghadiri mesyuarat MTES, dengan terus menyokong rintihan para DO dan ADO berkenaan. Dan Dato Hasan membuat sokongan tersebut dengan impromptu tanpa merujuk kepada wakil PAS di dalam SELCAT, yakni YB Saari Sungip.MB pula setelah mendengar komplen dari para DO, telah berjanji akan mengadakan pertemuan dengan SELCAT serta para DO dan ADO bagi menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh para DO.
Jawapan Kepada Media Hasan Ali TIDAK MERUJUK KEPADA SELCAT dan Wakil PAS Dalam SELCATTiba-tiba pada 24 September, Dato Hasan, dalam menjawab soalan wartawan, telah menyelar SELCAT dan meminta SELCAT mengubah cara dan kaedah perjalanan kerana menurut beliau melayan para DO seperti budak-budak. Beliau juga mencadangkan supaya keanggotaan SELCAT diubah dan dimasukkan sekali nama-nama yg terkenal dari kalangan bekas-bekas hakim dan mereka yang dikenali dan dihormati dalam bidang undang-undang.
Beliau juga meminta supaya SELCAT mengadakan satu buku panduan bagi memastikan perjalanan SELCAT ini tidak tercemar.Antara kata beliau yang dilaporkan oleh Bernama adalah:
"Many of them complained that they were being questioned for decisions made by ex-politicians, and treated like school kids.”
Barang diingat, kenyataan media Hasan Ali ini dibuat SEBELUM perjumpaan antara SELCAT dan para DO diadakan. Juga, Hasan Ali tidak sedikit pun MERUJUK KEPADA SELCAT dan WAKIL PAS dalam SELCAT bagi mendapat gambaran yang seimbang serta berasas semasa membuat kenyataan ini. Beliau percaya bulat-bulat pada dakwaan pegawai-pegawai kerajaan.Sedangkan cara Teng menyoal pegawai2 ini serupa dengan cara Teng menyoal Datin Khairiyyah. Takda pun kita dengar Datin Khairiyyah merengek2 macam budak kecik.
Mesyuarat Khas Perhubungan Negeri Selangor Membincangkan Isu SELCAT .
Kenyataan Hasan Ali itu telah mengundang kemarahan banyak pihak termasuk beberapa pimpinan PAS Selangor seperti Khalid Samad dan Saari Sungip. Untuk menenangkan keadaan Dato Hasan telah memanggil mesyuarat khas Perhubungan PAS Selangor.
Di dalam mesyuarat tersebut, Dato Hasan telah mengatakan bahawa isu SELCAT ini telah pun dibincangkan dalam mesyuarat exco dan exco telah bersetuju untuk membaiki kaedah dan perjalanan SELCAT. Beliau juga berkata kenyataan yang beliau buat itu adalah atas platform beliau sebagai exco dan bukannya sebagai PJ PAS Selangor.
Mesyuarat khas perhubungan Negeri Selangor itu juga TIDAK MENJEMPUT YB Saari Sungip, wakil PAS dalam SELCAT untuk member keterangan. Dan Hasan Ali tidak sebut pun pasal MTES dan komitmen MB untuk menemukan para DO bersama SELCAT.Mesyuarat itu juga dicemari oleh para YDP yang dangkal pemikiran yang sebuk membawa isu wala’, padahal isu yang sebenarnya adalah SELCAT dan Hasan Ali membuat kenyataan terbuka kepada media. Padahal “Tahaluf Siyasi” ini juga salah satu dari dasar PAS. Bodoh juga setengah-setengah YDP PAS ni. Wakil Pemuda juga bodoh sebab berkata yang PAS seharusnya memperjuangkan hak Melayu-Islam di Selangor. Padahal Islam itu “rahmat ke seluruh alam” mencakupi segenap manusia, binatang2 dan tumbuh2an.
Hasan Ali Berdiam Diri Sepanjang Pertemuan SELCAT Bersama DO dan ADO
Akhirnya, pada 20 September 2009, diadakan pertemuan antara SELCAT dan para DO, seperti yang dijanjikan MB sebelum Hari Raya. Di dalam mesyuarat tersebut, YB Teng telah menerangkan kepada para DO dan ADO, beliau bersikap kasar sedikit kerana para DO dan ADO tidak mahu memberi kerjasama kepada beliau di dalam menjawab soalan-soalan yang beliau berikan. Para DO dan ADO lebih suka bersilat dan mengelak dari menjawab soalan beliau dengan baik.
Sedangkan YB Teng cuma ingin tahu apakah prosedur yang digunakan oleh para DO dan ADO yang membolehkan mereka mengeluarkan wang dengan begitu banyak sekali. Soalan mudah yang sepatutnya dijawab oleh DO dan ADO itu tidak dijawab dengan baik, dan mereka lebih suka bersilat dan mengelak. Sedangkan soalan beliau itu mudah dan “straight to the point”. Sebab itulah beliau kelihatan sedikit agresif kerana mendesak para pegawai2 ini menjawab soalan beliau.
Selain dari itu, Teng juga berkata, beliau juga merasa tersinggung dengan sikap para pegawai-pegawai kerajaan yang menampakkan kebongkakan mereka di dalam menjawab soalan mereka. Sehingga ada pegawai berkata menegluarkan pembayaran beratus-ratus permohonan dalam satu hari itu adalah normal. Jawapan yang berbentuk meremehkan serta merendahkan taraf pemikiran para AJK SELCAT inilah yang membuat YB Teng sedikit marah dan tersinggung menyebabkan beliau terpaksa mendesak para pegawai untuk memberi jawapan yang jitu.
Dalam perjumpaan dengan DO dan ADO itu, MB telah meminta Dato Hasan untuk berkata-kata namun Dato Hasan membisu seribu bahasa sepanjang majlis itu. Ertinya sekiranya Dato Hasan mendapat maklumat yang seimbang dari anggota SELCAT terutamanya dari YB Saari Sungip, nescaya Dato Hasan tidak akan percaya bulat2 cerita kononnya SELCAT melayan para DO dan ADO seperti budak-budak.
Dan akhirnya, keputusan yang diambil adalah SELCAT dikekalkan dan tiada perubahan dari segi prosedur yang akan dibuat oleh SELCAT. Ertinya segala yang diperkatakan oleh Hasan Ali adalah BOHONG semata-mata.
Hasan Ali Sanggup Berbohong
Sedih sekali apabila Hasan Ali sanggup berbohong kepada Perhubungan Negeri dalam isu ni Kononnya sudah ada keputusan exco, kononnya dia berbuat begini kerana membela melayu kerana DAP memperjuangkan Cina, kononnya para pegawai kerajaan dilayan seperti budak kecil.Semua bohong yang dibawa oleh Hasan Ali yang ditaja oleh pegawai2 kerajaan negeri yang bersubahat dalam korupsi dan salah guna kuasa UMNO dan BN. Perjuangan Melayu apakah yang hendak diperjuangkan oleh Hasan Ali di dalam melindungi pegawai2 kerajaan yang terlibat dalam korupsi?
Tindakan Dato Hasan ini memberi gambaran bahawa PAS dan Islam mengharamkan “beer” tapi menyokong korupsi.Dan yang lebih besar kesalahan Hasan Ali adalah beliau telah bertindak lebih kuah dari sudu apabila isu ini telah dijamin akan diselesaikan oleh MB sendiri. Sepatutnya kalau ada kenyataan akhbar, harus datang dari MB bukan Hasan Ali.Bila MB suruh bercakap malam tu, tak bercakap pula. Senyap sunyi.
Kita semua sudah maklum Dato Hasan ada sebuah NGO bawah tanah bernama “Promis” yang selalu mengadakan pertemuan di rumah Dato Hasan. PROMIS ini adalah terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan Selangor dan saya yakin mereka inilah yang merancang untuk Dato Hasan melakukan tindakan yang menghina serta menjatuhkan maruah SELCAT dan Pakatan Rakyat.Pegawai2 Kerajaan Ni Macam Pondan, Datin Khairiyah Lagi “Gentleman”Hakikatnya memang pegawai2 Kerajaan Selangor ni taraf pondan. Kalau tengok sessi soal jawab dengan DAtin Khairiyyah tempohari, takda pun Datin Khairiyyah ni komplen dilayan macam ni la, macam tu la. Takda pulak dia datang merengek2 macam budak kecik. Steady je Datin Khairiyyah menjawab soalan-soalan yang diberikan oleh Azmin dan Teng.
Datin Khairiyyah tu lebih “lelaki” dari semua pegawai2 dan DO tempohari. Sikit pun dia tak komplen. Tapi, pegawai2 ni komplen lepas tu buat fitnah kata dilayan macam budak-budak. Mungkin mereka ni memang budak-budak pun, sebab tu mereka merengek macam budak-budak.Hasan Ali yang pegi sokong pegawai-pegawai ni saya pun tak tahu nak panggil apa?Pegawai2 Ini Mahu Melindungi UMNOHakikatnya, pegawai2 ini mahu melindungi UMNO dan isu dilayan seperti budak2 ini cuma mahu mengalih perhatian umum dari isu yang sebenar, yakni wang rakyat digunakan untuk kempen UMNO dan Barisan Nasional.
Pegawai pertama yang membuat kenyataan media adalah Bakhtiar Husin, seorang DO yang terkenal ke “UMNO” an nya. Beliau mengamuk2 dan melepaskan kemarahan beliau dengan membuat kenyataan akhbar kepada Harian Sinar sekaligus melanggar “General Orders”.Hakikat sebenarnya, beliau satu-satu nya DO yang mendedahkan bahawa pengeluaran peruntukan sekaligus pada bulan March 2008 adalah bertujuan untuk mencipta impak politik (yang berpihak kepada BN).
Tulang Besi

UMNO Mati Kutu, PAS Tampil Calon Bersih Dan Berwibawa

Walaupun pertembungan yang berlaku di Bagan Pinang adalah antara calon Umno dengan PAS, namun ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diserang habis-habisan oleh Umno, lapor Malaysian Insider.
Apatah lagi, Umno sedang berusaha keras untuk memastikan undi tentera di situ tidak akan lari dari Umno.Inilah andaian PKR sendiri dalam kehangatan kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang sudah pun bermula walaupun wisel sepak mula belum lagi ditiup.
Ini mengulangi detik pilihanraya kecil Permatang Pasir, dimana UMNO tidak mempunyai peluang untuk menyerang calon PAS yang amat berwibawa, Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri yang bertanding.PAS telah menampilkan calon yang bersih untuk dijadikan pemimpin sehingga UMNO mati kutu di dalam mencari walau seinci kecacatan yang ada pada calon Pakatan Rakyat.Pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
Sudah tentu kumpulan pengundi paling strategik yang dilihat mampu mengekal atau mengubah pola pengundian di DUN ini adalah angkatan tentera dan keluarga mereka yang merupakan pengundi pos berdaftar dengan kekuatan lebih kurang 5,000 orang.Maka banyak tenaga jentera akan dicurahkan bagi melancarkan perang saraf terhadap kumpulan pengundi ini.
Menurut Penasihat Undang-Undang PKR Negri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dipercayai kem Umno dan BN di Bagan Pinang sudah mula menyebarkan jarum mereka di kalangan angkatan tentera.Walaupun yang bertanding di pihak lawan Umno adalah Zulkefly dan PAS, namun yang menjadi mangsa serangan adalah Anwar dan PKR, dakwa Nizam.Di kalangan angkatan tentera dan keluarga mereka di Bagan Pinang, jelas Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, Anwar digambarkan sebagai penyokong komunis dan tidak mengenang budi serta jasa angkatan tentera yang pernah berjuang menentang komunis.
Dakyah ini timbul berikutan dengan kenyataan Anwar beberapa bulan yang meminta Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dimaafkan dan dibenarkan pulang ke negara ini.Padahal, tegas Nizam, seingat beliau apa yang disuarakan Anwar itu sebenarnya adalah kritikan tentang sikap “double standard” Kerajaan Umno dan BN yang memaafkan Kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia memaafkan Chin Peng.Untuk rekod, Petronas, syarikat petroleum milik negara mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam, sebuah lagi negara komunis,. Fidel Castro, pemimpin komunis Cuba juga pernah menjadi tetamu Negara Kerajaan Umno dan BN.
Tambah Nizam lagi, jika diambil dari sudut mana sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan Anwar ini tidak pernah memperlihatkan sokongannya kepada PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan seluruh angkatan tentera.Bahkan Anwar juga telah memberi akuan yang beliau tidak sesekali bermaksud menyokong atau bersetuju dengan aktiviti militan di era darurat dan beliau juga tidak melanggani faham komunisme.
Nizam dalam sokongannya terhadap prinsip Anwar ini malah mendedahkan bahawa bapa mertua Anwar sendiri, Datuk Dr Wan Ismail adalah pakar perang saraf yang menyumbang jasa besar dalam mengekang pengaruh komunis di waktu darurat dahulu.Bagi Nizam, perang saraf yang dijalankan Umno dan BN itu langsung tidak masuk akal. Lebih dari itu, ia tidak lebih sekadar dari sebuah propaganda hitam tajaan Umno dan BN.
Nizam percaya, menjelang separuh masa kedua kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, propaganda ini akan dimainkan secara lebih agresif dan semaksima mungkin oleh media-media arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya.Namun, Nizam juga percaya yang pengundi hari ini, tidak terkecuali para angkatan tentera di Bagan Pinang tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah murahan seperti itu. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, rakyat sudah semakin bijak dalam menilai setiap apa yang datang kepada mereka.
Angkatan tentera di Bagan Pinang khususnya telah membuktikan kebijakan mereka lewat Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pasca PRU 1999 dahulu, sudah tentu 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 ini, mereka semakin bertambah bijak.

Saiful Hina Mahkamah

Mohd Saiful Bukhari Azlan bertindak menghina mahkamah apabila membuat tuduhan kononnya sistem perundangan negara memihak mantan timbalan perdana menteri itu, kata peguam Anwar Ibrahim. Dalam blognya, Saiful merungut kerana Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mengemukan beberapa permohonan, antaranya bagi mendesak pihak pendakwaraya menyerahkan bukti untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaannya.
Sebagaimana yang dijangka Utusan Malaysia tajaan Umno memberi liputan meluas kepada tulisan Saiful dalam blognya itu. Peguam Sankara Nair berkata Utusan dan Saiful sengaja mengenepikan hakikat bahawa tuduhan liwat yang dibawa terhadap Anwar adalah “karut” dan tanpa bukti. Beliau berkata Anwar tidak ada pilihan kecuali membuat pelbagai permohonan yang difikirkan wajar bagi membela diri kerana ia termaktub dalam prinsip undang-undang negara.
“Apa yang dikatakan tidak benar kerana seseorang yang telah dituduh patut diberi apa-apa dan sebanyak boleh ruang untuk membela diri termasuk untuk membuat segala-gala permohonan yang wajar dan patut untuk membela diri," katanya.Beliau berkata segala tindakan yang diambil oleh Anwar adalah mengikut “prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel.”
“Ini adalah hak asasi tertuduh. Saiful boleh mendakwa kononnya haknya dicabul, tetapi hakikat dalam kes ini ialah hak orang yang tertuduh lebih tercabul. Ini adalah prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel,” katanya kepada TV Antara.
Sankara berkata Saiful menghina mahkamah apabila membantah keputusan mahkamah membenarkan Anwar mengemukakan permohonan bersabit kers itu. “Apa yang dia katakan atau komen di blog sebagai peguam kita anggap seolah-olahnya menghina mahkamah. Dia kata mahkamah telah memberikan ruang,seolah-olah mahkamah salah untuk berbuat demikian. Itu menghina mahkamah," katanya.
Sankara turut membidas kenyataan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim bahawa permohonan yang dibuat Anwar seolah-olah satu strategi untuk melengahkan perbicaraan.“Kalau dia berkata begitu pertama sekali kita hendak bertanya siapa yang memberi nasihat kepada dia? Adakah dia itu seorang yang beramalan dalam undang-undang untuk membuat kenyataan begitu. “Sebab hak asasi adalah berdasarkan hak-hak yang diberi kepada tertuduh yang telah dijamin oleh undang-undang. Saya pun kurang faham bagaimana mereka mentafsir sesuatu perkara,” kata Sankara.
Anwar dituduh kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Tuduhan itu dilihat banyak pihak sebagai mencurigakan kerana laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.

Mansuhkan dulu PPSMI untuk martabatkan BM, kata Pak Samad

Usaha untuk "memartabatkan" lagi bahasa Melayu melalui penguatkuasaan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) tidak akan berkesan selagi kerajaan tidak memansuhkan dasar pengajaran mata pelajaran Sains dan Matematik dalam bahasa Inggeris (PPSMI), kata seorang sasterawan negara.Datuk A Samad Said juga berkata beliau tidak nampak keberkesanan penguatkuasaan bahasa kebangsaan itu, yang diumumkan sejak 2005.
"Saya rasa laporan berita itu tidak lengkap kerana sebelum ini pun DBP sudah ada unit khas untuk ambil tindakan terhadap mereka yang guna bahasa salah dalam iklan," katanya ketika diminta mengulas perkara itu, yang merupakan salah satu resolusi satu persidangan bahasa Melayu semalam.Media melaporkan, Persidangan Antarabangsa Bahasa Melayu Bahasa Dunia, telah meluluskan resolusi untuk "mendesak kerajaan memberi kuasa penguatkuasaan kepada DBP bagi memartabatkan bahasa Melayu."
"Apa yang saya nampak, setakat inipun usaha ini masih tidak berjalan. Tapi itu bukan masalah pokok, masalah pokok adalah penggunaan bahasa Melayu," kata aktivis sastera itu ketika dihubungi Malaysiakini semalam.Jelasnya, kerajaan sepatutnya mengambil langkah memansuhkan PPSMI supaya dasar pengajaran selari dengan undang-undang."Apa yang saya nampak, kerajaan setakat ini terus menghina bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris pula didewa-dewakan," katanya yang mesra dengan panggilan Pak Samad.
"Bahasa Inggeris sudah ada diberikan dana sebanyak RM5 billion untuk mantapkan bahasa itu, tapi untuk memartabatkan bahasa Melayu, tidak ada," kata Pak Samad yang turut mengetuai beberapa siri demonstrasi membantah dasar PPSMI Mac lalu."Kerajaan mestilah mengikut dan meluhuri Akta Bahasa Kebangsaan tersebut dan bukannya melanggar undang-undang, itu setakat yang saya nampaklah," katanya yang Beliau berkata, DBP sememangnya tidak berkuasa untuk menguatkuasa bahasa Melayu, malah beliau mengetahui ramai di kalangan kakitangan DBP sendiri yang tidak bersetuju dengan PPSMI.
"DBP tidak boleh buat apa-apa, tapi kerana ia berada bawah kuasa kementerian pelajaran, jadi dia kena ikutlah. Kalau ditanya secara rahsia, ramai yang tidak setuju. Tapi apa yang mereka boleh buat kerana mereka orang makan gaji," jelasnya lagi.Tambahnya, resolusi berkenaan yang diputuskan persidangan anjuran bersama DBP itu masih di peringkat cadangan."Itu permintaan, apakah kementerian akan terima atau tidak permintaan ini? Dalam usaha baru ini saya tidak tahu DBP akan buat macam mana," kata Pak Samad lagi.
Mengulas mengenai satu lagi resolusi persidangan yang meminta kerajaan mewujudkan jawatan atase bahasa dan kebudayaan di setiap pejabat misi Malaysia di luar negara, beliau berkata ia adalah usaha yang baik."Itu tak apalah kalau kerajaan rasa ia boleh mengembang dan membantu masyarakat mengguna bahasa. Tapi saya rasa yang penting adalah usaha di tanah air sendiri, masih samar-samar pelaksanaannya. "Yang penting adalah supaya kerajaan tidak terus melanggar Akta Bahasa. Bermakna kerajaan mesti memansuhkan PPSMI," tegasnya. - MALAYSIAKINI

JADUAL PROGRAM HARI PENAMAAN CALON PILIHAN RAYA KECIL N31 BAGAN PINANG

Berikut adalah jadual program bagi hari penamaan calon PRK N31 Bagan Pinang.
Tarikh: 3hb. Oktober 2009 (Sabtu)

7.15 am
Berkumpul di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson
7.30 am
Solat & doa Hajat di tapak berhampiran Sek. Men. Dato’ Abdul Samad, Batu 2 Port Dickson
7.45 am
Perarakan bermula ke Pusat Penamaan Calon di Dewan Majlis Daerah Port Dickson

8.00 am
Perarakan dijangka tiba di Majlis Daerah Port Dickson