klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 2 Oktober 2009

UMNO Mati Kutu, PAS Tampil Calon Bersih Dan Berwibawa

Walaupun pertembungan yang berlaku di Bagan Pinang adalah antara calon Umno dengan PAS, namun ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dijangka bakal diserang habis-habisan oleh Umno, lapor Malaysian Insider.
Apatah lagi, Umno sedang berusaha keras untuk memastikan undi tentera di situ tidak akan lari dari Umno.Inilah andaian PKR sendiri dalam kehangatan kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang yang sudah pun bermula walaupun wisel sepak mula belum lagi ditiup.
Ini mengulangi detik pilihanraya kecil Permatang Pasir, dimana UMNO tidak mempunyai peluang untuk menyerang calon PAS yang amat berwibawa, Pesuruhjaya PAS Negeri sendiri yang bertanding.PAS telah menampilkan calon yang bersih untuk dijadikan pemimpin sehingga UMNO mati kutu di dalam mencari walau seinci kecacatan yang ada pada calon Pakatan Rakyat.Pilihanraya kecil kali ini bakal menyaksikan pertembungan di antara Umno dan PAS, di antara Ketua Umno Bahagian Teluk Kemang, Tan Sri Isa Samad, yang juga mantan Menteri Besar Negri Sembilan dengan Pesuruhjaya PAS Negri Sembilan, Zulkefly Mohamad Omar.
Sudah tentu kumpulan pengundi paling strategik yang dilihat mampu mengekal atau mengubah pola pengundian di DUN ini adalah angkatan tentera dan keluarga mereka yang merupakan pengundi pos berdaftar dengan kekuatan lebih kurang 5,000 orang.Maka banyak tenaga jentera akan dicurahkan bagi melancarkan perang saraf terhadap kumpulan pengundi ini.
Menurut Penasihat Undang-Undang PKR Negri Pahang, Ahmad Nizam Hamid, dipercayai kem Umno dan BN di Bagan Pinang sudah mula menyebarkan jarum mereka di kalangan angkatan tentera.Walaupun yang bertanding di pihak lawan Umno adalah Zulkefly dan PAS, namun yang menjadi mangsa serangan adalah Anwar dan PKR, dakwa Nizam.Di kalangan angkatan tentera dan keluarga mereka di Bagan Pinang, jelas Nizam yang juga Pemangku Ketua PKR Cabang Temerloh, Anwar digambarkan sebagai penyokong komunis dan tidak mengenang budi serta jasa angkatan tentera yang pernah berjuang menentang komunis.
Dakyah ini timbul berikutan dengan kenyataan Anwar beberapa bulan yang meminta Chin Peng, bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) dimaafkan dan dibenarkan pulang ke negara ini.Padahal, tegas Nizam, seingat beliau apa yang disuarakan Anwar itu sebenarnya adalah kritikan tentang sikap “double standard” Kerajaan Umno dan BN yang memaafkan Kerajaan China yang menyokong PKM tetapi tidak bersedia memaafkan Chin Peng.Untuk rekod, Petronas, syarikat petroleum milik negara mempunyai pelaburan yang besar di Vietnam, sebuah lagi negara komunis,. Fidel Castro, pemimpin komunis Cuba juga pernah menjadi tetamu Negara Kerajaan Umno dan BN.
Tambah Nizam lagi, jika diambil dari sudut mana sekalipun, kenyataan yang dikeluarkan Anwar ini tidak pernah memperlihatkan sokongannya kepada PKM dan menafikan jasa serta pengorbanan seluruh angkatan tentera.Bahkan Anwar juga telah memberi akuan yang beliau tidak sesekali bermaksud menyokong atau bersetuju dengan aktiviti militan di era darurat dan beliau juga tidak melanggani faham komunisme.
Nizam dalam sokongannya terhadap prinsip Anwar ini malah mendedahkan bahawa bapa mertua Anwar sendiri, Datuk Dr Wan Ismail adalah pakar perang saraf yang menyumbang jasa besar dalam mengekang pengaruh komunis di waktu darurat dahulu.Bagi Nizam, perang saraf yang dijalankan Umno dan BN itu langsung tidak masuk akal. Lebih dari itu, ia tidak lebih sekadar dari sebuah propaganda hitam tajaan Umno dan BN.
Nizam percaya, menjelang separuh masa kedua kempen Pilihanraya Kecil DUN Bagan Pinang nanti, propaganda ini akan dimainkan secara lebih agresif dan semaksima mungkin oleh media-media arus perdana seperti RTM, TV3, Utusan Malaysia, Berita Harian dan yang seangkatan dengannya.Namun, Nizam juga percaya yang pengundi hari ini, tidak terkecuali para angkatan tentera di Bagan Pinang tidak lagi mudah terpengaruh dengan propaganda dan dakyah murahan seperti itu. Dengan perkembangan pesat teknologi maklumat dan komunikasi, rakyat sudah semakin bijak dalam menilai setiap apa yang datang kepada mereka.
Angkatan tentera di Bagan Pinang khususnya telah membuktikan kebijakan mereka lewat Pilihanraya Kecil Parlimen Teluk Kemang pasca PRU 1999 dahulu, sudah tentu 10 tahun kemudian iaitu pada tahun 2009 ini, mereka semakin bertambah bijak.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan