klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 2 Oktober 2009

Kerajaan Hina Tentera

Cara persaraan Panglima Angkatan Tentera Malaysia (ATM) Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal yang memecah tradisi tanpa sebarang penghormatan yang sesuai dengan kedudukkannya menimbulkan pelbagai tanggapan rakyat terhadap cara kerajaan Barisan Nasional(BN) melayan ketua institusi keselamatan negara. Jeneral Tan Sri Abd Aziz Zainal boleh disifatkan sebagai "undur senyap senyap" , iaitu bersara tanpa apa-apa penghormatan tentera seperti perbarisan kehormat, jamuan makan malam, lawatan ataupun menemui rakan-rakan dari Negara lain, terutamanya negara-negara ASEAN. Semua itu lazim bagi seseorang Panglima ATM yang akan bersara malah ia dianggap satu "tradisi ketenteraan".
Suara Keadilan mendapatkan penjelasan beberapa pegawai ATM, yang masih bertugas dan juga yang sudah bersara, mengenai perkembangan "pelik' ini . Rata rata ramai yang bersetuju bahawa apa jua alasan, adalah tidak wajar kerajaan melayani Jeneral Abdul Aziz demikian dan seolah-olah memaksa beliau bersara secara mengejut. Penghinaan ke atas ATM itu tentu dirasai oleh warga tentera khususnya setelah Najib bingkas melanjutkan tempoh perkhidmatan Ketua Polis Negara Musa Hassan untuk kali kedua, bagi tempoh setahun lagi.
Menurut Datuk Kapten(B) Abu Zahar Hashim apa yang berlaku ke atas Jeneral Abd Aziz adalah di luar tradisi yang diamalkan selama ini."Tindakan ini semacam pihak kerajaan memperlekehkan institusi ketenteraan, ini sesuatu yang sangat tidak wajar, beliau sepatutnya diberi penghormatan sepertimana Jeneral-jeneral ATM lain yang telah bersara," katanya.Menurutnya lagi, paling tidak,Jeneral Abd Aziz wajar diberi peluang melawat kem kem tentera seluruh negara bagi mengucapkan selamat tinggal kepada pegawai dan anggota tentera dan bagi mereka pula mengucapkan selamat bersara kepada beliau. Di samping itu katanya persaraan Jeneral Abd Aziz mesti dimasyhurkan.
Amat memalukan kata Datuk Kapten (B) apabila pihak akhbar arus perdana yang dimiliki parti pemerintah tutut tidak memberi pengiftirahan dan sebaliknya hanya menyiarkan berita kecil mengenai persaraan Jeneral Abd Aziz.
Abu Zahar yang kini menyertai PAS menempelak BN yang menurutnya hanya "menggunakan" ATM bagi "memenangkan" mereka dalam pilihan raya tetapi bertindak tidak wajar terhadap pemerintah tertinggi ATM.
Jeneral Abd Aziz sepatutnya bersara pada Ogos 2007 pada umur 56 tahun tetapi selepas dilantik Panglima Angkatan Tentera pada Februari 2007, beliau ditawarkan untuk berkhidmat selama setahun berkuatkuasa dari tarikh perlantikannya sebagai Panglima Angkatan Tentera.Tempoh berkhidmatan itu sepatutnya berakhir pada hujung Januari 2008.
Namun beliau ditawarkan setahun lagi yang sepatutnya berakahir pada Januari 2009, lebih kurang enam bulan dari umur persaraan wajib, iaitu 58 tahun. Selepas menamatkan perkhidmatan sambungan kali kedua pada Januari 2009, beliau telah ditawarkan sekali lagi sehinggalah 1 September 2009. Sekarang beliau bercuti peralihan selama 5 bulan sehingga 31 Januari 2010. Secara keseluruhan, Jen. Aziz Zainal berkhidmat sebagai Panglima Angkatan Tentera selama 2 tahun 6 bulan. Agak menghairankan Kementerian Pertahanan boleh mengumumkan penyerahan tugas Jen. Abd Aziz kepada Panglima Angkatan Tentera yang baru sebelum Majlis Angkatan Tentera bersidang. Berdasarkan kepada kelaziman, Majlis Angkatan Tentera akan bersidang tentang pelantikan Panglima Angkatan Tentera yang baru dan memerlukan perkenan Yang Di Pertuan Agong sebelum sebarang pengumuman secara rasmi dibuat, dan selalunya ia mengambil masa yang lama.
Menteri Pertahanan, Ahmad Zahid Hamidi dalam satu kenyataan mengumumkan Panglima Tentera Udara Tan Sri Azizan Ariffin sebagai Panglima Angkatan Tentera yang baru.Jeneral Abd Aziz dinaikkan ke pangkat tertinggi ATM ketika Datuk Seri ( kini Tun ) Abdullah Ahmad Badawi menjadi Perdana Menteri.
Sebelum "pengunduran senyap' beliau, perhidmatan adik beliau , Datuk Kamarulzaman Zainal sebagai pengarah kumpulan berita ehwal semasa Media Prima Berhad-TV3 ditamatkan awal iaitu sebelum had tempoh kontrak."Persaraan" awal Kamarulzaman dikuat kuasakan sebaik sahaja Datuk Seri Najib razak menjadi Perdana Menteri.Sebelum bertugas di Media Prima Kamarulzaman ialah setiausaha akhbar Abdullah Ahmad Badawi. -TVA

Tiada ulasan:

Catat Ulasan