Mohd Saiful Bukhari Azlan bertindak menghina mahkamah apabila membuat tuduhan kononnya sistem perundangan negara memihak mantan timbalan perdana menteri itu, kata peguam Anwar Ibrahim. Dalam blognya, Saiful merungut kerana Mahkamah Tinggi membenarkan Anwar mengemukan beberapa permohonan, antaranya bagi mendesak pihak pendakwaraya menyerahkan bukti untuk membolehkan Anwar menyediakan pembelaannya.
Sebagaimana yang dijangka Utusan Malaysia tajaan Umno memberi liputan meluas kepada tulisan Saiful dalam blognya itu. Peguam Sankara Nair berkata Utusan dan Saiful sengaja mengenepikan hakikat bahawa tuduhan liwat yang dibawa terhadap Anwar adalah “karut” dan tanpa bukti. Beliau berkata Anwar tidak ada pilihan kecuali membuat pelbagai permohonan yang difikirkan wajar bagi membela diri kerana ia termaktub dalam prinsip undang-undang negara.
“Apa yang dikatakan tidak benar kerana seseorang yang telah dituduh patut diberi apa-apa dan sebanyak boleh ruang untuk membela diri termasuk untuk membuat segala-gala permohonan yang wajar dan patut untuk membela diri," katanya.Beliau berkata segala tindakan yang diambil oleh Anwar adalah mengikut “prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel.”
“Ini adalah hak asasi tertuduh. Saiful boleh mendakwa kononnya haknya dicabul, tetapi hakikat dalam kes ini ialah hak orang yang tertuduh lebih tercabul. Ini adalah prinsip undang-undang di negara kita dan Komanwel,” katanya kepada TV Antara.
Sankara berkata Saiful menghina mahkamah apabila membantah keputusan mahkamah membenarkan Anwar mengemukakan permohonan bersabit kers itu. “Apa yang dia katakan atau komen di blog sebagai peguam kita anggap seolah-olahnya menghina mahkamah. Dia kata mahkamah telah memberikan ruang,seolah-olah mahkamah salah untuk berbuat demikian. Itu menghina mahkamah," katanya.
Sankara turut membidas kenyataan bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim bahawa permohonan yang dibuat Anwar seolah-olah satu strategi untuk melengahkan perbicaraan.“Kalau dia berkata begitu pertama sekali kita hendak bertanya siapa yang memberi nasihat kepada dia? Adakah dia itu seorang yang beramalan dalam undang-undang untuk membuat kenyataan begitu. “Sebab hak asasi adalah berdasarkan hak-hak yang diberi kepada tertuduh yang telah dijamin oleh undang-undang. Saya pun kurang faham bagaimana mereka mentafsir sesuatu perkara,” kata Sankara.
Anwar dituduh kononnya meliwat Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun tahun lalu. Tuduhan itu dilihat banyak pihak sebagai mencurigakan kerana laporan tiga pakar Hospital Kuala Lumpur dan doktor Hospital Pusarawi mendapati tidak ada bukti klinikal menunjukkan Saiful mangsa liwat.
Saiful membuat tuduhan itu beberapa hari selepas berjumpa dengan Presiden Umno, Najib Razak ketika parti itu sedang cuba menundukkan Anwar pada pilihanraya kecil Permatang Pauh.Pertuduhan kali kedua itu, sebagaimana pertuduhan kali pertama ditolak oleh rakyat. Anwar menang kerusi Parlimen Permatang Pauh dengan majoriti lebih besar dan diangkat sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan