klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 2 Oktober 2009

Shahruddin Dipecat Jika Tanding Bebas

Parti Keadilan Rakyat (PKR) akan memecat Anggota Jawatankuasa PKR Bahagian Telok Kemang, Shahruddin Abdul Hamid sekiranya bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Pinang 11 Okt depan.Pengarah Pilihan Raya Pusat PKR Saifudin Nasution Ismail berkata bagaimanapun siasatan status keanggotaan ahli itu akan dibuat terlebih dahulu sekiranya hasrat untuk bertanding menjadi kenyataan pada hari penamaan calon 3 Okt ini."PKR ada keadah-kaedah tertentu dan jikalau sabit untuk bertanding melibatkan pelanggaran disiplin parti akan diambil tindakan," katanya mengulas hasrat Shahruddin untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil itu nanti.
Semalam, Shahruddin mengumumkan bahawa beliau akan tetap meneruskan hasrat untuk bertanding sebagai calon bebas pada pilihan raya kecil Bagan Pinang.Shahruddin, 52, berkata matlamatnya adalah untuk menyampaikan hasrat dan visi pembangunan komprehensif di daerah Port Dickson sebagaimana yang diharapkan oleh rakyat kawasan itu.
Beliau juga sedia keluar PKR dan meletak jawatan sebagai anggota jawatankuasa PKR bahagian sekiranya keputusan itu dikehendaki oleh pengundi di kawasan terbabit.Saifudin berkata PKR telah membuat pendirian untuk menyokong calon PAS yang bertanding mewakili parti Pakatan pada pilihan raya kecil itu."Sekiranya apa yang diwar-warkan itu benar dan calon itu (Shahruddin) ahli PKR, kami tidak teragak-agak mengenakan tindakan mengikut kaedah yang ditetapkan," katanya. -Bernama

Tiada ulasan:

Catat Ulasan