dikemaskini 4pm Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini. Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat. ![]() Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir. Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri. Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob. Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir. Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat
Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail. Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir. Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir. Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut. Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.
Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu. Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu. Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya. Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar. Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.
Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut. Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut. Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian. Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya. Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut. |
Rabu, 20 Januari 2010
SPRM serbu pejabat exco Selangor
TANGGUH LAGI !
| Keputusan rayuan Anwar 29 Jan, bicara kes liwat 2 Feb |
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (bawah) untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.
Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Selepas mempertimbangkan hujah, kami tidak dapat memberikan keputusan, petang ini," kata Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria. Beliau mengetuai panel tiga hakim mahkamah persekutuan yang juga dianggotai oleh Md Raus Sharif dan Abdull Hamid Embong. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan. |
Isnin, 18 Januari 2010
Laporan Polis Terhadap Penyebaran Risalah Fitnah oleh Keadilan Bayan Baru
Petang tadi ( 17 Jan 2010 ) , seramai 20 orang Ajk PKR cabang Bayan Baru bersama AMK cabang Bayan Baru telah membuat 1 laporan polis berkenaan penyebaran risalah yang mengandungi fitnah terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Laporan tersebut telah dibuat oleh Setiausaha PKR cabang Bayan Baru sdr Idriss Hassan bersama Bendahari Cabang Bayan Baru Sdr Zikri Fadhil
Antara butir-butir laporan.
Pada 17 hb Jan 2010 kira-kira jam 0900 hrs saya dihubungi oleh beberapa rakan dari Bayan Baru memaklumkan terdapat penyebaran risalah yang berniat jahat di kawasan mereka. Mereka telah menunjukkan risalah tersebut kepada saya.
Risalah itu mengandungi fitnah dan berunsur jahat terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Risalah tersebut juga berunsur menghasut dan berunsurkan perkauman. Kononnya Parti Keadilan Rakyat dan Pimpinan melayu dalam Parti Keadilan memainkan peranan agar tabika KEMAS yang terletak bersebelahan dengan Surau Bayan Baru ditutup. Sepanjang pengetahuan pihak saya arahan penutupan dikeluarkan oleh pihak pengurusan surau dan tanpa melibatkan campur tangan mana-mana badan atau pertubuhan politik.
Saya meminta pihak polis untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas kepada penyebar risalah tersebut kerana ia menjejaskan nama baik pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan nama baik Parti Keadilan Rakyat.
Sekian Laporan saya.
KENYATAAN MEDIA
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Cabang Bayan Baru
– 17 Jan 2010
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal dengan penyebaran risalah berunsur fitnah yang dihantar kepada penduduk di sekitar Bayan Baru.
Penyebaran risalah yang berniat jahat ini dilakukan oleh mereka yang bangkrup idea dan isu. Isu berkaitan penutupan Tabika KEMAS Bayan Baru merupakan isu yang hanya melibatkan pihak pengurusan Surau Bayan Baru dan pengurusan KEMAS.
Parti Keadilan Cabang Bayan Baru menegaskan disini yang pihak cabang mahupun pimpinan parti dari tidak terlibat dalam isu ini. Permainan oleh pihak berkepentingan yang mengunakan isu perkauman dan isu berkaitan sensitiviti agama amat dikesali. Jelas sekali risalah ini diedarkan untuk memburukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru khasnya dan pimpinan Parti Keadilan Rayat Pulau Pinang amnya.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mengesa agar pihak polis dengan segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.
Sekian
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru
adus penatnya... baru sampai daripada kuantan
Ahad, 17 Januari 2010
suarajohoronline:pentas pemuda pr di benut johor berjaya.html
Pentas Pemuda PR di Benut,Johor Berjaya.....!!!
Mr 1 Malaysia Prime Minister (An Open Letter)
JAN 16— May I take this opportunity to remind you that you have called yourself the 1 Malaysia Prime Minister. I have no qualms in admitting that it’s a good slogan. To be frank I thought it was almost a perfect one.
Partisan sentiment aside, no one in his or her right frame of mind should ever entertain the idea to reject it. But beyond rhetoric, you have now turned into an exact anti-thesis of anything except 1 Malaysia. That has become very distressing and indeed extremely deplorable.
It would be very mean and unfair, to remind that you are the only Prime Minister in our political history that came into office carrying a huge political baggage that might have disqualified you and derailed your dream of becoming the Right Honourable PM. Despite the onerous odds, you escaped and scraped through.
Mind you, those nightmares may have faded for now but much as you wish, it could not be buried forever.
But you had all the chance to put right all the many wrongs of your own or party’s ‘sins of omission and commissions’. It has been nearly nine months since you took the helm, the nation is wary and everyone is asking, where is the 1 Malaysia?
You should not need reminding that rhetoric without substance breeds contempt and distrust. You are dangerously treading the path of your immediate predecessor.
Much worse, you are now perceived as even weaker and perpetuating the legacy of lost opportunity by your unending flip-flopping in the typical fashion of the party you now lead.
What is ailing you Mr PM?
Did you not have the chance to correct the many years of BN’s usurpation of contractual rights of the people of Kelantan by negating the agreement between the Kelantan government and Petronas? Yet you didn’t!
The people of Sabah and Sarawak now wonder if the corresponding ‘Vesting Deed’ by which they vested all their rights in their petroleum resources to Petronas will remain in force, once a regime change happens in East Malaysia.
You betray a very poor understanding of the ‘sanctity of contract’ and the practice of Federalism. Against this political decision, your continuous sloganeering of 1 Malaysia seems shallow and remotely caring.
Did you not have the chance to equally denounce and revamp the BTN’s overly ‘racist-indoctrination-pro
Did you not witness for yourself how ‘lawlessness’ in the judiciary has become the norm and the nation is fast regressing into Uganda and Zimbabwe? Constant overturning of judgments by superior courts smacked of unending Executive interference.
Did you not have the chance to clean-up the rot in the Judiciary after the ceaseless assault by the Executive? You had the chance but you didn’t!
You liberalised the service sector to provide the nation a chance to rekindle our nation’s competitiveness. It was quite commendable. You equally had the chance to prevent and pluck all holes of leakages by stopping abuse of power, corruption and cronyism to truly boost our competitiveness. Oddly, why didn’t you! Your selective amnesia seems baffling.
Matrade convention contract award stood as a landmark testimony to all your performance-first empty-rhetoric. Apprehending small fries in the PKFZ-mother-of-all-scandal
Now you have the chance to evade the looming battle on the usage of the name of “Allah” by adherents of other faiths. Very regrettably you don’t until it now has escalated to arson attack on 10 places of worships of the Christians and Sikhs?
Quite on the contrary, and to everyone’s surprise, you consented to a demonstration by a deluge of disgruntled protestors to vent their anger and worse still, in mosques.
By so doing you are stoking flames of religious dissension and apparently condoning hard-liner’s stance. Isn’t this a great disservice to Islam? Isn’t this a great disservice to Allah? You have in fact fuelled the fire of religious bigotry.
You have very irresponsibly opened that flood-gates and set the nation on a path of self-destruction. Isn’t this diametrically opposed to your rhetoric of 1 Malaysia?
Were you totally oblivious of the far reaching ramifications of your action? Were you not aware of encouraging intimidation and violence as means to resolve religious differences in our truly plural society? Perhaps you were not. That’s bad news for 1 Malaysia.
Finally, who are you really afraid of? Are we to understand that you are after all afraid of the party that you now lead? Are you really in control? Didn’t Pak Lah have all the good intention of putting the two decades of Tun M’s misdoings and failed for the same reason?
Are we witnessing a failing 1 Malaysia Mr PM?
*Dr Dzulkefly Ahmad, Member of the Malaysian Parliament, Kuala Selangor and Member of the PAS Central Working Committee.
*The views written here are the personal opinion of the colum
siri ceramah Justice For Anwar di Tasek Gelugor , Pulau Pinang
GIVE US THE WHOLE TRUTH, YBK: STATE GOVERNMENT
PRESS STATEMENT
JANUARY 15, 2010
GIVE US THE WHOLE TRUTH, YBK: STATE GOVERNMENT
SHAH ALAM: The Selangor Government calls on Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) to tell the public on all the fund and resources that it has received from the state since its inception.
The financial reports of YBK which was posted on its official website do not truly reflect the extent of the support that the state has given to the organization.
“We are aware of the financial reports posted on the website. But they have no details on the assets and fund given to it by the state. That is why we want it to be analysed and re-stated,” said Selangor Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.
The Menteri Besar noted that none of the reports had mentioned the the 1,300-acre plot of land in Serendah which is worth at least RM78 million (computed at RM60,000 per acre). “The land is a valuable award to the YBK but it was not mentioned in the accounts. This is just one example. So we call on YBK to be transparent and provide the whole truth.”
He also pointed out that YBK has not paid a single sen for the land since 2001 and it has not made any attempt to do so. It had only approached the state when it wanted to covert the status of the land from agriculture to that to residential and commercial.
Upon conversion, the land will be valued at least RM540 million (computed at RM10 per square foot). “For a land that is worth so much, it is quite unnatural for the state not to be concerned. The previous administration may not be concerned but Pakatan Rakyat cannot turn its back on the issue because it is responsible to every single sen of the rakyat’s money,” said Tan Sri Khalid.
He said as the people’s trustee to the state’s wealth and fund, the State Government must not only be transparent and accountable but also ensure that all decision and actions are beneficial to the people in line with its “Merakyatkan Ekonomi Selangor” policy.
The Menteri Besar also reiterated the state’s plan to issue a “white paper” detailing funds and resources it has provided to YBK in the past years.
The State Government had earlier requested for YBK to appoint the Selangor Menteri Besar as its chairman while the State’s EXCO for welfare be a trustee of the foundation, along with two other state government representatives. However, YBK has protested against the requests.
PRESS SECRETARIAT
SELANGOR MENTERI BESAR OFFICE
Khamis, 14 Januari 2010
BAYARAN NAFKAH : LAKSANA PENGUATKUASAAN UNDANG-UNDANG TERHADAP BEKAS SUAMI
Qazaf: Mahkamah dengar bantahan 17 Feb
Mahkamah Tinggi Syariah Wilayah Persekutuan hari ini menetapkan 17 Februari depan untuk mendengar bantahan awal tiga responden berkaitan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk mendakwa bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan atas kesalahan qazaf atau tuduhan palsu berhubung kes liwat yang dihadapinya.
Hakim Mohd Shukor Sabudin menetapkan demikian selepas peguam responden, Zainul Rijal Abu Bakar meminta satu tarikh lain ditetapkan untuk memfailkan bantahan awal mereka. Bantahan awal itu, katanya, adalah berasaskan tiga alasan: 1. Bidang kuasa mahkamah untuk mendengar perkara itu. 2. Prosedur permohonan tidak dipatuhi. 3. Status Zulkifli Noordin sebagai peguam yang mewakili Anwar kerana berlaku percanggahan kepentingan dan pelanggaran etika amalan Syariah. Tiga orang responden yang dinamakan dalam permohonannya Anwar ialah ketua pendakwa syarie, Shamsuddin Hussain; pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Datuk Che Mat Che Ali dan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Jamil Khir Baharom. Anwar memfailkan permohonan qazaf itu pada 9 Julai 2008 di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan terhadap Mohd Saiful yang didakwa membuat "tuduhan palsu terhadapnya". Ketiga-tiga responden tersebut dinamakan dalam permohonan Anwar kepada Mahkamah Syariah Tinggi Kuala Lumpur untuk mendapatkan perintah dan relif supaya mahkamah mendakwa Mohd Saiful atas kesalahan qazaf di bawah Seksyen 41, Akta Jenayah Syariah 1997 dan/atau hukum Syarak dalam tempoh 14 hari dari tarikh perintah mahkamah.Anwar, 62, berdepan dengan perbicaraan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur terhadap tuduhan meliwat Mohd Saiful, 24, di sebuah kondominium di Bukit Damansara pada 26 Jun 2008. Anwar juga memohon mahkamah memastikan agar responden kedua dan ketiga, tidak menghalang dan/atau mempengaruhi responden pertama daripada menjalankan tugas dan tanggungjawabnya dalam pendakwaan terhadap Mohd Saiful. Selain itu, Anwar juga meminta supaya kos permohonan dijadikan kos dalam kausa; relif-relif lain yang mahkamah fikirkan perlu; dan kegagalan mematuhi perintah mahkamah boleh dikenakan tindakan penghinaan mahkamah. |
WALAU DIASAK TGNA TETAP COOL !
Rabu, 13 Januari 2010
1 MALAYSIA JADI 'BENGGONG' DENGAN CADANGAN LAWAK MENTERI PERDAGANGAN DALAM NEGERI, KOPERASI & KEPENGGUNAAN
| Susbsidi petrol belum muktamad: Menteri |
| Cadangan pemberian subsidi petrol berdasarkan kapasiti enjin dan jeniskenderaan Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kerajaan perlu melihat perkara itu dalam semua aspek bagi memastikan tidak ada pihak yang teraniaya. "Daripada segi perincian kita akan umumkan kemudian kerana sekarang sistem tersebut masih dalam proses pengemaskinian, jadi soal siapa yang dapat, bagaimana pengiraan, akan diumumkan kemudian," katanya kepada pemberita selepas taklimat bersama Pemuda, Wanita dan Puteri Umno berhubung pemberian subsidi gula di Kuala Lumpur semalam. - malaysiakini |
HARGA BARANG NAIK: KERAJAAN BARISAN NASIONAL GAGAL JAGA KEBAJIKAN RAKYAT
KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK
KENYATAAN MEDIA
12 JANUARI 2010
KERAJAAN NEGERI MAHU LAPORAN AUDIT KEWANGAN YBK
Kerajaan Negeri Selangor menyeru kepada Yayasan Basmi Kemiskinan (YBK) untuk membuat laporan audit yang memperincikan perjalanan kewangan dan pentadbiran harta yang telah diberikan untuk menjalankan program membasmi kemiskinan.
Mengikut pemantauan Kerajaan Negeri, YBK tidak pernah mengeluarkan laporan audit berkenaan akaun kewangan dan urusan pentadbiran selama lima tahun ini dan bagaimana duit serta harta yang diperuntukkan untuk program membasmi kemiskinan dijalankan.
Kerajaan Negeri bersedia memberi peruntukan supaya laporan audit dapat dibuat dengan segera memandangkan harta dan bantuan kewangan bernilai ratusan juta ringgit telah diberikan kepada YBK.
Kerajaan Negeri berharap semua badan bukan kerajaan (NGO) menyokong usaha ini bagi memastikan YBK menjalankan programnya dengan lebih telus dan bertanggungjawab supaya program yang rencanakan boleh memberi manfaat kepada golongan miskin.
Perkara ini mungkin tidak timbul dahulu kerana pentadbiran terdahulu dibawah Kerajaan Barisan Nasional tidak memberi keutamaan kepada ketelusan dan kebertanggungjawaban sehingga ada aduan yang mengatakan program YBK berbaur kepentingan politik dan tidak berlandaskan keperluan atau kemiskinan.
Oleh itu, Kerajaan Pakatan Rakyat sekarang berusaha supaya program membasmi kemiskinan oleh YBK dijalankan dengan baik agar ianya dapat memberi manfaat kepada semua orang tanpa mengira kaum, agama atau sentimen politik.
Atas sebab itulah pada 20 Oktober lalu, Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah membuat keputusan untuk melantik Menteri Besar Selangor sebagai pengerusi YBK sementara Exco Kebajikan sebagai anggota lembaga.
Kami tidak menolak kemungkinan perkara ini dibangkitkan sekarang kerana sesetengah pihak yang berkepentingan khuatir pengambilalihan ini akan merugikan mereka. Walaubagaimanapun, Kerajaan Negeri tetap dengan pendirian supaya nasib semua rakyat miskin akan terbela.








