


Baru-baru ini kita digemparkan dengan tindakan fitnah DS Najib terhadap DS Anwar Ibrahim yang cuba mengaitkan hubungan dengan penganas sepertimana yang dilaporkan dalam Laporan CNN oleh Nic Robertson iaitu 'Saudi discover new funding channels for Taliban, al-Qaeda'. Sehingga DS Hisamuddin Hussein telah mengarahkan pihak polis menyiasat DS Anwar Ibrahim yang konon cuba dikaitkan dengan penganas . Akhirnya gagal apabila pihak CNN telah melaporkan bahawa laporan DS Anwar bersih daripada tuduhan dan tiada bukti .
Gagal dengan perancangan tersebut , tiba-tiba muncul tindakan Ketua Wira PERKASA Armand Abu Hanifa membuat laporan polis bagi mendesak Pejabat Peguam Negara menarik kembali pasport antarabangsa milik DS Anwar Ibrahim kerana beliau mendapat maklumat DS Anwar sedang mengatur perancangan tersusun untuk mendapatkan suaka politik di luar negara . Serta merancang meniru ala Thaksin Sinawarta yang melarikan diri ke luar negara dan mengatur rusuhan ( civil disobedience ) seperti rusuhan ' baju merah ' di Bangkok . Malah juga menuduh DS Anwar terhadap cubaan membangkitkan kemarahan rakyat melalui satu kemalangan jalanraya .

Ini seolah-olah memberikan gambaran bahawa setiap tindakan yang melibatkan tangkapan ISA tidak melibatkan Perdana Menteri . Semua ini adalah tindakan polis dan bukan dicampuri oleh politik . Bermakna sekiranya berlaku siri tangkapan ISA ala Operasi lalang atau Operasi Lalang 2 bermakna tidak perlu menyalahkan DS Najib Razak kerana bukan arahan atau tidak melibatkan keputusan beliau .
Mereka boleh buat dan mereka apa pun jua tuduhan agar menghalalkan tindakan untuk menangkap atau menahan sesiapa yang dilIhat berpotensi menjana pergerakan massa terutama pimpinan parti-parti politik . Ketakutan Rejim Najib - Rosmah tidak dapat dibendung lagi !
Tiada ulasan:
Catat Ulasan