klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Jumaat, 25 Februari 2011

KENYATAAN BODOH SEORANG KETUA MENTERI

ali rustam interview 281008 02KM: M'sia senasib dengan Mesir jika diperintah PAS

Malaysia dijangka menerima nasib seperti Mesir yang dilanda rusuhan baru-baru ini jika PAS memerintah negara ini, kata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Mohd Rustam.

Beliau berkata ini kerana parti tersebut gemar menggunakan pendekatan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu yang bukan saja tidak membawa kebaikan kepada rakyat malah turut memburukkan keadaan. - Malaysiakini



Ketua Menteri Melaka , Datuk Seri Mohd. Ali Ketam telah mengeluarkan kenyataan bodoh apabila mengaitkan apa yang berlaku di Mesir akan dilakukan oleh PAS jika mememerintah Malaysia . Kenyataan tersebut adalah satu kenyataan bohong dan melampau dengan memberikan tuduhan bahawa PAS akan menjadikan demonstrasi dalam menangani sesuatu isu .

Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang pernah terpalit dengan amalan jijik rasuah atau politik wang dalam pemilihan UMNO yang lalu , ternyata secara tidak langsung mengutuk gerakan rakyat yang telah menjatuhkan Rejim Diktator Husni Mubarak yang telah ditekan dan dizalimi selama 30 tahun dengan mengadakan perhimpunan atau demonstrasi .

Kenyataan DS Mohd Ali Rustam tersebut ternyata bersifat menghasut dan memfitnah terhadap PAS yang selama ini terbukti menjalankan pentadbiran dengan telus , profesional dan cemerlang di negeri-negeri PR yang dipimpin oleh PAS bersama PKR dan DAP seperti Kelantan dan Kedah serta yang pernah dipimpin oleh PAS/ BA seperti negeri Terengganu .

Malah negeri-negeri PAS/PR terus mengamalkan pengurusan negeri dengan baik malah telah mendapat pujian daripada Ketua Audit Negara . Contoh negeri Kedah , laporan Ketua Audit Negara 2010 mendapati peningkatan yang diperolehi daripada anak syarikat ini ialah 100% berbanding 0% sewaktu diperintah oleh Kerajaan UMNO/BN iaitu telah memperolehi RM15.17 juta berbanding RM 0 untuk tahun 2008. Pendapatan daripada premium hutan ialah pendapatan melonjak 205% iaitu RM 9.21 juta meningkat sehingga RM 28 .14 juta. Ini menjadikan peningkatan adalah sebanyak 258.8 % bagi tahun 2009 berbanding 2007.

Adakah PAS dan PR memerintah dengan demonstrasi ? Ketelusan dan menjaga amanah rakyat kerajaan PR yang dipimpin oleh PAS/PR telah mampu meningkatkan pembangunan rohani dan fizikal secara kolektif sehingga mampu menjana peningkatan ekonomi dan pendapatan negeri berbanding pemerintahan Kerajaan UMNO / BN yang penuh dengan korupsi dan penyelewengan .

Sudah pasti negeri-negeri yang dipimpin oleh PAS/PR tidak akan mampu menjana ekonomi dan pendapatan negeri dengan baik , sepertimana tuduhan melulu yang di buat oleh DS Mohd. Ali Rustam . Ternyata kenyataan " peminat nombor wahid " Datuk Shah Rukh Khan ini adalah pembohong dan berniat jahat .

Kecemerlangan dan kehebatan TG Nik Aziz Nik Mat dalam mengurus negeri Kelantan sebagai Menteri Besar tidak dapat dinafikan dan mampu bertahan sehingga sekarang , walaupun menghadapi pelbagai kengkangan serta tekanan daripada kerajaan persekutuan .

Sehingga hari ini Ketua Menteri Melaka masih gagal menjelaskan kepada rakyat tentang laporan Ketua Audit Negara 2009. Sedangkan rakyat tahu banyak penyelewengan yang berlaku , antaranya penyelenggaraan kereta Jabatan Ketua Menteri. Contohnya kereta Perdana MQ1 perbelanjaannya ratusan ribu !

Malah Kerajaan negeri PR telah membuktikan kemampuan dan kejayaan dalam mengurustadbir negeri lebih baik berbanding kerajaan negeri yang dipimpin oleh UMNO / BN . Kita mengambil contoh kebijakan pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang harus menjadi teladan bukan sahaja kepada Kerajaan Negeri Melaka, malah semua Kerajaan Negeri dalam Persekutuan di mana jumlah dividen dan keuntungan mencatatkan angka tertinggi sejak tahun 2005. Sila rujuk jadual yang dipetik daripada Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 28).

Pelaburan Kerajaan Negeri Pulau Pinang

Kerajaan Negeri Melaka yang dipimpin oleh DS Mohd. Ali Rustam pula mencatatkan pencapaian yang sebaliknya. Semakin besar pelaburan yang dibuat olehnya, belum tentu lagi pulangan faedahnya lumayan. Fakta ini terkandung dalam Laporan Ketua Audit Negara 2009 (m.s 32)

Pelaburan Kerajaan Negeri Melaka

Justeru kenyataan yang dibuat oleh DS Mohd. Ali Rustam benar-benar dangkal dan bodoh seolah-olah negeri yang dipimpin ioleh UMNO/BN adalah lebih baik , malah mengalami defisit dan mengharapkan kepada Kerajaan Persekutuan membantu , sedangkan amalan pembaziran dan penyelewengan bermaharajalela .

Adakah ada rekod kerajaan negeri yang dipimpin PAS telah mengamalkan demonstrasi dalam tadbirurus mereka sepertimana yang didakwa oleh DS Mohd. Ali Rustam ? Secara nyata dakwaan yang tidak berasas tersebut yang datangnya daripada seorang perasuah adalah bertujuan memesongkan pemikiran rakyat terutama dalam suasana PRK Merlimau . Rakyat Merlimau khususnya perlu menolak kenyataan pembohong yang bernama DS Mohd. Ali Rustam dan menyokong PAS bagi mewakili PR .

Rakyat di negeri-negeri yang diperintah oleh PR termasuk Kelantan dan Kedah oleh pimpinan PAS hidup dalam aman , damai , harmoni dan sejahtera .

Yang pasti rakyat akan bangkit , "bangun dan lawan" sepertimana rakyat Mesir apabila sudah tidak mampu untuk membendung kezaliman , penginayaan , penyelewengan , rasuah , ketirisan , kebocoran dan pelbagai kebejatan yang dilakukan oleh UMNO/BN !

Tiada ulasan:

Catat Ulasan