“Sebenarnya apa yang saya lihat ialah ketakutan dia (Mahathir) terhadap perubahan kerana kezaliman yang berlaku semasa pemerintahannya seperti yang didedahkan dalam buku Barry Wain: Malaysia Maverick. Beliau menghabiskan RM100 bilion lebih (duit rakyat), kata Anwar.
"Mahathir juga mahu menjamin masa depan anaknya seperti yang dilakukan oleh Hosni Mubarak terhadap anaknya Kamal. Dia mahu menjamin anaknya dalam golongan terulung di negara. Ini yang menjadi pertimbangan dia," Anwar memberitahu TVSelangor.
Dalam buku mengenai kisah hidupnya itu, Mahathir sekali lagi mengulangi dakwaan fitnah perlakuan moral Anwar.
Tuduhan-tuduhan itu sering diulangi oleh Mahathir sebagai alasan beliau memecat Anwar daripada kerajaan dan Umno pada tahun 1998, malah diperhebatkan setelah Mahathir berundur sebagai Perdana Menteri pada tahun 2003.
Kini anaknya Mukriz, walaupun kalah dalam saingan menjadi Ketua Pemuda Umno, dilantik menjadi Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri selain Pengerusi Umno Kedah.
Pemerhati politik menyifatkan Mahathir sebagai mempunyai agenda tersendiri untuk menghakis pengaruh Anwar dan Pakatan Rakyat demi menjamin kelangsungan Umno dengan Mukriz diasuh untuk kedudukan lebih tinggi dalam parti itu.
Anwar menegaskan beliau tidak terkejut dengan pusingan terbaru tuduhan liar oleh Mahathir dan menegaskan bahawa masyarakat celik terhadap motif Mahathir untuk terus menyerang beliau.
Anwar berkata pembohongan Mahathir terserlah dalam buku Doktor Dalam Rumah, khususnya apabila mendakwa beliau (Anwar) tidak menafikan tuduhan liwat terhadapnya apabila perkara itu dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tertinggi Umno sebelum dia di pecat dari parti.
"Nyata satu lagi pembohongan jahat ialah Mahathir mendakwa kononnya saya mengaku (tuduhan) dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno. Saya tidak akan terkejut sekiranya kuncu-kuncu Umno akan mengesahkan (demikian),” kata Anwar.
"Tetapi kita ada rakaman mesyuarat itu. Sepertimana yang saya ingat, perjalanan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno itu telah bocor dan tidak ada sama sekali pengakuan saya kononnya mengesahkan tuduhan.” kata Anwar.
Meskipun sering mendakwa Anwar kononnya mengamalkan seks liar, Mahathir tidak sekali pun menghadirkan diri di mahkamah untuk memberi keterangan pada perbicaraan Anwar tahun 1998, walaupun atas desakan peguambela mantan Timbalan Perdana Menteri itu.
Sebaliknya Mahathir memilih untuk terus melontarkan tuduhan-tuduhan liar itu di luar mahkamah, dan di atas takthanya sebagai Perdana Menteri ketika itu.
Selepas berundur dari jawatan itu, Mahathir meneruskan serangan ke atas Anwar dengan sokongan pemimpin-pemimpin Umno yang melihat Ketua Pembangkang itu sebagai musuh utama parti mereka yang harus ditumpaskan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan