Selasa, 26 Januari 2010
AMK SELANGOR KE SPRM SELANGOR HANTAR LAPORAN LAWATAN KE DISNEYLAND KHIR TOYO BERJUMLAH RM1.6 JUTA




hai big mama rosmah ! suke benor peluk-peluk ni!
Siapa pula yang Datin Seri peluk kali ini?
GASAK SPRM SELANGOR !!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Isnin, 25 Januari 2010
Hasmuzir ( Jak ) ditahan sewaktu edar risalah qazaf

ISU ALLAH DARI PERSPEKTIF LAIN
Oleh Dr Syed Husin Ali
Seperti yang kita ketahui, kontroversi yang berlaku berpunca dari syarat yang dikenakan olehKementerian Dalam Negeri ke atas akhbar Herald, yang dikendalikan oleh sekumpulan Katolik. Dalam permit yang dikeluarkannya, KDN melarang akhbar itu menggunakan perkataan Allah.
Pihak Herald membawa larangan ini ke mahkamah dan berjaya mendapat kemenangan. Keputusan mahkamah menimbulkan rasa bimbang dan marah di kalangan ramai Muslim. Memang tidak boleh dinafikan bahawa sikap dan pendirian sebahagian mereka ikhlas, berhemah dan tulen.
Mengambil Kesempatan
Maslahnya, kemarahan dan kebimbangan orang ramai ini diambil kesempatan oleh pihak-pihak tertentu, termasuk pemimpin-pemimpin besar Umno. Mereka melihat isu ini boleh diperalatkan untuk melemahkan Pakatan Rakyat dan mendapatkan bagi mereka sokongan dari orang (atau pengundi) Melayu.
Juga, para pemimpin Umno merasakan bahawa pelbagai matlamat lain boleh dicapai jika isu Allah ini mereka tangani dengan baik. Seorang menteri kanan Umno sungguh-sungguh yakin isu ini boleh meretakkan jikalau tidak memecahkan hubungan antara PAS dengan DAP dan menamatkan sejarah Pakatan Rakyat.
Selain itu, pimpinan tertinggi Umno melihat dengan memperalatkan isu ini mereka boleh menggerakkan sokongan golongan Melyu/Muslim dari semua peringkat. Mereka tahu isu ini dianggap dekat dengan hati orang Melayu/Muslim dan berharap akan tenggelamkan isu-isu seperti korupsi, salahguna kuasa, kehilangan enjen jet dan pembunuhan Altantuya.
Apabila Menteri membuat rayuan terhadap keputusan mahkamah dan Perdana Menteri membenarkan demosnstrasi, isu ini menjadi lebih besar dari yang sepatutnya. Masyarakat Muslim semakin marah. Tindakan-tindakan extremis tidak dapat dikawal lagi.
Keputusan mahkamah hanya memberi kebenaran kepada Herald saja untuk menggunakan kalimah Allah. Malagnya ia dianggap boleh membuka jalan kepada seluruh masyarakat bukan Muslim – Kristian dan lain-lain – menggunakannya. Peluang untuk extremis memperalatkan isu ini semakin meluas.
Pemimpin-pemimpin Kerajaan bercakap tentang perlunya menghormati undang-undang. Kenapakah mereka tidak menghormati gazet yang mereka sendiri keluarkan? Kenapakah sebaliknya mereka perlu mengambil sikap dan tindakan yang dapat digunakan oleh segelintir extremis – termasuk dari Umno dan media perkauman sempit yang dikuasainya – untuk mengapi-apikan sentiment perkauman dan agama di kalangan rakyat?
Sikap dan tindakan tidak bertanggungjawab Menteri dan Perdana Menteri ini berjaya, buat sementara ini, menenggelamkan isu-isu yang menghantui mereka selama ini dan membantu mereka meraih sedikit sokongan dari masyarakat Muslim. Namun mereka gagal melemahkan apatah lagi menghancurkan Pakatan Rakyat.
Pendirian PAS dan KEADILAN
PAS telah mengambil pendirian berprinsip yang sama dengan KEADILAN bahawa tidak ada larangan bagi golongan bukan Muslim menggunakan kalimah Allah. Pada masa yang sama mereka mengingatkan supaya golongan Kristian tidak menyalahgunakan kebebasan ini untuk kepentingan sendiri. Anwar Ibrahim, sewaktu menemui pemimpin-pemimpin gereja telah menegaskan lagi perkara ini juga.
Pendirian PAS dan KEADILAN diterima baik oleh DAP serta golongan Kristian dan bukan Muslim yang lain. Pakatan Rakyat tidak berpecah dan akhirnya hancur, seperti yang diharapkan oleh para pemimpin Umno, bahkan terus kuat dan mantap.
Perdirian berprinsip kedua-dua parti ini berdasarkan beberapa faktor, antaranya: (i) Tiada hukum dalam Quran atau Hadith yang mengharamkan bukan Muslim mengguna kalimah Allah, (ii) sejarah penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim ini sudah lama berlaku, termasuk dalam zaman Nabi Muhammad (saw), dan (iii) kalimah ini luas digunakan oleh bukan Muslim di banyak kawasan termasuk di rantau ini, terutama Sabah dan Sarawak, dengan tidak menimbulkan apa-apa masalah.
Mereka yang tidak bersetuju mengemukakan hujah bahawa sungguhpun ada ayat-ayat yang tidak menegah tetapi ada juga nas-nas Quran yang dapat ditafsirkan sebagai melarang bukan Muslim menggunakan kalimah Allah itu. Mereka berkata Quran hendaklah dilihat secara keseluruhan.
Sejarah memang tidak dapat dinafikan. Akan tetapi mereka berpendapat bahawa walaupun kalimah itu digunakan oleh tempat-tempat lain, ia tidak sesuai diguna oleh masyarakat di sini. Mereka berhujah rumpun Melayu mempunyai pandangan yang berbeza dan tersendiri disebabkan oleh faktor seperti bahasa dan budaya.
Apakah yang dimaksudkan dengan rumpun Melayu itu? Dari segi sosio-budaya, masyarakat
Kenapakah kebebasan ini diperluaskan lagi ke Wilayah persekutuan dan Pulau Pulau Pinang, kerana kononnya bukan Muslim lebih ramai? Mengapa dua peraturan dalam satu
Hujjah Golongan Menentang
Hujjah (a) dengan sendiri tidak bererti apa-apa apabila tiada keputusan yang sama bagi seluruh
Mengenai hujah (b) pula, ini menunjukkan sesetengah orang Muslim tidak yakin kepada kekuatan iman sendiri. Memang benar ramai Muslim yang tidak kuat iman dan tidak dalam pemahaman serta pengetahuan mereka tentang Islam.
Mereka ini harus mempertingkatkan usaha dan jangan semata-mata menyalahkan pengembang agama lain yang lebih giat dan rajin. Jika mereka komited serta berusaha rajin, ada kemungkinan lebih ramai orang Kristian dan bukan Muslim lain akhirnya memeluk agama Islam pula.
Sebaliknya, dalam suasana kalimah Allah bebas dan luas digunakah, di Sabah dan
Tentang hujah (c) pula, memanglah menjadi tujuan mana-mana untuk mengembangkan pengaruhnya. Tetapi kita harus ingat di negara seperti
Tindakan Sepatutnya
Kenapakah di negara ini tiada usaha yang serius untuk mengukuhkan iman dan meningkatkan pengetahuan agama di kalangan masyarakat Muslim. Mengapakah lemah sekali usaha pendakwah Islam di kalangan Orang Asal, misalnya? Apa sebab Kerajaan tidak memberi bantuan lebih kepada pendidikan agama bahkan ada pula usaha hendak menutup sekolah agama? Mengapa Kerajaan tidak memberi lebih bantuan, terutama dalam bentuk kewangan, kepada pendakwah yang hendak mengembangkan Islam?
Sikap mereka yang benar-benar prihatin terhadap ketahanan dan perkembangan Islam bukanlah dengan menyalahkan golongan agama lain atau menyekat usaha-usaha mereka. Yang seharusnya mereka lakukan ialah berusaha dengan lebih kuat untuk berdakwah serta bertarbiah.
Mereka harus lebih giat menjalankan kerja-kerja kebajikan untuk rakyat. Mereka sepatutnya mendesak Kerajaan supaya memberi bantuan serta peruntukan lebih besar kepada pendakwah-pendakwah dan juga kepada pusat-pusat pendidikan Islam di semua peringkat. Umno yang mendakwa sebagai pejuang orang Melayu dan agama Islam jelas gagal melakukan semua ini.
Sebenarnya, walaupun sekiranya ada strategi dan agenda tertentu yang dirancangkan oleh pihak gerja atau kuil, misalnya, gerakan mereka pasti dibataskan oleh undang-undang. Sebabnya, Perlembagaan
Sabtu, 23 Januari 2010
PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN
KENYATAAN MEDIA
UNTUK EDARAN SEGERA
Tarikh: 23 Januari 2010
PERLANTIKAN PENGARAH PILIHANRAYA DAN KETUA BIRO LATIHAN
Mesyuarat Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pada 20hb Januari yang lalu telah membuat rombakan penting di dalam pimpinan tertinggi parti sebagai usaha memantapkan organisasi bagi menghadapi PRU 13 yang dijangka akan diadakan pada pertengahan tahun hadapan. YB Puan Fuziah Salleh, Ahli Parlimen Kuantan telah dilantik sebagai Pengarah Pilihanraya bagi menggantikan YB Tuan Saifuddin Nasution bin Ismail yang akan memegang jawatan Setiausaha Agung berkuatkuasa 1 Februari 2010.
Portfolio Ketua Biro Latihan yang sebelum ini di pegang oleh YB Puan Fuziah Salleh kini diamanahkan kepada Sdr Mustaffa Kamil Ayub yang juga adalah Ketua Biro Hal Ehwal Antarabangsa. KEADILAN percaya dengan rombakan ini persediaan awal dapat dilakukan bagi merealisasikan KEADILAN bertapak di Putrajaya.
WAN AZIZAH WAN ISMAIL
Presiden
Parti Keadilan Rakyat
Saya di kursus Master Trainer anjuran Akademi Keadilan ( aRk )
22 Januari 2010 - Saya hadir program " Islam & Democracy Dialogue" anjuran Merdeka Centre
Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar
Kenyataan Media
Angkatan Muda Keadilan Selangor
Parti Keadilan Rakyat
22hb Januari 2010
Mohd Faizal Baharuddin Adalah Ketua AMK Cabang Kuala Selangor Yang Sebenar
Angkatan Muda Keadilan Selangor menjelaskan bahawa Saudara Mohd Faizal Baharuddin adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan bukan Nizaruddin Darmawan seperti yang dilaporkan oleh media. Justeru Ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar dan sah iaitu Mohd Faizal Baharuddin tidak pernah sama sekali terlibat dalam komplot cubaan membubarkan Cabang PKR Kuala Selangor.
Oleh itu, dakwaan Ketua AMK Cabang Kuala Selangor meletak jawatan adalah tidak benar sama sekali. Mohd Faizal Baharuddin telah mengambil alih kepimpinan AMK Cabang Kuala Selangor melalui pemilihan semula mengikut perlembagaan yang ditetapkan selepas Nizaruddin Darmawan tidak aktif menggerakkan AMK Cabang Kuala Selangor sebelum dan selepas PRU-12. Malahan segala butir-butir maklumat pemilihan ini sudah dihantar laporannya malahan semasa Mesyuarat Agung AMK Cabang Kuala Selangor pada 2008,Mohd Faizal adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar yang dihadiri oleh semua AJK AMK Cabang Kuala Selangor bersama pemerhati daripada AMK Selangor dan Pusat.
Malahan mesyuarat Exco AMK Selangor , Mohd Faizal Baharuddin yang hadir untuk mesyuarat tersebut sejak daripada pemilihannya. Oleh itu, AMK Selangor menolak sama sekali dakwaan bahawa Nizaruddin Darmawan adalah ketua AMK Cabang Kuala Selangor yang sebenar.
Adalah dengan penjelasan media ini, maka sewajarnya semua pihak tidak terpengaruh dengan dakwaan bahawa ketua AMK Cabang Kuala Selangor telah meletak jawatan. Malahan keyakinan AMK Cabang Kuala Selangor terhadap kepimpinan Tan Sri Dato’ Seri Abdul Khalid Ibrahim adalah mantap dan memberi sepenuh kepercayaan untuk beliau terus memimpin Cabang PKR Kuala Selangor.
AMK Selangor membidas pihak UMNO yang cuba menangguk di air keruh dalam situasi dalaman PKR Cabang Kuala Selangor. Pihak AMK Selangor memberi amaran keras kepada UMNO agar tidak sekali-kali cuba mencampuri urusan dalaman PKR khususnya apa yang berlaku di Cabang PKR Kuala Selangor.
Khairul Anuar Bin Ahmad Zainuddin
Ketua AMK Selangor
Rabu, 20 Januari 2010
SPRM serbu pejabat exco Selangor
dikemaskini 4pm Pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyerbu pejabat exco kerajaan negeri, Yaakob Sapari di Shah Alam tengah hari ini. Dipercayai pegawai SPRM telah mengarahkan setiausaha kerja exco tersebut, yang dikenali sebagai Hussein Ahmad, datang ke pejabat SPRM Selangor untuk disoalsiasat. ![]() Menurut sumber-sumber, satu laporan telah dibuat kepada SPRM terhadap Hussein (berdiri) bberhubung dakwaan rasuah membabitkan penjualan pasir. Yaakob adalah pengerusi pengurusan sumber alam dan pembangunan ssahawan negeri. Difahamkan, lima pegawai SPRM, yang diketuai oleh Penguasa Premraj Victor, masih berada di pejabat Yaakob. Sementara itu, jurucakap sekretariat media kerajaan negeri berkata, siasatan SPRM itu dipercayai ada kaitan dengan isu pasir. Menurutnya, SPRM mahu menahan Husin tetapi dibantah oleh kakitangan di pejabat itu kerana pekeliling kerajaan Selangor tidak membenarkan soalsiasat di luar pejabat dan di luar waktu pejabat
Turut kelihatan di situ sebelum ini ialah penasihat undang-undang negeri, Salim Bashir dan pengerusi kesatuan pegawai khas Pakatan Rakyat, Razak Ismail. Difahamkan insiden ini ekoran pertelingkahan tentang pengurusan syarikat kaitan kerajaan, kumpulan Semesta yang menguruskan penjualan pasir. Sebelum Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri Selangor, didakwa banyak kes kecurian pasir. Oleh itu, ia diserahkan kepada Kumpulan Semesta untuk mengendalikannya dan ia terletak dalam bidangkuasa Yaakob selaku yang bertanggungjawab terhadap portfolio tersebut. Namun begitu, difahamkan masih terdapat aduan yang diterima termasuk dari kalangan ADUN Pakatan sendiri.
Malah, ADUN Bukit Antarabangsa dari PKR, Azmin Ali juga pernah menegur prestasi kumpulan Semesta dalam sidang Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor. Sementara itu, Yaakob memberitahu pemberita bahawa SPRM menyiasat dua perkara, iaitu kelulusan penjualan pasir dan lawatan beliau ke negeri China November lalu. Katanya, pegawai SPRM itu mengambil tiga dokumen, iaitu profail syarikat berkaitan dengan penjualan pasir dan dokumen kedua lawatannya ke Hang Zhou dan Yiew (November) dan lawatannya ke Beijing minggu lalu. Hussein turut mengikuti lawatan ke China itu. Yaakob menyifatkan tindakan SPRM itu sebagai satu langkah yang sengaja untuk memalukannya. Pada masa ini, tiga exco kerajaan negeri berada di pejabat Yaakob. Mereka ialah Ronnie Liu, Elizabeth Wong dan Dr Xavier Jayakumar. Pegawai SPRM masih lagi mengambil kenyataan daripada Hussein.
Pada kira-kira jam 3.35 petang, SPRM membawa Hussein ke ibupejabat suruhanjaya itu di Putrajaya untuk siasatan lanjut. Sebelum itu, berlaku sedikit kekecohan apabila seorang pegawai di situ meminta lima pegawai SPRM tersebut supaya mengisi borang lawatan tetamu ke pejabat tersebut. Pada mulanya, mereka enggan enggan mengisi borang tersebut, tetapi selepas didesak Yaakob, maka pun berbuat demikian. Yaakob dan penasihat undang-undang negeri, Salim, turut mengikut Hussein ke Putrajaya. Difahamkan SPRM mempunyai waran untuk menahan Hussein untuk siasatan lanjut. |
TANGGUH LAGI !
| Keputusan rayuan Anwar 29 Jan, bicara kes liwat 2 Feb |
Mahkamah Persekutuan menangguhkan keputusan rayuan permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim (bawah) untuk mendapatkan dokumen pendakwaan dan DNA Mohd Saiful Bukhari Azlan kepada 29 Januari ini.
Perbicaraan berkenaan sepatutnya bermula hari ini untuk selama sebulan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur. "Selepas mempertimbangkan hujah, kami tidak dapat memberikan keputusan, petang ini," kata Hakim Besar Malaya, Datuk Arifin Zakaria. Beliau mengetuai panel tiga hakim mahkamah persekutuan yang juga dianggotai oleh Md Raus Sharif dan Abdull Hamid Embong. Mahkamah juga memutuskan perbicaraan kes liwat Anwar yang dijadual bermula di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 25 Januari ini ditangguhkan kepada 2 Februari depan. |
Isnin, 18 Januari 2010
Laporan Polis Terhadap Penyebaran Risalah Fitnah oleh Keadilan Bayan Baru
Petang tadi ( 17 Jan 2010 ) , seramai 20 orang Ajk PKR cabang Bayan Baru bersama AMK cabang Bayan Baru telah membuat 1 laporan polis berkenaan penyebaran risalah yang mengandungi fitnah terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Laporan tersebut telah dibuat oleh Setiausaha PKR cabang Bayan Baru sdr Idriss Hassan bersama Bendahari Cabang Bayan Baru Sdr Zikri Fadhil
Antara butir-butir laporan.
Pada 17 hb Jan 2010 kira-kira jam 0900 hrs saya dihubungi oleh beberapa rakan dari Bayan Baru memaklumkan terdapat penyebaran risalah yang berniat jahat di kawasan mereka. Mereka telah menunjukkan risalah tersebut kepada saya.
Risalah itu mengandungi fitnah dan berunsur jahat terhadap pimpinan Parti Keadilan Rakyat. Risalah tersebut juga berunsur menghasut dan berunsurkan perkauman. Kononnya Parti Keadilan Rakyat dan Pimpinan melayu dalam Parti Keadilan memainkan peranan agar tabika KEMAS yang terletak bersebelahan dengan Surau Bayan Baru ditutup. Sepanjang pengetahuan pihak saya arahan penutupan dikeluarkan oleh pihak pengurusan surau dan tanpa melibatkan campur tangan mana-mana badan atau pertubuhan politik.
Saya meminta pihak polis untuk melakukan siasatan serta mengambil tindakan tegas kepada penyebar risalah tersebut kerana ia menjejaskan nama baik pimpinan Parti Keadilan Rakyat dan nama baik Parti Keadilan Rakyat.
Sekian Laporan saya.
KENYATAAN MEDIA
Ketua Angkatan Muda Parti Keadilan Rakyat
Cabang Bayan Baru
– 17 Jan 2010
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru berasa kesal dengan penyebaran risalah berunsur fitnah yang dihantar kepada penduduk di sekitar Bayan Baru.
Penyebaran risalah yang berniat jahat ini dilakukan oleh mereka yang bangkrup idea dan isu. Isu berkaitan penutupan Tabika KEMAS Bayan Baru merupakan isu yang hanya melibatkan pihak pengurusan Surau Bayan Baru dan pengurusan KEMAS.
Parti Keadilan Cabang Bayan Baru menegaskan disini yang pihak cabang mahupun pimpinan parti dari tidak terlibat dalam isu ini. Permainan oleh pihak berkepentingan yang mengunakan isu perkauman dan isu berkaitan sensitiviti agama amat dikesali. Jelas sekali risalah ini diedarkan untuk memburukan pimpinan Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru khasnya dan pimpinan Parti Keadilan Rayat Pulau Pinang amnya.
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru mengesa agar pihak polis dengan segera melakukan siasatan dan mengambil tindakan kepada mereka yang terlibat.
Sekian
Ahmad Azrizal Tahir
Ketua Angkatan Muda,
Parti Keadilan Rakyat Cabang Bayan Baru






