SHAH ALAM, 25 Ogos [3.30 pm] - Pegawai penyiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini memberitahu prosiding inkues bahawa beliau diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk melaporkan kematian Teoh Beng Hock sehari selepas mayatnya dijumpai di tingkat lima, Plaza Masalam di sini.
Mohd Anuar Ismail, yang berpangkat Pemangku Penguasa Kanan SPRM Selangor, dalam keterangannya memberitahu setelah mayat Teoh ditemui lebih kurang jam 2 petang, 16 Julai lalu, beliau tidak membuat laporan polis serta merta, sebaliknya pergi ke pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut pihak atasan mengenai perkara itu. "Saya tidak menghubungi pihak polis dan membuat laporan. Keadaan amat panik masa itu kerana terlihat ada mayat di situ. Saya segera turun ke bawah dan saya lihat telah ramai orang berada di sana. Saya kemudian maklumkan perkara itu kepada Tuan Hishamuddin Hashim, Timbalan Pengarah SPRM Selangor untuk dapatkan arahan lanjut "Timbalan Pengarah telah arahkan saya dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk pergi ke ibu pejabat SPRM di Putrajaya bagi mendapatkan arahan lanjut berhubung kematian Teoh itu," katanya.
Penjelasan saksi ke-16 itu amat mengejutkan peguam keluarga Teoh, Gobind Singh Deo yang kemudian menyoal: "Kamu sebagai pegawai penyiasat kes ini, dan saksi utama di bawah jagaan kamu dijumpai mati, kamu tidak kisah langsung untuk membuat laporan polis?" Mohd Anuar sekali lagi menegaskan beliau hanya akan membuat laporan polis jika diarahkan untuk berbuat demikian.
"Saya cadangkan kepada kamu, kamu sebenarnya menyembunyikan sesuatu, sebab itu kamu tidak berani untuk membuat laporan polis ketika itu, supaya kamu dapat melenyapkan bukti di tempat kejadian, kerana sebenarnya pegawai SPRM lah yang telah membunuh Teoh." tanya Gobind . "Saya tidak setuju" jawab Anuar. Kemudian Gobind bertanya lagi "Sebagai seorang manusia yang berperikemanusiaan, jika itu adalah mayat kawan kamu, tidakkah kamu akan memberitahu ahli keluarga dan membuat laporan polis?" dan dijawab "Ya, saya akan buat."oleh Anuar. Terdahulu dalam keterangannya, Mohd Anuar berkata soal siasat terhadap Teoh dilakukan sehingga kira-kira 3.45 pagi, 16 Julai lalu, setelah diarah oleh Timbalan Pengarah SPRM Selangor dan Ketua Unit Siasatan SPRM untuk mempercepat siasatan penyalahgunaan wang kerajaan negeri Selangor itu. "Ini berikutan kes itu dikategorikan sebagai kes sensitif dan telah mendapat publisiti meluas serta dilaporkan dalam suratkhabar hampir setiap hari dalam minggu itu," katanya. Gobind kemudian mencadangkan kepada saksi itu bahawa alasan siasatan itu dijalankan pada waktu malam adalah kerana ia merupakan peluang terbaik kepada pegawai SPRM untuk mendera dan menggunakan kekerasan terhadap saksi bagi mendapatkan pengakuan mereka.
"Ini adalah kerana semua pejabat bersebelahan pejabat SPRM di tingkat 14 itu adalah kosong pada waktu malam dan tiada sesiapa bekerja selewat itu," kata Gobind dan Mohd Anuar membalas: "Tidak setuju." Gobind juga bertanya sama ada saksi itu tahu bahawa terdapat banyak laporan polis telah dibuat oleh orang awam terhadap SPRM berhubung dakwaan didera ketika disoal siasat, dan Mohd Anuar berkata: "Saya tidak tahu." Mohd Anuar juga tidak bersetuju terhadap cadangan peguam itu bahawa pegawai SPRM menjalankan soalsiasat terhadap saksi secara menindas atau oppressive iaitu dengan meletakkan saksi di tengah-tengah dan dikelilingi sekumpulan 10 orang pegawai. Mohd Anuar, sambil mengangkat tangan kanannya seperti bersumpah, menegaskan beliau tidak pernah menggunakan kekerasan ketika menyoal siasat saksi, dan tidak pernah melihat atau mendengar mana-mana pegawai SPRM berbuat demikian.

"Tidakkah ia oppresive, bagi seorang individu biasa, untuk ditahan sepanjang malam untuk disoal siasat?" soal Gobind. "Ia mungkin agak meletihkan saksi," kata Mohd Anuar, yang juga mengakui bahawa tiada prosedur operasi standard yang diamalkan oleh pegawai SPRM dalam menyoal siasat saksi, melainkan berdasarkan Akta Pencegahan Rasuah dan beberapa undang-undang lain.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan