Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata BN menerima kekalahannya dalam pilihanraya kecil DUN Permatang Pasir hari ini.Calon PAS, Mohd Salleh Man mendapat 9,618 undi untuk menewaskan calon BN, Rohaizat Othman dengan majoriti 4,551 undi. Rohaizat mendapat 5,067 undi."Bagi kita, walaupun peratusan yang keluar undi adalah rendah berbanding pilihanraya umum 2008, daripada pemerhatian kita, ada sedikit sahaja perubahan di beberapa peti undi, tapi tidak begitu ketara," kata Muhyiddin.
"Di Permatang Pasir, sikap pengundi nampaknya tidak banyak berubah walaupun masa lawatan-lawatan kita, nampak adalah sedikit sebanyak minat mereka untuk mengundi BN."Tapi apa pun, kita terima keputusan ini kerana seperti apa yang diamalkan dalam demokrasi berparlimen. Saya menghormati keputusan rakyat," katanya kepada pemberita malam ini.Beliau berkata, BN harus memberi perhatian kepada perkara-perkara tersebut serta menganalisa, menilai serta meneliti sokongan masyarakat Melayu, Cina, India dan lain-lain."(Bagi) majoriti (pengundi) Melayu, jika dibandingkan dengan pilihanraya yang lepas, kita lihat tidak ada berganjak sokongan yang diterima oleh BN," katanya.Pengundi hantuMuhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, proses pilihanraya kecil ini membolehkan BN membuat penilaian dalam menghadapi pilihanraya yang akan datang.
Menjawab pertanyaan pemberita, beliau berkata, faktor calon mungkin menjadi salah satu sebab kekalahan BN."Pembangkang sedikit sebanyak mengekploitasi masalah yang dihadapinya. Tetapi jika diambil kira pada peringkat akhirnya, ada penerimaan, kita kaji (keputusan) tidak banyak berbeza dengan yang lepas," tegasnya.Ditanya mengenai saranan untuk memperkuatkan Umno dan BN di Permatang Pauh, Muhyiddin berkata:"Kita harus bekerja keras untuk mendampingi rakyat dan juga pengundi. Kita harus memahami sikap mereka dan hubungan akrab dengan pengundi.
"Kita perlu ambil kira daftar pemilih walaupun SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) kata tidak ada pengundi hantu, mungkin ada yang daftar di Permatang Pasir tidak ada di sini."Jadi perkara ini harus diberi perhatian oleh kepimpinan umno di Permatang Pauh," tambahnya.Serangan peribadiSementara itu, Rohaizat juga menerima kekalahannya dengan hati yang terbuka."Ini adalah suara rakyat dalam amalan demokrasi. Dalam pertandingan, ada yang kalah dan yang menang. Tahniah kepada PAS," katanya.
Ditanya mengenai sokongan yang diterimanya, Rohaizat berkata: "Tidak banyak berbeza dengan sahabat saya yang dahulu.Sokongan kepada saya masih tetap tidak berubah," katanya.Bagaimanapun, katanya, beliau sedikit kecewa kerana sebilangan penduduk di Permatang Pasir gagal memahami gagasan yang hendak dibawa oleh BN.Katanya, BN mahu memberi status anak emas kepada Permatang Pasir tetapi ia ditolak oleh pengundi.
Menjawab pertanyaan media, Rohaizat menolak isu serangan peribadi terhadapnya sebagai salah satu faktor kekalahannya.Katanya, ini kerana jumlah undi yang diperolehinya - berbandingan dengan calon BN dalam pilihahraya umum lalu - adalah lebih kurang."Jadi saya rasa ia bukan faktornya," tambah Rohaizat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan