klik utk download Janji Jingga PR

kawan-kawan farizmusa.blogspot.com

Rabu, 26 Ogos 2009

TERIMA KASIH DAN TAHNIAH KEPADA SKUAD PILIHANRAYA AMK , AMK PERMATANG PAUH DAN SEMUA PETUGAS PRK N11 PERMATANG PASIR

Saya selaku Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia merakamkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada semua Skuad Pilihanraya AMK Malaysia , AMK Permatang Pauh ( termasuk Sri Mawar ) , UKP Permatang Pauh dan semua petugas AMK yang telah menyumbangkan tenaga , wang ringgit , masa dan segala-galanya bagi memastikan PAS bagi mewakili Pakatan Rakyat mengekalkan kemenangan di PRK N11 Permatang Pasir.
Saya amat berbangga dengan komitmen yang sangat tinggi kepada semua rakan-rakan yang telah berkampung di Permatang Pasir bermula 17 Ogos sehingga 25 Ogos 2009 walaupun terpaksa bekerja dalam suasana Ramadhan Al-Mubarak ( hari pertama puasa semua orang ingin bersama ahli keluarga berpuasa dan berbuka ) , cuaca yang tidak menentu , tempat tidur yang tidak selesa dan pelbagai kesulitan dihadapi dengan tenang dan tetap utuh bersemangat sehingga hari pembuangan undi .
Kerjasama yang baik , komitmen yang tinggi dan semangat bekerja bersama benar-benar saya hargai . Walaupun tidak ramai tetapi rakan-rakan telah melakukan kerja dengan penuh istiqamah dan mengharumkan nama AMK .
Terima kasih yang sangat tinggi saya kepada Sdr Amir Ghazali ( Ketua AMK Permatang Pauh ) dan seluruh EXCO AMK Permatang Pauh serta Sri Mawar yang membantu dan bekerjasama dengan Skuad Pilihanraya AMK Malaysia . Termasuk juga penghargaan saya kepada Sdr. Khairil ( SU AMK Pulau Pinang ) dan Team Unit Keselamatan Parlimen Permatang Pauh ( tidak sia-sia saya yang melancarkan UKP Permatang Pasir 4 tahun yang lalu ) . Diharapkan kerjasama yang baik dan komitmen yang tinggi ini akan dapat diteruskan di masa-masa akan datang .
Terima kasih juga saya sampaikan kepada beberapa orang EXCO AMK Malaysia yang turut sama hadir di Permatang Pasir .
Walaupun undi sedikit merosot tetapi kemenangan amat membanggakan dan memberikan tamparan hebat kepada UMNO /BN bahawa UMNO / BN sudah semakin tidak relevan lagi untuk rakyat Permatang Pasir dan seluruh rakyat Malaysia . UMNO /BN terus kecundang dan kita telah memberikan mereka 7-0 !

Terima kasih dan jazakallah kepada semua .

Fariz Musa
Pengarah Pilihanraya AMK Malaysia
merangkap
Timbalan Ketua AMK Malaysia

Tiada ulasan:

Catat Ulasan